Perasaan sekarang, agak serabut dengan nak settlekan dokumen-dokumen agreement mara tu. Dengan kecuakan kalau ter-kena fly awal, ter-lambat dapat offer letter, sangat menghantui diri. [hyperbola sangat ni] Tapi, kita kan orang Islam, solat lima kali sehari semalam kan, jadi solat itu lah pengubat jiwa yang berkecamuk [hyperbola jugak ni].
Dah lebih dua minggu puasa, [penuh lagi okey] raya bakal menjelma. Gembira jugaklah nak raya, but at the same time sedih sebab bulan penuh barakah ni semakin meninggalkan kita dan jugak semakin nak dekat raya semakin cepatlah akan fly. T_T
So, untuk chill-kan diri, gembirakan hati, aku layan lagu Dayangku Intan yang bertitle Senandung Hari Raya Untukmu. Lagu ni macam mana nak cakap eh, memang best lah. I think it is the only raya song yang aku tak pernah bosan kalau replay banyak kali. Even kakak-kakak aku pun semua suka lagu ni jugak. Sehati sejiwa beb.
Ini lirik dia. From ilirik.com
Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga
Oh lirik lagu tiada kena mengena sama ada dengan hidup ataupun sudah meninggal dunia. Tapi kalau nak ikut otak yang berangan, lagu ni boleh ditujukan pada suami andainya korang [si isteri] terpaksa bekerja time raya [eh ada ke doktor Islam bekerja time raya?] and then terpaksa lah si suami tu celebrate raya dengan mak ayah dia atau dengan mak ayah isteri dia.
Dulu aku ada bagi contoh lagu yang lebih kurang macam ni jugaklah. Boleh lah refer link bawah ni.
Okey lah. Selamat menjalankan ibadah puasa yang bakal berakhir lagi kurang dua minggu. Semoga ibdah puasa kita diterima Allah s.w.t. Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment