Saturday, October 15, 2011

Of Nasik Kuning And Acar Nenas

Assalamualaikum.

klik PLAY untuk lebih feeling ketika membaca entry ini.



Alhamdulillah. Akhirnya berjaya dengan jayanya majlis rumah terbuka budak-budak Malaysians first year bertempat di Victoria Lodge. Ramai jugak lah yang datang untuk merasa air tangan pelajar-pelajar baru. Terima kasih seniors!! Sangat happy kerana sudi menghadiri majlis serba sederhana kami.


Hari Khamis yang lepas, after habis kelas, terus lah ohana aku gerak pergi town. Beli nenas, timun, cili, bawang semua. Pastu ada satu pergi kedai Indian ke Pakistan pun aku tak sure, situ pun barang dia agak murah gak. Dah lah murah, pastu boleh hantar barang yang dibeli ke rumah. Sangat best lah begitu. Oh nama kedai tu Aisha's Spices.


Pastu ohana aku yang lain pergi ambil periuk nasi kat rumah senior sebab kitorang pun takde periuk yang proper untuk masak nasi. Nasib baik seniors bermurah hati pinjamkan periuk kat kitorang. Trimas.


And malam tadi, yakni jumaat malam sabtu, bermula lah proses penyediaan makanan. Ohana aku ditugaskan untuk buat nasi kuning or nasi minyak and acar nenas or jelatah. So, malam tadi, berapa kali trip entah masak nasi kuning. Memang banyak lah cabaran dalam masak nasi kuning ni. Tak cukup air, terlebih garam, terkurang garam. Tapi, hasil keseluruhannya memang sedap!


Tengah hari tadi pulak, panaskan balik nasi tu. Haaa tu satu kerja lagi lah. Panaskan sebab taknak kasi dia basi. And then acar nenas tu gaul-gaul semua, dah siap. Alhamdulillah. food sudah sedia berangkat ke destinasi majlis open house! Around 2pm, teksi datang bawak makanan semua pergi Victoria Lodge. Aku and farahin jalan kaki sebab tak muat nak naik teksi pun.


Okeylahh. Kita layan gambar pulak.


Oh sangat seni kan gambar aku snap ni. HAHA.



From left : Nasrah, Ktty, Tipah, Farah [semua bajet buat muka tension masak nasik kuning]



Nasrah suruh aku letak gambar ni dalam blog.



Ready untuk dihidang. Weewitt!



Sila beratur, dilarang memotong.



Next, nak jumpa gambar-gambar makanan yang delicious gila. Kalau buat perut korang lapar, bukan salah aku, okey.


Oh oh yummy!


Nasik kuning and acar nenas ohana lain. 



Karamel ke nama food ini?



Buah baik untuk kesihatan.



Kek batik!!



Apple crumble.


Karipap sedap.



Tak tahu nama dia apa. Tapi sedap tu yang penting.



Bihun singapore.



Oh ala, lupa nak ambik gambar ayam masak merah. Sedap doeee!! Tapi dah habis. Duhh. Kesian ada senior ambik nasik sekali tengok kuah ayam je ada. Takde rezeki la kot.


Okey lah. Tunjuk gambar suasana pulak. Hehs.


From left : Ktty, Farah, kak Adnin, Tipah, Nasrah & penulis yang sangat bajet saya rasa. Lol!



Makannn!



Muslimat corkians.


Ohana GABUS! 



Nasrah and Farah sibuk membungkus untuk akak seniors yang disayangi.



Gadis kacukan Irish-Indonesia ini sangat semangat makan nasik kuning ohana aku. Sedap lah tu!


Benda yang best lagi, dapat jumpa senior-senior ky! Bila kata ky, mesti macam semangat ke-ky-an. Ye lah, ky dah lama kot takde student kat cork ni. Jumpa kak Amy, kak Aisyah and kak Iliana. Dorang semua dah kerja kat sini.


Kak Aisyah dulu cikgu bio dia Mr Vroege. Wooottt. Tu anak dia, Husna.



Oh akak-akak dublin pun ada datang memeriahkan majlis. Ummu, ada kakak tu kenal korang bertiga and cakap korang semua kurus. Bangga ah tu.



Akak yang tudung kuning and coklat tu from Dublin. Kak shida(RCSI) and kak izi(TCD) kot kalau tak silap namanya.


So, itu je lah nak cerita. Ok. Wassalam.


No comments: