Saturday, October 15, 2011

CPR Memang Best

Assalamualaikum.


PLAY before read the entry. Taknak PLAY pun takpe.

Lagu untuk husband ke wife and wife ke husband, parents ke children, cucu ke datuk nenek. BUKAN UNTUK GEFREN KE BOYFREN KE GEFREN.



Semalam memang macam orang oncall. Lectures from 10am to 1pm. 1pm direct pulak ada CPR[cardiopulmonary resuscitation]course. Pastu break from 2.10pm to 2.30pm. And sambung balik CPR course itu sampai pukul 6pm selesai test.


Bukti boleh buat cpr kat orang pengsan pasni. Weewit.



So, hari ni nak cerita pasal CPR course tu lah!


Mula-mula rasa nervous gak lah waktu sign attendance semua tu. Sebab lepas akhir kursus ada test tau untuk membolehkan aku dapat certificate CPR tu.


Kitorang ditunjukkan video macamana nak selamatkan adults, children and infants yang tak sedar and yang tercekik. Lepas tu kitorang diberi peluang untuk practise kat patung-patung tu.


Meh lah aku cerita step-step nak selamatkan adults yang pengsan.


1. Pastikan keadaan persekitaran selamat. Jangan lah tengah-tengah banjir, nak buat CPR kan. Lol!

2. Kejutkan orang pengsan. Tepuk kedua belah tapak tangan korang yang besar tu kat bahu orang pengsan tu. Panggil dia. Brother hot, brother hot, are you okay? Kalau dia tak respon, panggil sesiapa berdekatan dengan korang. And cakap kat dia, akak cun, tolong call ambulance and dapatkan AED[automated external defibrillator] dengan segera!

3. Pastu dalam tempoh lima saat, tengok orang pengsan tu dia ada breathing ke tak. Kalau tak, buat compression. Compression ni yang kita tekan dada orang tu ah. Tekan 30 kali, pastu salurkan udara kat mulut dia 2 kali, means that dua hembusan la kat mulut dia. And make sure dada orang pengsan tu rise after korang hembus which mean hembusan korang tu efektif lah.


Oh tidak. Rasa kekok gak lah nak salurkan udara mulut ke mulut kan. Rasa cam terkutuk plak. Lol! Dah ah tak boleh blah buat perkara terkutuk dengan patung. Duhhhhh.


4. And then buat lagi sampai ada orang bawak AED. And bla bla bla.


Basically macam tu je lah. Tapi best lahh! A new experience sebab aku memang tak pernah attend mana-mana CPR course.





Okeylah. Penat gila doewh. Tadi baru habis oncall prepare food for open house untuk senior untuk pukul 2pm nanti. Hope semua berjalan lancar. InsyaAllah akan update pasal itu and pasal open house esok or lusa. Sekian, wassalam.

1 comment:

Bro ahmad said...

pengalaman yang menarik