Thursday, September 15, 2011

Sampaikan Salam Dari Cork Part 1

Assalamualaikum.


Kepada sesiapa yang selalu jenguk blog aku ni, perh, mesti berbunga je hati kan tengok aku update. HAHA. Perasan kejap. Banyak benda nak cerita. Tapi tu lah, baru hari ni dapat daftar laptop kat computer centre untuk connected to UCC wireless. Maklumlah kampung Cork kot. Bukan macam kota Dublin, tak gitu Ummu?


So, memula, nak cerita lah pengalaman naik plane hari tu. Second sebenarnya. Maklumlah, hamba bukan anak orang berada macam Atiqah Asmadi yang selalu travel around the world tu. HEHE. So, tak gayat pun. Cuma, itu kan second time, dah tu ambik kau 12 jam!!


Again,, 12 Jam! From KL to London.


Masa dalam plane tu, memang gelap je. Bertolak malam di kl, sampai london pagi, gelap jugak. Memang bosan ah. Bangun dari sit sekali sebab nak pergi toilet. Nak tidur pun tak nyenyak sangat. Tidur duduk, apa barang brader. So, sejam lelap, pastu terjaga, tengok movie, bosan tak best, tengok tingkap (kebetulan sit aku memang betul-betul tepi tingkap) pastu tidur balik. And macam tu lah rutinnya. So, duduk dalam plane memang pengalaman paling arghhhh BOSAN GILA!


Pastu sampai jugak London. Haizumawati, ain dengan tipah dah jejak London dulu okey! HAHA. So, lepas ni kalau orang tanya dah pernah pergi London ke belum, boleh lah cakap ya.


Tipah kat klia before masuk gate C35. Oh air mineral tu harga dia RM12 sebotol. Masa time bayar, brother melayu tu pun macam segan je nak sebut RM24. Apahal mahal gila weyh?



 The boarding pass.



Transit kat London. Muka bajet habesss.


So, transit lah kami di London lebih kurang empat jam jugak. Perghh, imigresen London Heathrow sumpah ah strict gila. Kena ambik gambar foto lah, check hand luggage, muka officer imigresen semua garang and serius je. Tapi alhamdulillah lah, hand luggage aku and laptop semua dorang tak suspek ada benda-benda mencurigakan. Kadang risau jugak ah takut ada orang buat jahat letak something dalam beg kita kan. So, beware lah dengan beg-beg hangpa tu.


Around 9 something tu dah gerak nak naik Aer Lingus ke Cork pulak. Aer Lingus ni macam Air Asia jugak lah sit dia. Sempit habess. Nasib baik muat nak duduk kan. Hehe. Pastu about 45 minit camtu sampai lah Cork. Pastu dekat imigresen Cork, diorang nak tengok offer letter lah, dah lah beratur panjang gila sebab budak lain yang transit kat Amsterdam sampai dulu. So kitorang 10 orang yang transit kat London kena beratur belakang diorang lah.


Dah settle ambik luggage semua, alhamdulillah lah. Sebab ada budak yang luggage sangkut, tak dapat luggage masa tu jugak. And then presiden PPMC sambut kitorang. Time ni, Allah je tahu letih dia macam mana. Tapi bila dah keluar airport, and tengok bumi Cork, perhh, terubat sikit lah kepenatan seharian dalam plane.



Begitulah awan nano.



 Kegayatan baru sahaja bermula.


Pastu from airport cork, naik bas pergi Victoria Lodge (one of UCC accoms). Ada briefing bla bla bla. And time ni serius ah, penat. Senior prepare nasi and ayam, tapi aku macam takde nafsu nak makan sebab penat gila. And then time tu jugak memang windy gila. Memang sejuk habess sampai kancing gigi lah.



Berangin habess. Rasa macam kena sumbat dalam fridge pun ada.


Dah selesai briefing kat Victoria Lodge, baru lah aku and others budak IUMC pergi check in kat Castlewhite Accom. Not bad lah. Mr Jason and Grace pun okey je. Agaknya diorang perasan tak aku yang selalu emel banyak kerenah tu.



Tengok tv.



 Dapur.



View depan bilik.



Bilik bersepah.


So, itu je lah ceritanya. Okey lah. Nanti aku cerita lagi. Ngantuk gilaaa. Sekian, wassalam.

1 comment: