Wednesday, October 12, 2011

Sekeping Hati

Assalamualaikum.


PLAY untuk halwa telinga sambil membaca post hari ni. =)



6.20 am : bangun, mandi, solat subuh, siap-siap nak ke kelas
7.50 am : blah dari chalet and pergi breakfast kat dining hall
8.15 am : kelas start
1.00 pm : lunch, balik chalet, solat zuhur, tidur 10 minit kalau sempat
1.55 pm : blah dari chalet and pergi kelas
2.00 pm : kelas start
4.10 pm : kelas habis, balik chalet


Itu rutin siang hari masa kat ky dulu. Aku rindu zaman ky. Sebab aku rindu, aku try nak implement balik rutin tu dekat sini. Mula-mula bangun pukul 7am, sebab syuruk pun lambat. Pastu 6.50am, pastu 6.30 am and pagi tadi dah berjaya bangunkan diri pukul 6.09am!


Kalau ikut nafsu, mesti aku terfikir,


" Kalau hari-hari bangun awal, bila nya nak bangun lambat, bila nya nak cukup tidur secukup cukup nya? "


Pastu ada lagi suara berbisik,


" Dah lah form 3 sekolah pagi kena bangun awal pagi, masuk mrsm taiping pun 2 tahun bangun awal pagi, kat ky bangun awal pagi, and now kat cork, 5 tahun kena bangun awal pagi?"


Tapi aku just berpegang pada satu kata-kata common yang kita selalu dengar lah, berpagi-pagi kan murah rezeki. Taknak rezeki kah?



Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)



Okeylah, masa terlalu berharga untuk kita habiskan dengan tidur. Banyak lagi benda boleh buat, [selain blogging, lol!]. Perlu busykan diri dengan study skang. Mock exam 19 oktober. Exam betul-betul 7-9 November.


Sekian, wassalam.

1 comment:

AreHadi82 said...

Apa kata, lepas ni bangun 30 minit sebelum solat Subuh... Siap2 mandi, mengaji skit sehingga Subuh masuk... InsyaAllah, murah rezki... Berdoa banyak2 di awal pagi... Orang uang boleh bangun pagi awal2 untuk bersolat, orang yang amat hebat... :-) sebab dia berjaya mengawal nafsunya...