Friday, October 7, 2011

Estos resultados son difíciles

Assalamualaikum.


[Gunakan translate google untuk memahami tajuk entry]


Oh lepas solat isyak, tetiba rasa homesick gila. [LOL.PADAHAL HARI-HARI HOMESICK]. Aku rasa orang malaysia rindu aku sangat ni.


Thaqif, anak buah aku cakap kat ahfong, "Mama, mira nangis, dia rindu makcu(aku lah),"

Angah aku pulak cakap, kalau dia tanya kat Mira pasal aku, mulalah Mira nak crying.

And angah aku pulak, bila skype, dia yang nangis.


Kampung Diamond yang dirindui.


Mira & Thaqif.


T_T



Kat ky, tak terasa sangat homesick-homesick ni. Tapi kat sini berganda-ganda. Berganda-ganda rasanya dari rasa homesick masa kat maktab taiping dulu. Kat taiping tu, tinggal kat dorm pun, still boleh rasa macam kau alone. Wingmates yang aku rapat memang sedia maklum lah habit nangis aku kalau baru balik dari cuti. Hehe. Tapi kat ky pun ada nangis jugak. HAHA. So, ni lagi jauh, lagi lahhh!


Kat sini, walaupun aku ada tipah as roomate, there will be time, yang macam, aku cakap tadi, kau rasa sorang-sorang eventho roomate kau alive sebenarnya.


Oh aku nak cakap pasal decision making sebagai respon kepada post dalam blog tipah. Masa gi jalan-jalan kat dublin hari tu, bila kak aimi or roomate tanya nak pergi mana semua, aku just cakap "tak kesah". And mereka cakap, aku perlu pandai membuat suatu decision. Erm,, aku rasa "tak kesah" itu adalah satu keputusan jugak kot.


Bagi aku, ada benda yang kau kena buat keputusan yang rigid, ada benda yang kau boleh buat keputusan yang agak fluid. Sebab keputusan untuk pergi mana or buat apa, aku memang tak kesah kot plus, aku kalau boleh nak memudahkan je.


Kalau roomate tanya nak makan apa, aku boleh tiap-tiap hari cakap "tak kesah". Sebab aku memang tak kisah sangat lah pasal makan-makan ni. Konsep aku, makan apa yang ada. Pasal rasa makanan, ayat aku senang, "Asal boleh makan, sudah,". Tak kisah sedap ke tak sedap, kalau dah lapar, makan jugakkan. Tapi sebab roomate sangat menitikberatkan hal pemakanan, terpaksalah aku mencari nilai-nilai dan seni-seni pemasakan dan pemakanan.


Tapi ada masa kena buat keputusan yang rigid gak lah. Contoh;


Nak kahwin dengan Abu ke Ali?


" Tak kesah"- oh sangat tidak boleh lah guna jawapan ni. When it comes to more important things, then baru lah aku gunakan skill membuat sesuatu keputusan.



Tapi kalau bapak Abu/Ali tanya nak hantaran berapa?


"Tak kesah. Ikut ikhlas,"- hantaran tu kan hadiah dari husband kat wife, taknaklah demand, lololol, muntah kakak aku baca ni! Ini aku cakap tak kesah lah. Heheh.


Baru-baru ni gak ada suatu keputusan yang kritikal gak. Kawan aku kat Belfast ajak pergi Spain. Macam nak pergi, sebab pergi ramai-ramai dengan girl ky yang lain. Pastu dah dapat membayangkan keindahan bumi Spain ituu.


Tapi aku nak pergi PUISI jugak. Aku dah sign up masa MOC lagi kot which means before dapat tahu results a-level. Tengok trailers pun macam semangat je nak pergi. Pastu ada input-input yang boleh diambil untuk memotivasikan diri. Plus, aku bayangkan gak nak gila-gila dengan ummu, dah ah selalu cakap "jumpa kat ailen".


So, dua-dua macam ada tarikan. Yang mana pilihan hati?


Fikir lagi.


Fikir lagi.


Dan lagi.


" Aku pergi PUISI,"


Keputusan itu bererti :


  • aku tak pergi spain and takkan pergi spain dengan girls ky yang pergi spain disember ni
  • tipah akan beli cenderahati dari spain untuk aku,HAHAHA!
  • aku akan naik train sensorang from cork to dublin
  • aku akan merempat dekat rumah ummu
  • mix dengan orang dublin sebab naik bas dengan budak dublin ke belfast
  • mengembalikan memori ke-DIAMOND-an dengan safiyah
  • bergosip dengan anak sulung abdul razak
  • catit info-info berguna sepanang program akademi al-fateh and share kat blog
  • harap aku jadi insan yang lebih berguna after program tu
  • aku mungkin akan seret sesiapa untuk pergi spain dengan aku gak, haha, and mintak tolong Nurul Hazirah jadi tour guide aku

InsyaAllah.


Kalau mak ada dekat, mungkin aku boleh je tanya mak, 


" Mak nak ain pergi yang mana satu?"


Boleh tak aku nak cakap, sekarang ni, aku rindu nak mintak izin mak ayah aku? Mintak izin nak keluar mana-mana. Aku rindu, bila rindu aku nangis. Dah lah dengar lagu sedih.





"Aku aniaya…
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung…
Duka dan dosa silamku"-aku suka part ni sangat-sangat.


"Bukan senang nak kejar pelangi. Tapi, susah bukan bermaksud tak mungkin, kan? ;)
Tetap berpegang pada janji Allah; Sesungguhnya dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan."-from blog sh.



Okeylah, aku nak tidur. Esok nak study physiology! Aku rasa aku dah boleh mula terima Mr. Physiology in my medic life. Sekian, wassalam.

10 comments:

Cik tikah said...

saya pun rindu awak jugak. kih..kih.kih..

sh. said...

;)

Jom berusaha jadi kuat sama-sama.

ainthanish mom said...

lol..for 5 yrs ko kt sana..means 5 yrs la aku dgn hobiku dan kini mjadi habitku..bc blog ko every the morning..doe..do not think abt distance too much...da world is small der...kita ada pengangkutan utk kemana2..flight ada nk g msia ni ha...setahun sekali blk tu kira ok pe..a friend of mine pun duk dlm msia pun blk kg setahun sekali der..blk ari raya, tupun seminggu je jmpe parent..sbb parent nya d srwak..

latifah said...

ok ain ok..next time aku iyekan jela keputusan xkesah kau tu..tp still its harder la nk decide ble someone ckp xkesah compared dgn owg yg da tau dia nk ape. u get me? oh, dlm senyap2 ade plak terselit "tipah akan beli cenderahati tok aku from spain" ..Lol..=))

haz|rah said...

perghh xnak gi spain tuuu..
tgugat kdudukan aku.. wahahahhaha..
xpe next time dtg aku lg power selok belok kot.. kalo dtg desember nih aku pon xabes tour agi.. wahahaahh

Norain Ishak said...

cik tikah, haha,terimakaseh kerana rindu. =P

sh, haha.jom jom.

ummu, aku since kat ky sweet kot.kau je tak tahu tau.

ahfong, gilo ah kawan ko.

tipah, haha!

hazirah, tu laa, tunggu kau terror dulu.

najwa said...

ok ain.aku baxa blog kau. =DD

Norain Ishak said...

najwa, HAHA! yeah, orang manipal datang!

AreHadi82 said...

apapun keputusan mu, aku sentiasa berdoa kau selalu selamat sejahtera di sana... Jaga diri baik2..

AreHadi82 said...

Weh, apsal blog ko ni ikut waktu ireland yer... aku post entry tadi kul 3.13 petang, tp dia nulis 8.13 pagi.. ehehhe... i loike.. :-)