Saturday, October 8, 2011

Kedai Argos, Close Friends, Link BONUS, Udang Keras


Assalamualaikum.


Okey, takde benda best pun. But saja lah nak cerita pasal satu jenis kedai yang aku tak pernah jumpa kat Malaysia. Nama kedai dia kedai Argos. HOHO. Mula-mula tu macam kekok jugak lah style kedai ni, tapi dah lama-lama, dah boleh terima.


Kataloq Argos



So, apakah style yang aku maksudkan?


Wait, sebelum tu sorry lah kot-kot sebenarnya kedai style macam ni ada kat Malaysia, tapi cuma aku je tak tahu.


Kedai Argos ni terletaklah di city centre cork. Memang famous lah kedai ni among students Malaysian kan. Semua tahu kot Argos Argos. Siapa tak tahu, aku memang tak tahu nak kata apa.


Masuk-masuk je kedai ni, kau akan nampak ada meja yang letak katalog produk yang Argos ni jual. Katalog produk sahaja! Maknanya kau takkan dapat tengok benda yang kau nak beli tu secara live. Faham?


So, aku demo kononnya aku nak beli ink printer. Stepnya adalah :


  1. Pergi tengok katalog tebal. Cari catalog number for that ink printer. Salin atas kertas yang dia letak kat meja tu. Kalau nak check produk tu available ke tak by that time, boleh klik kat mesin kat meja tu by key in the catalog number for that product.
  2. Pastu bawak kertas tu pergi dekat kaunter pembayaran. Di sini, ada dua possibility:
  • Kalau produk available pada masa tu, kena bayar lah and then kat resit tu ada nombor order. So, nanti kau akan claim barang kau dekat lagi satu kaunter yang aku namakan dia as kaunter claim barang, hehe. Nanti pekerja dia pun bagi barang tu.
  • Kalau produk tak available, kau boleh mintak mintak reserve or just cakap kau taknak reserve lah, hoho. 

Macam tu lah stylenya. Cuma yang aku rasa pelik tu, sebab barang-barang diorang simpan kat stor diorang and tak display kat customers. Dah bayar, baru kau boleh tengok. Duhhhh.


Next, petang tadi, aku gembira sebab dua orang close friends aku dah jadi friend kat facebook dan jugak friends di Manipal. Mereka adalah Lily Amirah and Najwa Abdul Karim. Satu perasaan yang seronok, tahu! Lily aku rapat masa kat tepeng. Najwa pulak rapat masa kat ky. So, bila dua insan rapat jadi friend, rasa teruja lak. Jodoh.


Sentimental value.


Jodoh? 


""Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga" - amin ya robbala'lamin... ♥


Aku jumpa ayat atas ni kat facebook kot. Haha. Ada satu insiden, yang bila aku fikir, aku terasa, LOLOLOL! Okey, taubat aku tak buat benda tu dah. HAHA. Kakak-kakak aku mesti wonder apakah perkara itu? Rahsiaaaa!


Okey, link BONUS hari ni :



Jujur lah cakap, sometimes bila solat tak fokus, aku tend to lupa makna bacaan. Especially bila dah sampai cork ni, terkejar-kejar, kadang tu terlengah-lengah, mujur ada orang remind "Ain, solat,". So, aku baru hari ni carik link ni sebab nak refresh balik makna bacaan solat. Ohh kalau korang pun lupa, jom ah sama-sama kita ingat.





Last story untuk hari ni, aku masak hari ni!! Hahah. Perh, mak aku mesti tak percaya aku yang malas tolong dia kat dapur ni masak udang-kerang-sambal-bawang. Rasa biasa-biasa je, but yang penting effort. Trimas kepada roomate yang mengomen. HAHA. Komen membina, takpe. Komen sebab udang tu macam overcooked so macam keras sikit. Next time, aku kasi udang tu tak overmasak, okeyy.


Alright, banyak betul cerita. Esok aku ada basketball match among girls malaysian. HOHO. Tak sabar!! Sekian, wassalam and take care.


7 comments:

minye said...

ain masak!! PHEEWIITTT!

tipah said...

lol..ain msk sedap la!!!!!!! serius ni!!!! licin kot aku mkn..bangga la tu..=))

Saya Piya said...

gocok2 mata tak cayewww ain masyakk. aww =D

AreHadi82 said...

Ain, balik mesia, masak utk aku tau... Weh, arini finally along amik kunci rumah dia... After penantian 9 tahun lamanya... :-)

Norain Ishak said...

minye, hahah!

tipah, sebab lapo.

ummu, gedik.

angah, ok!

najwa karim said...

aku nk makan ain masak...

Norain Ishak said...

najwa, haha, tunggu aku balik mesia.nanti dtg umah kat jolobu.