Thursday, October 13, 2011

"Excellent, Excellent.."-Kellie


Assalamualaikum.


Semalam aku first time ada kelas Biochemistry tutorial. Lecturer for lecture and tutorial adalah orang yang berbeza. Malas lah nak cerita pasal lecturer for lecture, tapi nak cerita pasal lecturer for tutorial. Oh dia dah ada Phd. But, dia tak kisah pun kalau kita nak panggil dia Kellie. Aku cuba imaginekan kalau aku ada Phd oneday, insyaAllah, aku suruh korang panggil aku Norain je, without title "Dr" itu. Mesti rasa cam, errrr. Pikir sendiri lah.


Give me some sunshine.


Selain seorang yang happy-go-lucky, and yeah suka gelak and ceria sepanjang masa, and comel, dia seorang yang suka sebut perkataan "excellent, excellent", "good, very good". Aku ada lah dua tiga kali mencapub[cari-publisiti-LOL] bila dia tanya soalan sebab tahu jawapan dia. And ada jugak lah students lain jawab jugak. And bila jawapan kita betul, dia akan puji dengan kata-kata excellent and very good itu.


And aku pun kembang.


Aku rasa sangat penting lah untuk pendidik-pendidik selalu bagi kata-kata pujian dekat students. Bukan sebab nak bagi students tu boleh bongkak dengan orang lain ke apa. Tapi macam psikologi kot.


Katakan aku puji kau orang, " Bijak bijak! "[bukan sinis, ok]


Korang mesti akan rasa, " Oh ya, "


Kabur.



Mesti sedikit sebanyak itu akan buat korang rasa, nak study dengan lebih tekun lagi sebab pujian guru is kinda macam memberi korang keyakinan bahawa korang sebenarnya boleh je absorb sesuatu ilmu tu. And pujian itu jugak buat korang prepare before masuk kelas, sebab nak dapat kata-kata pujian lagi, heheh. And keep on motivating korang untuk study, study and study lagi.


Jalan yang dilalu tiap hari.



Kalau kita orang Muslim, kita kan sangat percaya pada keberkatan dari guru kan. Kalau kita kurang ajar dengan cikgu, tak berkat ilmu kita belajar dari dia. Pastu, orang kata doa cikgu ni makbul. Sebab tu before exam, jumpa cikgu, mintak maaf, mintak halal ilmu, mintak doa kita mudah jawab exam.


So, aku rasa pendidik-pendidik Muslim especially cikgu-cikgu Muslim di Malaysia kena selalu puji anak murid eventho kalau jawapan anak murid tu kurang tepat.


" Pandai Ahmad,"

" Awak semua memang genius,"

" Daya ingatan awak memang mantop!"

" Kamu memang bijak,"


InsyaAllah, pujian guru kepada anak murid tu bertukar jadi doa dan Allah makbulkan. 


And aku teringat lagi satu benda. Mak bapak kita pun selalu je ucap benda-benda baik kat kita walaupun kita tengah nakal. Contohnya kalau Ali pecahkan sedozen telur, mak Ali mesti akan cakap, "bertuah punya budakk,,". Memang bertuah la Ali. Contoh lain, kalau kawan kita buat something yang tak kena, jangan lah cakap, "bengong lah kau". Tapi cakaplah, "Pandai pandai,". InsyaAllah next time dia tak buat benda salah dah.



Kata-kata kat intro notes biochem.


Okey lah, mengantuk. Rasa nak membuta before pergi kelas anat prac pukul 2 kang. Sekian, wassalam.

No comments: