Wednesday, October 5, 2011

Jom Ber-Ohana Part 2

Assalamualaikum.


Eh aku tak pandai sangat nak bertazkirah ni, aku just tulis apa yang tengah terfikir je. Betulkan kalau ada yang tak betul.


Bunyi Ombak


Ada tak orang yang tak suka bunyi ombak? Ada? Aku rasa semua suka kot. Sebab ianya tenang, cool, relax, and rasa chill je. Tak kisah lah kalau seseorang tu dia minat lagu rock-gila-sakit-telinga or seseorang tu minat lagu balada-mendayu-dayu-rasa-sleepy, mesti dia suka dengar bunyi ombak. Jadi, selain sebab ianya tenang, sebab apa kita boleh terima bunyi ombak?


"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. 17:44)


Faham ke? (Style erna lagi) Ombak menghempas pantai umpama cara air bertasbihh. So, kita suka. Sebab itu memang benda baik.


Air


Aku rasa korang pernah dengar kot pasal yang orang buat kajian pasal molekul air tu kan. Molekul air tu kalau dapat getaran bunyi yang entah apa-apa, molekul dia jadi tak cun. But, bila dapat getaran ayat-ayat Quran, molekul dia jadi cun. Jadi, yang aku dapat di sini, sebab badan kita ni banyak air, so selalu la baca Quran walaupun busy dengan tugas harian kita tu. InsyaAllah, kita peroleh kesihatan jasmani dan rohani.



Tujuan Hidup


Allah cipta manusia ni bukan for fun, tapi supaya manusia ni beribadah kat dia. Punyalah complicated tau Allah cipta kita. Contohnya currently aku belajar pasal histology of muscle. Dalam muscle cell tu, ada myofibril and then myofibril ni consists of repeating subunits of sarcomere. Sarcomere ni bila contract jadi short and bla bla. Kiranya macam aku tadi lah, manusia ni sangat kompleks doee. Jadi Allah cipta kita elok-elok and penuh rapi, sebab kita ada tugasan untuk dilakukan di atas bumi ini, yakni ibadah.


Ibadah wajib tu wajib laa kan. Belajar pun dikira ibadah kan. Kerja pun dikira ibadah. Jadi jomlah tanam niat, untuk setiap benda kita buat kerana Allah s.w.t. InsyaAllah, beroleh keberkatan dari Dia.


Okeylah, thats all bebeh. Study dulu brader. Sekian, wassalam.

No comments: