Wednesday, August 31, 2011

Ini Cerita Pasal Raya


Assalamualaikum.

Pertamanya, nak ucapkan selamat hari raya!! Dan maaf zahir dan batin andai diri ini telah melakukan kesalahan pada korang dan terlupa nak mintak maap masa tu jugak. So, maafkanlah diri hamba ni ya ok!

So, raya tahun ni biasa-biasa je. Aku beli baju raya cotton yang gila sempoi dengan bunga-bunga oren sehari sebelum raya kat pekan Klawang. Tengok warna dia pun macam ayu-ayu je, terus ambik. Malas nak carik yang lagi cun. Yang aku pilih tu dah cukup cun kot. HAHA.

Petang raya tu pulak, itik dua ekor yang ayah tempah, ayah dah pergi ambik dah. Perhh. Buat rendang itik brooo! So, ayah and abang long ditemani dengan cucu lelaki ayah aku, pun pergi cabut bulu itik tersebut.

Malam tu pulak, operasi kemas rumah, ganti karpet semua. Memang gatal lah hidung kan menghadap habuk semua tu. Bukan aku seorang je, aku dengan kakak aku yang first (Ah Fong), dengan abang ipar aku abang Rizal, dengan abang long yang sibuk menyapu, mengelap habuk semua. Memang berlengas habis lah malam raya tu. Tapi seronok!

Dan satu syawal pun menjelma. Siap-siap pakai baju raya semua. Solat raya. Bersalam-salaman dengan ahli keluarga. Terima duit raya. Pergi beraya ke rumah atuk. Raya rumah sedara itu, sedara ini. Pastu pukul 1 petang camtu, dapat call, opah aku dah meninggal dunia. Al Fatihah.

Then kitorang pun bergegas lah. Family Ah Fong, Asiah, and Aishah pun ramai-ramai laa balik Lenggong, Perak. Kitorang gerak pukul 3 macam tu and sampai around 8.00 pm macam tu. Direct ke rumah mak lang kat kg gua badak tu. Tapi jenazah dah kebumi pukul 6 petang camtu lah. And malam tu kitorang tidur dekat Rumah Rehat Lenggong, nasib baik right after dapat call opah meninggal, terus book bilik sebab musim raya ni, ramai tidur kat resthouse.

And pagi esoknya, maknanya pagi tadi lah, pergi kubur kejap buat tahlil. And then gerak balik KL. Before that, sempat singgah rumah mak abang Rizal kat Ipoh and rumah Babah abang long kat Bukit Beruntung. Pukul 7 petang, baru sampai kat rumah kakak aku kat Putrajaya ni.

So, itu je lah cerita raya ni. Esok pagi gerak balik negeri sembilan. Sebab sabtu ni, ada kenduri doa selamat aku. Siapa yang free, jemputlah datang. Bawak duit raya sekali, okey?

Alrite, layan gambar lah pulak.


 Anak kakak aku - Thaqif & Mirah show off bunga api.


 Nampak tak 3 bendera tu? Sebenarnya kat pagar rumah aku ada 6 bendera. Aku tak tahu sejak bila ayah aku ada semangat patriotik?


Proses membersihkan itik untuk dibuat rendang.


Lemang tempah. Sepuluh hengget satu batang.


Kakak sulung aku a.k.a Ah Fong menunjukkan skill memotong nasi impit.


Ah Fong with Abang Long, Amirah, Thaqif and Anish.


Kakak aku yang third a.k.a Aishah with her husband cikgu Rizal, Nabil Yusuff and Jannah Husna.


Yaa itu dia Makcu Ain yang paling penyayang di abad ni. [cun kan baju raya aku?LOL]


Tuk Mok yang pakai lebai putih tu, aku rasa tahun ni tahun ketiga dia jadi orang pertama beraya kat rumah aku. Oh baju hijau itu Encik Ishak.


 Gambar ni macam boleh jadi kad raya plak. Terserlah ketulusan Amirah menyalam tangan Wan-nya.


 Nak dapat duit raya dari Aishah, terpaksalah bersalaman dengan beliau.


 Duit raya from Ah Fong pulak.


 Makan breakfast kat medan selera dataran Lenggong.


Kat rumah mak lang asiah.


Kat rumah Babah abang Long. Anak-anak kakak-kakak aku.


 Ah Fong and Angah. Dua-dua bajet cun.


Malam 27 Ramadhan. Bunga api yang di show-off dibakar mereka.


Posing kejap before continue the journey ke Lenggong. Berlengasss.


Sekian, selamat beraya! Wassalam.

p/s- Sekiranya ada insan bernama Ummu Safiyah sedang membaca entry ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir!! 

4 comments:

Saya Piya said...

HAHAHAHA..*sengih-sengih* serius tidak dijangka. haha. kau tak rasa kau patut wish birthday org yg bertarikh pd 31 ogos nih?? waa.. terharu2.. biar aku umum kat sini, birthday sy 5 sept tp tarikh tu jugakla sy daftar di ailen. LOL.

Norain Ishak said...

HAHA. ummu, ye aku tahu. saje nak kasi kau touching yang kau tak dapat celebrate besday kat mesia tahun ni.hehe.

Nina Mazlan said...

awal gila wish ummu. =.=

Izyan Hanis said...

selamat hari raya ainn!
ampun maaf dipinta :)

kullu sanah wenti bikhaer

p.s; bila fly?