Saturday, June 4, 2011

Pengantin Baru


Assalamualaikum.


Baru balik dari Tanjung Malim. Tak beli apa pun, beli yong tau fu dengan blouse satu. Time naik teksi nak balik ky semula, tetiba lagu kawen pulak dimainkan. Dengar lagu ni, tetiba aku rasa macam nak buat majlis kawen. LOL!


"..Kompang di palu pengantin baru
Duduk bersanding tersimpul malu
Kompang si palu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman..."


Bersanding? Kakak-kakak aku semua bersanding time kenduri kahwin diorang. Time aku nanti, err, aku ingat takyah lah nak bersanding-sanding. Macam kelakar je. Pengapit kipas-kipas, and then orang tengok korang berdua atas pelamin. Aku dah lah pemalu. Hoho. Pakai baju kawen tu, mungkin lah kan. Aku ingat just nak entertain tetamu-tetamu datang makan je. Cup, adakah aku advance sangat fikir pasal majlis kawen yang aku tak tahu pun bila?


"..Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga mawar indah berseri
Senyum tawa dan gembira sanak saudara semua
Ohh indahnya..."


From experience sanak saudara, kalau buat wedding dekat dewan ke hotel ke, err, tak meriah sangat. Tak tahu lah sebab apa tak meriah. Kalau buat kat rumah, baru laa rasa macam happening sikit. Dulu aku ingat nak buat kat dewan kat jelebu tu je, tapi bila tengok wedding cousin aku kat dewan macam kureng je, aku ubah fikiran, nak buat kat rumah. Tapi, still nak buat catering. Senang! Thinking in advance again!


"..Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari..."


Pengantin memang perlu pakai inai ke?


"..Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi..."


Perhhh, sangat dinanti-nantikan. HAHA.


"...Hai selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru..."


InsyaAllah kekal ke anak cucu. Ceh, cakap macam dah kawen pulak. Over! Tapi itulah harapan setiap pengantin. Semua orang nak kekal. Unless kalau orang yang jenis anggap perkahwinan tu benda remeh-temeh, tu pasal laa rumahtangga retak.


Akhir bicara, perkahwinan bukan pasal aku suka kau and kau suka aku semata. Ianya adalah tanggungjawab.  Jadi, tolonglah jadi insan bertanggungjawab. 


Sekian, aku nak makan yong taufu. Yummyyyy! Wassalam.


4 comments:

Ateey said...

yucky! calon pon takde lg.haha

Norain Ishak said...

atiqah, lol.ko mana tahu.aku dah ada calon KOT.HAHAHAHAHAHAHA!

nelly said...

musim cuti ni ramai orang kawen ..hehehe

follow u !
:)

Norain Ishak said...

nelly,

thanks follow.