Sunday, September 4, 2011

Majlis Pertunangan Saya Yang Meriah

Assalamualaikum.

[ Tak boleh blah title entry ]

Semalam ada kenduri doa selamat sempena nak merantau kat rumah aku. Perhhh, gila penat dowh. Sehari sebelum kenduri dah macam-macam kerja kena buat. Vacuum carpet lah, angkat kerusi, alih kerusi, meja makan bagai. Macamn-macam lah. Tu tak cerita la dengan blender cilinya, potong kupas bawang semua. Banyak kerja ohhh!

Pendek kata, kakak aku kata ni dah macam kenduri pertunangan aku pulak! Tapi tak tahu lah pulak siapa tunangnya. HAHA.

Lepas je selesai kenduri, mak aihhhhh. Takyah cakap lah pinggan macam mana. Tak kira lagi periuk belanga semua. Memang penat habissss! Along, abang long, angah, abang irwan, aishah and abang rizal semua lah merasa basuh semua tu.

And merasa kan kepenatan itu, aku dah menyimpan azam untuk :

First year medic : Nak save duit untuk CATERING bertunang.
Second year to Forth year medic : Nak save duit untuk CATERING kahwin
Fifth year : Nak save duit untuk downpayment kereta

Berangan habis brooo! Takpe, dari angan-angan lah impian menjadi kenyataan kann? LOL!

Bukan apa, masak sendiri, memang penat. Time masak-masak tu memang lah ramai boleh tolong. Tapi time nak mengemas tuuuu. Ya ALLAH! Sakit mata tengok pinggan mangkuk periuk belanga yang berminyak itu. Tak kira lagi dengan carpet berdebu semua tu. Penat.

Kalau CATERING, relax sikit kot kan?

So, cerita banyak pun tak guna. Meh lah aku tunjuk gambar-gambar dari smartphone aku yang murah dan kalau ada gambar yang bapak clear tu, dari kamera Pak Long aku lah tuh. Hehe.


Abang irwan, abang long, mirah and danish sibuk kupas bawang.


Tadaaaaa!


Random.


Boleh pulak ada paip pecah kat area rumah aku, tak pasal mengalami masalah sumber air.


Abang irwan, abang long and ayah membelah ikan keli yang dibeli dari jiran sebelah rumah, Pakcik Aris.


Firas and cousinsnya busy bermain di celahan kerusi plastik merah.


Malam hari memasak kari daging kambing.


Random.

Inilah daging kambing yang di beli di Pasar Seremban.


Kakak aku yang third yang bakal beranak pada disember menunjukkan skill basuh pinggan.


Bacaan doa selamat. Macam perbincangan bertunang kan?LOL.


Marilah makan.


Suasana di luar rumah. Tetamu sudah bersendawa kot masa ini.


My sister asiah ishak asked me to put this picture in this entry. 


Random.


Pakcu selesai makan. Fyi, pakcu aku ada anak buah pergi ireland juga. So, sekarang fair and square makcu and pakcu aku ada anak buah masing-masing pi belajar kat sana.


Pakcik Aris, ayah and paklong antara tukang masak majlis ini.


Anak buah aku si Thaqif and Nabil bekerja keras mengisi air basuh tangan.


Okey lah, itu je nak cerita. Banyak lagi urusan nak fly tak selesai. Sekian, wassalam.


7 comments:

AreHadi82 said...

I loike... Kenapa tak letak gambar 'tetamu istimewa, cork-cork" kat list gambar mung... Hehehhehe...

Norain Ishak said...

laaa perlu ke? ok, dah letak pun.

AreHadi82 said...

http://maraireland.blogspot.com/2011/03/perjumpaan-pengarah-mara-ireland.html

u must visit this blog, very nice..

haz|rah said...

impian 2 aku xpnh tpikir r plak.. hahahha

Saya Piya said...

mantop mantoya siot. ni bru kenduri doa slmat nak ke ailen, kalau khwin malatop u ollss..

Doctor to be! said...

haha terkejut akak! ni lawan senior ni :P

Norain Ishak said...

doctor to be, haha.sape doc to be ni?haha.ala, kalo lawan pun ape salahnyaaa.heheh.