Sunday, June 5, 2011

Entry Pra-Merdeka 10 : 4 Perkara Yang Dapat Dilakukan Selepas Musim Study Exam


Assalamualaikum.


Hari ni mood mengantuk jer. Sebab tak cukup tidur pasal stay up tengok FullHouse kelmarin. Pastu semalam tak sempat nak ganti tidur, so mengantuknya terbawa sampai lah hari ni. 


Hari ni takde benda sangat pun aku buat. Just tido, pastu buat mcq, tengok movie merongmahawangsa, pastu tido balik, mcq balik and sekarang, baru je dapatkan movie dari supplier.


Sekarang aku nak cerita pasal benda-benda yang aku buat lepas musim exam berat yang aku tak buat masa sebelum exam berat.


1. Tak makan banyak
Time nak study untuk exam, takyah cakap lah. Nafsu makan tinggi je. Dining hall setiap pagi, tengahari, petang mesti ada muka aku. Cuma bila lepas exam ni, tak pergi makan ikut rutin pun tak kisah. Rileks je makan roti and biskut kat bilik. Coklat pun tak makan dah. Sebab tak stress dah. 

 2. Basuh baju bila-bila
Bab basuh baju, memang aku berkira dengan diri sendiri. Musim study, aku hanya akan basuh baju bila otak aku letih je. Means that, time dah otak dah penat study, but badan still ada energy, time tu laa baru aku basuh baju. Selalunya around 11 malam. Punya lah berkira masa. Tapi sekarang, ikut suka hati laa nak basuh bila. Mestilah basuh time tengah hari terik tu kan.

3. Tak kisah nak jalan berapa lama
Bila dah selesai exam berat, aku tak kesah nak jalan pergi bilik tv berapa round. Satu kali? Dua kali? Tiga kali? Empat kali? Tak kisah. Sebab masa terlalu terluang, plus, penat duduk dalam chalet, so, spend laa sikit masa jalan-jalan around kampung. Kalau time exam, pergi makan, balik makan masuk chalet, takde makna nak buang masa tak tentu hala jalan tak tentu hala.

4. Tak perlu pasang alarm clock bila tidur siang hari
Yang ni ahhhh super cool. Masa musim study, kalau nak baring atas katil, aku akan rasa makkk aihhhh bersalah gila nak tidur petang. Bersalah gila nak rileks atas katil baca majalah ujang ke doraemon ke apo ke. Pastu kalau nak take a break pun, memang set, okey tidur sejam je. Tapi sekarang, hahaha, tidur lah berjam-jam, jangan tinggal solat sudah!

So far aku rasa, inilah 4 perkara yang aku agak enjoy sekarang ni. Walaupun ada satu paper mcq, tapi rasa macam seronok gila life kat ky. Takde kelas, takde homework. Ahh seronoknya! Juniors jangan jeles ahh kan.


Sekian, aku nak layan movie sambil buat mcq bio. Wassalam.

4 comments:

IamCIPA said...

salam kak.. sy bakal junior KY july nanti.. sama lah medic, MARA. :) kak boleh bagi tnjuk ajar sket tak? wat subjects to be taken? tq.

Norain Ishak said...

salam syifa,,

selalunya budak medic ambik 3.5 subjects.

AS & A2 level for chemistry, biology and mathematics

AND

AS level for other subjects. Usually budak medic take economics.
Sebab econs senang nak difahami, and yeah kalau tak study sangat pun, still boleh dapat at least grade B.

All de best in ur future undertakings. =)

IamCIPA said...

Thanks kak! :)
tapi nak tanya, ntuk fly kan, brapa cut off points dyer? or kene dpat all As? kak amik econs? econs blajar psal aper yer?

thniah kak sbb dah hbes exam! =)

Norain Ishak said...

syifa,

untuk fly, kita kena lepas 2 jenis requirement.

1.requirement sponsor.
kalau mara ABB.

2. requirement uni.
depends kat uni la.but most of the unis skang, fro medic, they demand for AAA.

econs?econs blaja pasal economincs laa.ehehe. try check link ni.

http://www.xtremepapers.me/CIE/index.php?dir=International%20A%20And%20AS%20Level/9708%20-%20Economics/&file=9708_y12_sy.pdf