Wednesday, October 5, 2011

Ikhlas


Assalamualaikum.


Oyeah, tadi ada Quranic Circle a.k.a QC bersama kak Adilah Rahim, final med year student kat cork ni. Kitorang review surah al-ikhlas. Mula-mula fikir, oh surah al-ikhlas ke, kenapa tak buat surah-surah yang kurang familiar tu kan, but bila kak Adilah dah start sharing, oh rasa, surah ni pendek je, tapi penuh makna.


Surah ni jugak dikenali sebagai surah tauhid sebab menceritakan mengenai keEsaan Allah s.w.t.


Esa kalau kita translate dalam Arabic, is wahid. Tapi dalam surah ni, Esa is Ahad. Menurut kak QC aku, Ahad ni nak menunjukkan bahawa itulah satu-satunya. Kalau kita guna 'wahid', maksudnya adalah satu, dua, tiga, empat. Tapi kalau 'Ahad' memang itulah yang The One. Takde dua, tiga, empat and etc.





Ahad itu juga digunakan sebagai kata pengukuhan untuk menemplak orang kafir yang menyamakan Allah dengan berhala. Kalau tak salah pemahaman aku, macam orang kafir ni diorang percaya kat Allah, tapi diorang tetap sembah berhala, kononnya berhala ni macam perantara. Tapi sepatutnya kita sembah Allah lah, bukannya berhala.


Contohnya macam kisah Bilal bin Rabah. Kan waktu dia diseksa, dia sebut "Ahad, Ahad" instead of "Allah Allah" sebab zaman tu, orang kafir percaya yang Allah tu sama dengan berhala. So, if Bilal sebut "Allah", kafir tu rasa "Ala dia ni sama je la dengan aku sembah berhala,". Lebih kurang camtu lah ceritanya.





So, penggunaan word "Ahad" tu nak menegaskan bahawa Allah tu Esa, the only One.


Permulaan ayat dia adalah "Qul" kan, which mean sesuatu yang harus diberitahu, sesuatu yang betul-betul kita kena sebarkan. Jadi, "Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa". (QS. 112:1)"


Dalam mengupas surah ni, kak Adilah jugak cakap, surah ni membentuk pemikiran dan peribadi kita. Sebab kita tahu yang kita buat something semuanya kerana Allah taala, jadi akan bagi kesan lah dengan sikap kita and juga our perception towards something.





Contoh paling dekat, kita lah as a student kan, kita tanam niat, dalam lecture hall, aku belajar anatomy hari ni kerana Allah taala. So, kalau kita dah niat awal-awal before Kathy Quane (cikgu anat) start mengajar, mesti kita akan fokus, khusyuk dengar dia bercerita kan. Tapi kalau tak pasang niat, we tend to lose our focus and end up tak faham satu apa pun pasal brachial plexus.


"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;(QS. 112:2)"


As-samad ni tadi aku cari makna dia in English means The Satisfier of Every Need, The Eternal, The Everlasting. So, The Satisfier of EVERY NEED, means that dekat Allah lah tempat satu-satunya kita mintak tolong. Pertolongan and kemudahan yang kita ada sekarang ni semuanya dari Allah.


Contohnya, kita blur gila lah study Physiology, and kita mintak kat Allah mudahkan kita faham subjek ni bla bla bla, and Allah tolong kita dengan hadirkan seorang member yang terror dalam subjek tu. So, itu dikira pertolongan lah tu. Actually banyak lagi contoh kan, which yang korang boleh relate sendiri. So, always be thankful. And then motivatekan diri dengan ingat Allah selalu. 





Generally, surah ni untuk beri keyakinan lah kepada asas akidah kita. So, kalau kita betu-betul faham surah ni and other surah, boleh jadi doa dan moga-moga iman kita bertambah. Kan iman kita ni, or aku, macam umpana senipis kulit bawang. Salah cara, boleh hilang iman tu kan.


Contoh macam ayat kursi, if baca je, tapi tak faham makna, tak boleh gak kan. If kita faham makna, then baru kita yakin yang Allah lah yang akan beri perlindungan dekat kita. InsyaAllah, dipermudahkan.


And then last point is dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah, adalah antara golongan yang mendapat teduhan Arasy di padang masyar nanti. So, always lah always lah ain pasang niat tu betul-betul. 


So,kepada ummu sekiranya membaca entry ini , nanti niat nak jumpa kat Dublin, sebab nak upgradekan diri kerana Allah taala.


Ini sangat cute!!



Sekian, kalau ada salah, sila betulkan. Again, aku sangat fail bab-bab nak share tazkirah ni. Sekian, wassalam.


2 comments:

Anonymous said...

this is a good sharing ain! jzkk!

boleh quote banyak lg ayat Quran iA.

-k adil-

Nina Mazlan said...

bestnya ain boleh QC kat sana. :(

sambil mentadabbur alam.