Monday, October 17, 2011

Not-So-Wordless Sunday. Oh Random.

Assalamualaikum.


KLIK PLAY UNTUK FEELING BACA ENTRY HARI NI.




Hari yang panjang. Pukul 11 pagi tadi, Pengarah Mara Ireland yakni Pak Lan datang ke Cork, jadinya ada perjumpaan dengan beliau dan pembantu beliau Encik Arfan kot nama dia. So, Pak Lan bagi banyak lah advice kat kitorang especially budak first years.



Anak buah aku yang paling muda : Nur Jannah Husna. Tetiba rindu budak kecik ni.



Pak Lan cerita, ayah dia pernah cakap camni lah bunyi dia, "Ayah takde benda nak bagi, takde harta, takde tanah ke apa ke nak bagi, tapi ayah boleh bagi pendidikan,". And aku terus ingat dekat ayah aku. And aku rasa nak nangis pulak sekarang. Lol!


Sebab ayah aku pun pernah cakap macam tu masa dalam kereta kat mana entah. Education. Pendidikan. Sebab itulah satu-satunya cara untuk improvekan taraf hidup kita. Kalau fikir berapa banyak yang parents aku dah sacrifice untuk aku, mesti banyak lah in terms of money. [OK AKU RINDU MAK AYAH AKU SKANG!] [Dan bila rindu, aku nangis lah, hehs]


Mak and ayah. =)



Dan aku tahu parents aku bukan harap aku bayar balik wang ringgit yang dorang dah sponsor aku sepanjang hayat aku ni, tapi aku rasa dorang harap aku dapat bawak balik Malaysia segulung ijazah kelas pertama dan mungkin jugak seorang suami. LOL!


Aku sedang imaginekan hari graduate di mana aku pakai jubah and peluk mak and ayah aku dengan tangisan kegembiraan. Aku harap hari itu akan tiba jua, insyaAllah.


Pastu, Pak Lan remind jugak yang kitorang ni SPC, Skim Pelajar Cemerlang. Korang ni pelajar terpilih, besar harapan mara kat korang, besar lagi harapan mak ayah, dan bertambah besar lagi harapan pembayar-pembayar cukai di Malaysia yang tanggung kos belajar korang ni secara tidak langsung. So, tolonglah bagi hasil yang baik!


Kucing ky.



Kalau datang nak berlibur semata, pergi balik Malaysia. Ingat balik tujuan asal kita. Dulu time kat ky, sibuk nak fly nak fly. Nak belajar medik semua. Sekarang dah fly, dah belajar medik sikit, jangan hilang fokus lak ye ain.


Pastu, Pak Lan cakap, kenapa mara hantar korang kat sini, padahal kat Malaysia dah banyak med school, Pak Lan cakap nak kasi korang dapat exposure di luar negara, bagi pengalaman and jugak appreciate korang sebab dapat result mantop.


And lagi satu, dasar baru sekarang ni, kena bayar 20% from jumlah biasiswa. 20% je. Harap lah kalau dapat first class honours takyah bayar. Haraplahhhh!


Tribute to pembaca setia blog aku. Ahfong a.k.a Maryam Ishak



Okey. Sampai situ. Pukul 4 petang. Pak Lan datang melawat castlewhite. Mula-mula pergi tengok apartment budak laki, pasti tengok apartment aku. Wallaweyh, bangga doe pengarah mara yang datang melawat. Ngehehehe.


Aku buat air teh, tipah pergi goreng cucur. Cool. Sembang-sembang. Rasa dekat and tak rasa janggal. Lupa nak snap gambar pulak. Duhh.


Oh mara ireland ada blog tau. [Aku pun nak berangan nak jadi pembantu pengarah mara ireland sebab nak uruskan blog dorang, lol!] Pastu semalam masa aku explore, ada borang mintak izin kahwin masa belajar. And aku letak link kat wall kawan sebab dia ada crush kat sini. Crush je la.


Bas cork.



Aku takdelah nak isi borang tu pun. Sebab aku kawen seminggu after grad kot, insyaAllah. Kawan aku cakap, aku macam konfiden je. Bukan konfiden, tapi doa. Tapi aku tak tahu pun lah kawen dengan siapa pun. Just cakap, nak kawen seminggu after grad.


Aku teringat masa Muslim Overseas Camp, penceramah tu bagi talks pasal perancangan masa. Dia suruh kitorang buat timeline future.


Grad >>> Beli kereta >>>Housemanship kat Malaysia >>> Kawen>>> Beli rumah >>> Ada baby sorang >>> Buat specialist, gastro/surgery/family medicine/emergency medicine >>> Ada baby lagi sorang >>Lagi sorang baby>>>>>>>>>>Hantar anak masuk private islamic school>>>>>>>> MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH JUA YANG MENENTUKAN SEGALANYA.


Trip Kuala Gandah : Boleh pulak sama-sama datang cork ngan budak baju hijau tu.



Tapi aku punya perancangan camtu lah. Harap dipermudahkan. Harap jodoh aku setuju dengan plan aku and boleh sacrifice jaga anak-anak masa aku buat specialist. [sebab tu la aku malas nak crush crush dengan bakal2 docs sebab dorang pun busy in future]


Nak yang soleh, kena jadi solehah dulu. Dah solehah belum? Belum.


Masa kat ky. Kiasu kat cork jom.



Okeylah, pahal masuk bab-bab kahwin ni. Duhhhhh. Okey ah. Selamat malam. Wassalam.

5 comments:

AreHadi82 said...

Oit, mung ni saje jer buat aku shenangis kunna pepagi ni tau (waktu mesia)... ehehhehe...
Belajar rajin2..

Saya Piya said...

haha. LIKE "kiasu-ism never dies". cool.

ainthanish mom said...

huhuu..terpanjat aku bile wajahku ko abadikan di blog nih...hehe..anyway, saiz aku da berkurang sikit dr gambar di atas..:)

doe..belajar renrajin..pasal bf tu jange le mung risau bebenor..doa je yer..ada tu portion utk ko..hehe..

always wish the best 4 u..

tipah said...

bju wane turqoise la ain...haha..=))

Norain Ishak said...

angah, ah kau pun nak nanges jugak ke.aduhai.kita semua inherit gene mak la ni suka touching~

ummu, hoi kiasu!

ahfong, orait.

tipah, whateverrrr!