Monday, June 6, 2011

Entry Pra-Merdeka Terakhir : Tentang Kelas-kelas Di Kyuem


Assalamualaikum.


Ini mungkin entry pra-merdeka yang terakhir memandangkan esok, insyaAllah, paper mcq biologi yakni paper ke-12 aku. Super tak percaya yang aku dah ambik 11papers. 12 papers takde lah banyak sangat sebenarnya. Lol! 


So, hari ni just nak cerita pasal kelas. Kelas biologi, kelas maths stats and kelas chemistry and juga general studies. Kelas econs? Takyah lah eventho perna jadi budak ambik econs. 


Kelas biology : Mr Vroege

Mr Vroege memang students dia memang arif sangat dengan sarcatism dia. But actually, aku takde lah rasa dia sarcastic pun. Unless kalau students suka datang lambat ke, homework hantar lambat, memang padan laa dia sarcatic dengan students kan.

Apa yang paling best pasal Mr Vroege, dia sangat komited and sangat sangat dedicated. Bayangkan, dia punya lah rajin mark kitorang punya assessment. Mana ada cikgu ky yang lain yang rajin nak tanda homework students dia. Mr Vroege je der. So, those yang dapat Mr Vroege as biology teacher, memang bertuah, macam kitorang. 

And Mr Vroege juga sangat suka beri nasihat. Setiap kali dia mark weekly assessments kitorang, dia akan mula lah ceramah dia pasal buat homework elok-elok. Think before you write. Concentrate. Apa entah lagi nasihat dia. Banyak kot! Aku pun tak ingat. Yang aku ingat, dia memang suka advise pasal homework kitorang.

Kelas bio ada 14 orang. Mereka adalah Najwa (chaletmate), Farha Adiela, Syafinaz, Liyana, Evin Lim@Lau, Arvind, Tariq, Naqi, Rushdan, Divakaran, Aqil, Avinesh and Faiq. Semoja kita semua berjaya bagi Mr Vroege sebijik A-setar.


Kelas chemistry : Mr Amran

Mr Amran ajar waktu masuk sem 3. Kiranya Mr Amran ajar kitorang setahun je lah. But eventho setahun je, kelas dengan Mr Amran sangat best ohhhh! Kelas memang rileks je. Takde lah masuk kelas nak stress stress. Sebab Mr Amran pun rileks je style dia mengajar.

And then Mr Amran memang bagi banyak gila handouts. Macam-macam exercise. Semua depends kat diri sendiri lah nak buat handouts tu ke tak sebab Mr Amran bukan jenis pushy. Tapi dia encourage suruh buat laa. 

Pastu Mr Amran kadang-kadang suka buat 'lame' joke. Sangat lame. Siapa yang dapat tangkap jokes dia, faham laa. Yang lambat pick up, confirm blur. Most of the times, dapat tangkap laa. Hoho.

Kelas chem ada 9 orang. Sikit gila macam private tuition plak. Mereka adalah Maryam, Adila, Laili Amalia, Radhie, Kapilan, Ming Chuen, Farha Adiela, Natasha Yasmin a.k.a Taemin. Semoja berjaya bagi Mr Amran sebijik A-setar.


Kelas maths stats : Puan Sheila

Puan Sheila pun ajar masa masuk sem 3 sebab Mr Madhadzir sebelum tu tak ajar stats2. Waktu mula-mula kelas dengan dia, agak kejutan budaya jugak laa sebab Puan Sheila memang ajar laju. Kalau dengan Mr Madhadzir dulu, rilek-rilek sikit. But lama-lama, dah boleh adapt laa.

Disebabkan kelas maths stats adalah kelas mengira-ngira je, so, aku memang suka pergi kelas maths sebab tak tension. Ianya kelas yang merilekskan otak sains dengan aktiviti mengira. 

Puan Sheila pun kadang-kadang datang lambat sikit, so, time tu laa macam nak lepak-lepak dekat sofa luar kelas maths tu. Puan Sheila pun jenis suka sembang, so layan je lah. Cepat sikit habis waktu maths. Lol!

Kelas maths stats ramai. Mereka adalah, Najwa, Jimmy, Atiqah Asmadi, Laili Amalia, Maisarah, Husna, Liyana, Kee Hung, Jelina, Yen, Farah, Mira, and Hetty. Semoja berjaya bagi Puan Sheila A-setar.


Kelas General Studies : Ustaz Malikie

Ustaz ajar aku dua sem berturut-turut. Last sem, malaysian studies, this final sem, islamic studies. Frankly speaking, kelas islamic studies umpama kelas free block. So macam sangat rileks. 

Sometimes bila aku baik, aku akan dengar laa ustaz mengajar, but bila aku kurang baik, haaa mula lah aku buat homework masa ustaz mengajar. But most of the times, aku jadi baik lah. Hehe.

Overall, kelas general studies okey. Kalau nak listkan nama classmates general studies, banyak pulak kan. Exam islamic studies 16 Jun nanti, a day after my special day. Weewit! Haha.


Okeylah, itu je nak cerita. Panjang pulak laa kan. Nanti dah keluar ky betul-betul, mesti rindu rutin seharian pergi kelas. Hoho. Orite, blah dulu. Wassalam.


No comments: