Sunday, August 14, 2011

Kurma, Madu & Hempedu


Assalamualaikum.

Merenung kembali tarikh 11 Ogos yang lalu [siapa blur, boleh tengok entry 11 Ogos], teringat cerita emak bahawa ayah mengeluarkan air mata gembira. Mak pun sama. Kakak-kakak aku pun sama.

Apa yang terdetik dekat hati aku time tu ialah terasa tinggi dan besarnya harapan keluarga di bahu aku ni. Kakak-kakak aku semua kerja dalam office, so bila aku decide untuk taknak duduk dalam office, sebaliknya nak kerja dalam hospital, mereka nak aku dapat capai cita-cita kerja kat hospital tu dengan jayanya.

Jadi, harapan mereka dekat aku, tak boleh lah disia-siakan begitu. Seharusnya harapan mereka dapat mendorong aku untuk terus belajar dengan tekun dan menjadi pengubat tatkala menghadapi kesulitan ketika menelaah pelajaran. [apsal skema sangat ayat aku ni]

Manisnya Kurma

Bak kata kak Azna, Batch 11 Kyuem yang menuntut bidang perubatan dekat Leeds, "kejayaan ini ada rasa manis yang tersendiri,". Kak Azna is one of my idols lah jugak. Sebab kondisi aku dengan kak Azna sama. Repeat paper AS-level Biology dengan Chemistry. So, bila Ogos 2010 kak Azna dapat straight A, aku pun rasa, WOW! Mantap gila, ambil 12 papers and dia perform!

So, since that, ada masa mesej dengan beliau dekat facebook, mintak tips especially Biology. Sebab aku sangat trauma dengan Biology sebab aku dapat gred C untuk As-level. Trauma gila sebab aku ingat aku dah jawab dengan baik, tapi rupanya kurang baik. Dengan tips kak Azna bagi, amat membantu jugak lah dalam usaha nak skor Biology disamping dengan pertolongan dari Allah s.w.t.

Ada juga mintak tips dari senior Bristol pasal tips nak score Biology, Chemistry, and Maths. Aku follow, and Allah pun tolong, Alhamdulillah dapat apa yang aku nak. So, terima kasih lah banyak-banyak kepada seniors yang sudi bagi tips. InsyaAllah, kalau ada juniors-juniors medic mintak tips, akak Ain akan share pada anda juga. [cewwah]

Dalam Madu Terasa Hempedu

Madu tu manis. Kejayaan itu manis. Namun begitu, dalam menikmati manisnya kejayaan, ada hempedu, ada pahitnya bila ada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik dari segi tidak lepas points universiti ataupun points sponsor. Jadi dalam menuturkan ucapan Alhamdulillah, sentiasalah mendoakan agar dipermudahkan kesulitan yang dihadapi mereka.

Bagi aku, mereka sebenarnya insan yang kuat, insan yang Allah sayang lebih, sebab tu Allah bagi ujian sebab Allah tahu hambaNya itu mampu untuk menanggungnya. Allah nak tambahkan pahal di atas kesabaran mereka menghadapi ujian. Barangkali, kalau aku di tempat mereka, Allah, mungkin aku jadi macam Kassim Selamat. [nangis sampai buta]

Bak kata seniors masa MOC, kita kena redha. Nak ungkapkan redha itu memang semudah ABC, tapi untuk hati turut sama kata redha, aku rasa agak payah kalau aku berada di tempat mereka. But, orang kata, bersangka baiklah dengan Allah. Sebab Allah itu Maha Mengetahui segalanya.

Kejayaan Itu Nikmat Dan Ujian

Keputusan cemerlang itu macam dua dalam satu. Nikmat dan ujian. Nikmatnya kerana dipermudahkan untuk mencapai apa yang kita inginkan oleh Allah s.w.t. Tapi ianya satu ujian juga. Untuk menguji level kesyukuran mungkin? Untuk menguji kualiti ibadah kita juga kan?

Masa musim exam, solat jaga. Awal waktu. Baca pun elok-elok. Baca sambil faham makna apa yang dibaca. Doa penuh tekun.

Masa musim exam habis, solat lambat-lambat. Kadang-kadang baca pun lalai. Baca laju-laju sebab nak buat benda lagha. Astargfirullahalazim. Sedar-sedar dah bagi salam. Dan tak sempat hayati makna bacaan dalam solat. Doa tu doa jugak tapi ekspress je selalu.

Masa musim dah cuak dengan result exam. Sama macam musim exam. Tambah bulan Ramadhan. Banyakkan ibadah sunat.

Masa dah dapat result okey?? Tanya diri sendiri. Hendaknya samalah macam musim kita cuak. Sebab hakikat kehidupan, kita memang sentiasa kena bergantung dekat pertolongan Allah. Jadi, aku nasihatkan diri yang selalu alpa ni, jaga solat betul-betul, anggap solat macam istirehat, tak perlu rushing-rushing, relax sudah.

Doa Sama-sama

Akhir kata, sama-sama lah kita doakan kejayaan bersama. Sebab manisnya kejayaan tu berganda-ganda pabila dikongsi dengan sahabat handai, umpama korang makan madu dengan kurma. Okeylah, esok pagi ada briefing dengan Mara. Sekian, wassalam.

p/s : juniors a-level, kalau ada masa boleh lah rujuk entry lama ni.

Nasihat Mr Vroege

Tips Dari Senior Bristol

2 comments:

AreHadi82 said...

Goodluck sis.... Malam tadi hang berkelawar sampai kul bape? Heeeee..

Norain Ishak said...

angah, lol!sampai pukul 2 je.