Assalamualaikum.
Walaupun rasanya macam dah terlambat jugak nak buat entri sempena hari bapa, tapi aku nak buat jugak. Jadi, selamatlah membaca.
Nama ayah Ishak bin Ismail. Asal dari Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Orang perak, tapi ayah aku memang takde slang Perak. Kiranya bukan Perak sejati lah. Cuma ayah aku, bila pergi balik Perak, barulah nak cakap Perak. Hoho.
Darilah zaman tadika kat Masjid Ar-Rahman kat Bangsar, sampai sekolah dekat alam shah, sampailah form 3 dekat smk samad, ayah akulah jadi tukang hantar yang setia. Kadang naik motor, kadang naik kereta. And aku tak boleh lupa, naik motor time pagi-pagi before pukul 7 sebab ayah shift pagi, muka aku kebas-kebas sebab sejuk.
Sebelum turun dari motor, and turun dari kereta, salam ayah dulu. Waktu zaman sekolah rendah, ayah bagi duit everyday. RM2. Bila masuk sekolah menengah, ayah perkenalkan sistem duit saku yang baru. Setiap Isnin ayah akan bagi RM20 untuk belanja minggu tu.
Bila dah masuk mrsm taiping, ingat perkara macam ni lah yang buat jadi homesick sikit tu. Bila time exam tak score, mesti pikir, haaa ni pasal tak dapat salam ibu bapa before pergi sekolah ar ni. Hoho. Itu zaman pemikiran tak berapa matang laa. Yang penting doa ibu bapa dari jauh tu kan.
Ayah aku orangnya serius. Mungkin sebab itu aku cenderung untuk mencari insan-insan serius sebagai ketua keluarga. Walaupun serius, ayah aku penyayang. Sebab tu lah aku suka insan-insan yang ada ciri-ciri bapa penyayang.
Penyayang ini tak semestinya ayah aku beli hadiah setiap bulan, tapi cukuplah bawak pergi makan ke, jalan-jalan during the weekend ke. Kalau kat rumah, ayah akan tanya, "Ain, nak pergi makn sate tak?". And sebagai orang tak kuat makan, mestilah akan jawab, "Tak kisah,".
Kan ayah aku serius kan. So, kalau aku ada benda-benda nak kena pergi settle kan contohnya macam medical check up last minute, ayah marah-marah pun, dia still jugak fikir macam mana nak solvekan problem aku.
And eventho ayah sedia tahu aku ada lesen kereta, tapi nak pergi Pekan Klawang pun, suruh ayah aku hantar jugak. Haha! Ahhh, ayah aku memang sweet walaupun serius.
Dan yang penting, keseriusan ayah itu yang buat kami adik beradik jadi orang.
Terima kasih ayah! Along, angah and aishah sedang dalam proses balas jasa ayah and mak. Ain, lambat lagi. InsyaAllah kalau umur kita panjang, Ain senangkan mak ayah dulu.
Doakanlah anakandamu ni jadi insan yang berguna pada masyarakat dan tak menyusahkan orang. Doa restu dari mak and ayah amatlah diharapkan.
Sekian, wassalam.
1 comment:
Happy Belated Father's Day..
Post a Comment