SEBELUM NAK KOMPLAIN, BACA DULU MUKADIMAH AKU DULU.
INI CERPEN YANG FIRST TIME AKU GUNA PERKATAAN 'AKU' YANG DIPEGANG OLEH KAREKTER LELAKI. BEFORE NI, 'AKU' TU MESTI PEREMPUAN'. THIS TIME TUKAR GENDER PULAK.
INI JUGAK CERPEN YANG FIRST TIME AKU GUNA 'AKU' YANG DI MANA 'AKU' TU BUKAN HERO ATAUPUN HEROIN. KIRANYA 'AKU' DALAM CERITA NI ADALAH KAREKTER PEMBANTU. 'AKU' YANG JADI TUKANG CERITA.
DAN INI CERITA INVOLVE ADIK LELAKI AND KAKAK. PERASAAN ADA KAKAK TU,MAYBE AKU FAHAM. TAPI PERASAAN ADA ADIK ITU, SORRY. SO, MAYBE MENAMBAHKAN KEKAKUAN JALAN CERITA.
CERPEN NI BUKAN UNTUK ORANG JIWANG. SEBAB MASA AKU TAIP CERITA NI, AKU MEMANG TAKDE FEELING JIWANG LANGSUNG. AKU JUST TULIS APA YANG AKU NAK TULIS, APA YANG AKU NAK CAKAP KAT KORANG. ITU JER.
AND FOR THE NEXT CERPEN, INSYAALLAH, MAYBE UNSUR LOVEY-DOVEY TU JADI ZERO. SEBAB AKU PLAN NAK BUAT CERITA YANG DAPAT MENYAMPAIKAN BEBERAPA INPUT KE DALAM OTAK PEMBACA. HARAP-HARAP LAH.
SEBAB AKU RASA AKU MEMANG KERING DENGAN IDEA LOVEY-DOVEY. SEBAB LOVEY-DOVEY IS JUST TOO CLICHE KAN? SEKIAN, SEKARANG BOLEH BACA DENGAN MATA TERBUKA. SILA KOMPLAIN KALAU TAK PUAS HATI. LOL!
DAN JANGAN LUPA, CERITA INI TAKDE KENA MENGENA DENGAN AKU. DAN JANGAN PERASAN ADA KENA MENGENA DENGAN KORANG. SEKIAN LAGI.
Nama aku Ammar. Baru habis belajar engineering dekat Jerman sana. Dah sebulan lebih dah sampai Malaysia. Teringat lagi masa kat KLIA, hati aku gembira gila dapat tatap wajah emak, ayah dengan kakak. Tapi, masa nak tinggalkan KLIA, hati aku yang teruja dapat jumpa keluarga, jadi hiba pula. Hiba sebab tak dapat nak gather dengan budak-budak sama belajar kat Jerman macam zaman belajar dulu.
Aku balik Malaysia ni ada dua misi penting. Pertama, kerja dekat Malaysia. Dua minggu lepas, aku dah pergi temuduga dekat IKRAM di Bangi. Dan aku dapat kerja dekat situ. Bangi kan dekat dengan Negeri Sembilan, tanah tumpah darahku. Senang lah nak balik hujung minggu jenguk emak dengan ayah.
Misi kedua, kahwin. Aku dah ada calon. Namanya Nur. Sama belajar dekat Jerman jugak lah. Itu pasal lah hiba sangat hati masa nak berpisah dekat KLIA hari tu kot. Aku dah bagitahu emak, suruh bagitahu ayah, untuk pergi merisik dekat rumah Nur. Tapi, emak cakap macam ni pulak.
" Emak dengan ayah ni takde masalah nak pergi Johor pergi merisik si Nur tu, tapi, takkan kamu nak langkah bendul kakak kamu tu. Kalau kakak kamu tu lelaki, mak tak kisah, tapi kakak kamu tu perempuan. Haaa ni emak dah cakap berbelit dah ni, " macam itulah kata emak.
Aku pun berfikir sejenak, takkan nak tunggu kakak tu nikah dulu, baru aku boleh nikah. Macam tu jadi bujang terlajak lah gua.
" Kena tunggu kakak kahwin dulu?" tanya aku buat-buat tak faham.
" Iyalah," jawab emak ringkas.
Aku menggaru-garu kepala. Masalah, masalah. Macam mana nak buat ni? Macam mana jalannya untuk membolehkan aku kahwin tanpa perlu tunggu kakak kahwin dulu?
Kahwin dekat Siam?
Nak kena sembelih dengan ayah? Boleh cuba buat.
Tangkap basah olok-olok?
Nak kena buang keluarga? Boleh cuba buat.
Aku menopang dagu melihat emak yang sedang mengopek ikan bilis untuk dibuat sambal nasi lemak esok pagi sempena kepulangan kakak dari KL.
" Ammar," panggil emak.
" Hmmm," balas aku.
" Mungkin Ammar boleh tolong mak cari calon suami untuk kakak?"
*****
Itu dia kak Amni. Tengah sedap menyuapkan nasi lemak emak yang berlemak ke dalam mulut sambil ditemani emak dengan ayah. Kakak dah nak masuk 28 tahun, tapi suka berlagak manja macam dia umur 18 tahun dengan mak dengan ayah. Kadang-kadang tu, rasa macam aku yang jadi abang, dan kak Amni pulak jadi adik. Manja mengalahkan aku.
Selesai kak Amni makan, dia mengemas meja makan dan dapur. Lepas tu, pergi sidai baju dengan ampaian dekat luar rumah. Lepas sidai baju, kak Amni pergi siram pokok-pokok bunga sekitar pagar rumah. Lepas tu, bagi ayam makan dekat belakang rumah pulak.
" Ammar, yang kau ke hulu ke hilir ikut kakak ni apahal?" tegur Amni dengan serius sambil menayangkan wajah seriusnya juga.
Payah betul nak terus-terang. Rasa nak jerit je,
" Kak Amni, boleh tak kahwin cepat sikit!"
Tapi ungkapan tu tersekat dekat tekak je. Taknak lah jerit dekat kakak sendiri. Nanti jadi adik derhaka pulak. Dah lah kak Amni banyak tolong-tolong hantar duit sikit masa aku belajar kat Jerman dulu.
" Kau ni apsal Ammar? Cuba cerita dekat kakak apa masalah kau," macam tu lah kak Amni. Dalam serius, ada prihatinnya. Itu yang buat aku sayang kat kakak aku yang memang seorang ni.
" Kak Amni bila nak kahwin?" tanya aku selembut mungkin. Cuba nak jaga hati kak Amni secermat-cermatnya.
" Itu ke masalah kau?" tanya kak Amni semula. Dia menutup tong makanan ayam dengan penutupnya lalu mengaturkan langkah ke paip air untuk mencuci tangannya.
" Kak Amni marah ke?" tanya aku sambil mengekori langkah Amni ke gazebo di halaman rumah. Di situ Amni duduk dengan riak wajah berkerut memikirkan jawapan untuk dituturkan.
" Kakak tak tahu lagi bila kakak nak kahwin. Calon pun takde lagi. Lain lah macam kau. Dah ada calon. Apa nama dia kat facebook kakak tengok, Nur?" kata kakak.
" Kak Amni stalk orang dekat facebook eh?" kata aku pula.
" Kau je lah satu-satunya adik kakak. Kau je lah akak nak stalked pun,"balas kak Amni.
" Kak Amni, kalau Ammar introducekan kakak dengan orang-orang yang boleh jadi calon suami kak Amni, okey tak?" tanya aku berani mati. Aku tahu sangat, kakak bukan suka kalau orang kenen-kenenkan dia dengan siapa-siapa.
Zaman kakak menuntut dalam bidang perubatan dekat UM, pernah sekali abang sepupu aku nak match kan kakak dengan kawan dia. Kak Amni bengang gila. Lama jugak lah perang dingin. Nasib baik Raya menjelma tak lama lepas tu, kakak pun maafkan abang sepupu tu.
Kak Amni tak tunjuk sebarang respon. Bengang tak, marah tak, menyampah tak, suka pun tak. Tenang je.
" Kakak malas lah, Ammar," alasan kakak Amni. Macam tak kuat je alasan. Kenapa malas pulak? Pergi kerja siang malam dekat PPUM tu, elok je rajin. Takkan nak cari jodoh pun malas.
" Kak Amni, kakak tu lagi dua tahun nak masuk 30-an tau. Ammar just nak tolong kakak je. Kalau kakak tak suka diorang, tak apa. At least kakak cuba untuk kenal. Mana tahu, ada yang berkenan di hati kak Amni ke, who knows?" kata aku cuba memujuk kakak Amni menerima cadangan aku.
" Kakak kena jaga mak dengan ayah," alasan lain kak Amni.
" Kak, mak dengan ayah tu sihat je. Kakak ingat diorang taknak ke tengok kakak ada family sendiri, ada suami, ada anak-anak. Think about it kak Amni," ujar aku lagi.
" Kakak sibuk dengan kerja," alasan lagi. Aku fed up! Kakak sengaja nak mengelak.
" Ammar tetap dengan usaha Ammar untuk cari calon untuk kak Amni whether you like it or not! Kalau kakak bantah cadangan Ammar, sama lah kakak tolak status Ammar sebagai adik kakak," ucap aku tegas lalu berlalu dari situ meninggalkan kakak Amni yang terkedu di situ.
*****
" Nama dia Firdaus. Dia admire dekat kak Amni masa dia datang raya dekat rumah kita tahun lepas. Muka dia muka baik, sama lah macam hati dia jugak," terngiang-ngiang kata Ammar di gegendang telinga kakak Amni masa dia lepak di Perpustakaan Awam Jelebu.
Bila fikirkan balik, macam kena pukau dengan Ammar je kena jumpa si Firdaus yang sebaya Ammar yakni berusia 25 tahun dekat perpustaakan tu. Siaplah Ammar lepas kakak sedar dari pukauan kau ni, bisik hati kakak Amni.
" Kak Amni," tegur satu suara. Itu dia Firdaus. Betul kata Ammar, muka baik ala-ala muka hero Korea. Macam mana dia boleh admire kakak Amni pun, tak tahulah padahal kakak Amni, muka Melayu tulen, takde kacuk mana-mana.
" Firdaus kan? Kawan sama belajar dengan Ammar kan?" tanya kakak Amni padahal dia tahu.
" Ya saya. Boleh saya duduk dekat sini?" tanya Firdaus pula. Sopan betul. Bertuah bakal isteri dia ada suami sopan santun macam ni. Tapi still, kakak Amni takde perasaan untuk jatuh hati.
" Ini tempat awam. Of course Firdaus boleh duduk," ucap kakak Amni lalu Firdaus menarik kerusi untuk dia duduk. Tapi belum sempat dia duduk, kakak Amni menyambung,
" Tapi, kak Amni rasa apa kata kita duduk dekat taman luar tu. Udara pun segar pagi-pagi macam ni kan. Sihat tubuh badan. Mata pun sihat tengok pokok-pokok hijau," kata kakak Amni dengan bahasa yang lebih indah.
Bukannya apa, dia tidak selesa berduaan dengan mana-mana lelaki. Tambahan pula, kalau duduk berdua-duaan ini, yang ketiga tentunyalah syaitan. Jadi, kehadiran insan ketiga itulah yang hendak dielakkan.
*****
Dan aku lah yang jadi orang ketiga. Kak Amni duduk dekat papan jongket belah kanan, aku duduk tengah, Firdaus duduk dekat belah kiri menghadap arca buah durian yang popular di Jelebu.
" Firdaus, kak Amni tanya ni, macam mana Firdaus boleh admire akak pulak eh masa raya tahun lepas?" tanya kakak Amni selamba. Memang dah masuk mode selamba-mamba lah tu kak Amni tuh.
Firdaus sengih. Muka dua dalam satu tu. Muka malu and muka macam nak tumbuk muka aku sebab pecahkan rahsia dia. Malu-malu pulak Firdaus ni. Curik-curik tanya pasal kakak aku dekat aku, tak malu pulak eh.
" Sebab kak Amni matured," jawab Firdaus ringkas. Aku menoleh ke arah kakak Amni. Matured? Adalah sikit kriteria matang tu.
" Kawan-kawan perempuan awak yang lain tak matured ke?" tanya kakak Amni lagi. Habislah kau Firdaus, kakak Amni memang suka bertanya. Curious melampau.
" Ada la seorang dua. Yang lain, banyak yang childish, mengada-ngada, tak pandai berdikari, manja, suka merajuk. Penat jugak ada kawan perempuan macam tu. Lemas dibuatnya," jawab Firdaus jujur.
" Biasalah remaja," kakak Amni berkata pula.
" Tapi kak Amni tak macam tu masa remaja," kata aku pulak. Firdaus senyum je. Senyum lah sementara kau boleh senyum, Firdaus. Kakak Amni dah lah unpredictable. Terus terang selamba dia je.
" Awak tak kisah ke umur kak Amni lebih dari umur Firdaus?" sambung kak Amni pula.
" Umur tu kan sekadar angka. Kalau kita ada level pemikiran yang sama, umur boleh ditolak ke tepi," jawab Firdaus pula.
" Macam ni lah Firdaus. Kak Amni hanya boleh anggap awak sebagai adik. Awak ada kerja elok dekat Jerman, jadi ambillah peluang itu untuk awak cari pilihan yang lebih baik. Ya, mungkin kak Amni nampak matured dari luar, but inside awak tak nampak. Kak Amni mungkin childish jugak cuma tak tunjuk. So, kak Amni harap, awak akan dapat jodoh yang solehah. Firdaus masih muda, masih ada banyak ruang dan masa. All the best ya," ucap kakak Amni penuh hikmah.
Kakak Amni bangkit dari papan jongket itu, berjalan ke arah tempat letak kereta meninggalkan Firdaus bersama aku. Aku menepuk perlahan bahu Firdaus, cuba memujuk dia.
*****
Sejak calon pertama gagal menarik minat kak Amni, aku rasa harapan aku nak kahwin cepat, makin hari makin kabur je. Keluarga Nur dah tanya dah. Tapi nak buat macam mana. Kakak aku tak kahwin lagi.
Kak Amni tu memang dari zaman sekolah jenis yang tekun. Kalau masa belajar, belajar je. Main pun kadang-kadang. Disebabkan kakak Amni bukan jenis suka melepak, main-main, aku pun turut sama jadi skema macam dia.
Walaupun selalu kena gelak dengan member zaman sekolah dengan gelaran, mat skema, tapi aku tak kisah. Sebab jadi mat skema lah, aku tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan dengan jayanya.
Emak ada pesan, takyah peduli kata orang, yang penting kita berjaya dapat apa yang kita nak. Ayah pulak cakap, kalau nak dapat hasil, kena usaha sungguh-sungguh. Kak Amni pulak kata, hidup ni kena ikut skema jawapan kalau nak dapat markah penuh. Macam-macam!
Gagal sekali, tak bermakna gagal selama-lamanya. Kena cari calon kedua.
*****
" Ammar! Ini kenduri kahwin siapa pulak ni? Kata nak bawak kak Amni pergi Alamanda," kata kakak Amni sebaik sahaja aku memberhentikan kereta MyVi baru ku di sisi jalan sebuah taman perumahan di Putrajaya.
" Ikut je lah kak Amni. Lepas ni kita pergi lah Alamanda. Ini wedding adik kawan Ammar. Dah jom," ajak aku. Kalau kakak Amni tahu yang aku nak bawak di pergi blind date, mesti awal-awal lagi dia taknak ikut.
" Kau ni memang nak kena lah!" marah kakak Amni. Kalau lah aku masih kanak-kanak, mesti kak Amni nak cubit lengan aku sampai merah-merah. Tapi sebab dah besar panjang dan tough pulak, takkan lah nak kena cubit lagi kot.
" Ammar! "panggil abang Syahid, senior aku masa di Mrsm Langkawi dulu. Sekarang dia jadi pensyarah dekat UITM Shah Alam. Dia jadi calon kedua untuk kakak Amni sebab, sudah semestinya lah dia single dan available.
Tambahan pula, umur dia lebih kurang kakak Amni, jadi takde alasan dari segi usia berbeza. Dan memang abang Syahid minta tolong kenalkan sesiapa calon isteri dekat dia sebab dia dah malas nak mulakan dari awal. Nak kena ayat perempuan lah, nak kena bagi hadiah lah, nak kena calling-calling lah. Dia malas.
" Kak Amni, ini abang Syahid. Tapi kak Amni takyah panggil abang lah. Korang sebaya je," kata aku cuba untuk memperkenalkan antara satu sama lain.
" Eh, sila lah makan dulu. Nanti abang datang join korang," kata abang Syahid bila melihatkan wajah kakak Amni yang terhangak-hangak. Lalu aku segera menarik kakak Amni mengambil makanan dan duduk di salah satu meja bulat di khemah bertema ungu putih.
" Ammar, kakak segan lah. Dah lah dengan pakai seluar jeans, baju blouse plain ni pergi kenduri kahwin orang," kata kakak Amni yang baru nak bersuara.
" Kak Amni takyah nak segan lah. Kakak memang dah sweet. Pakai apa pun sweet," kata aku pula.
" Ah kau nak bodek akak, memang nombor satu kan? Ini apa cerita bawak kakak kat sini?" tanya kakak pula.
" Itu abang Syahid. Calon untuk kak Amni,"
" Dah agak,"jawab kakak.
" Okey?"
" Kakak tak kenal dia lagi, mana lah kakak boleh judge dia,"ujar kakak yang selesai sudah makan.
" Amni,"tegur Syahid.
" Hmmm," balas kakak Amni.
" How's life as a doctor?" tanya Syahid ramah. Apalah abang Syahid ni, tanya soalan cliche betul dekat kakak aku.
" Alhamdulillah, okey. Stress tu biasalah kan. Apa orang kata, alah bisa tegal biasa. I love my job very much so far eventhough you know gaji kerja dengan goverment tak setinggi dengan private kan," kata kakak Amni panjang lebar. Itu dia, aku dapat lihat chemistry mereka berdua ni.
" Good. I guess you are a kind person yang sangat motivated. A criteria that all doctors must have. Wait, why still kerja dengan government? Kenapa tak move to private sectors?" tanya Syahid lagi ingin tahu.
" Memang kena sentiasa motivate diri lah. Waktu zaman housemanship, almost everyday kena hentam dengan senior docs, so memang semangat tu down je tapi after that naik balik. I kerja dengan government sebab yeah dapat biasiswa government, so, have to lah. Plus, biasiswa tu come from duit rakyat. Jadi I have to work for them dekat hospital goverment laa kan," jawab kakak Amni panjang lebar.
" Eh korang, Ammar nak pergi somewhere kejap. Kak Amni tunggu sini, okey? Abang Syahid, take a good care of my sister kejap eh," kata aku lalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam keriuhan orang yang agak ramai di khemah itu.
" Syahid, you tahu kan kenapa Ammar bawak I pergi kenduri ni?" tanya Amni.
" Tahu. Nak kenalkan you pada I dan kenalkan I pada you," jawab Syahid tenang.
" Okey, kita baru jumpa hari ni. And sangat tipu kalau I atau you cakap yang one of us got feeling for one another kan?" tanya Amni lagi.
" Yup,"jawab Syahid.
" So, kenapa you terima cadangan dia untuk kenal dengan I ?" Amni mengeluh.
" I just give a try. Untuk terima seseorang jadi your future partner, tak semestinya you must have feeling for that person. The feeling will just come naturally after you get married," balas Syahid bersungguh. Sedikit sebanyak, Amni kurang selesa dengan Syahid yang apabila berkomunikasi, akan memasukkan elemen eye contacts.
" Mana you tahu?"Amni menyoal sambil memandang ke arah lain.
" My parents did. Ibu I cakap, kalau ayah I dah jadi suami dia, takkan dia nak benci. Dah tengok hari-hari, jadi sayang. The same goes for ayah I. Dia tahu dia ada tanggungjawab terhadap ibu I. Rasa tanggungjawab itu, in turns bertukar jadi kasih sayang. And dari situ wujud lah saya, Syahid yang sedang cari calon isteri yang boleh terima kelebihan dan kekurangan saya, " tutur Syahid dengan penuh details. Amni terleka dengan hujah yang dinyatakan Syahid. Maksudnya dalam.
" Good points you have there. I'm impressed. Wait, macam mana you boleh pandai sangat berkata-kata ni?" soal Amni pula.
" I lecturer, of course lah pandai bercakap. Plus, I lecturer psikologi. So, beware. I can physcho you anytime," balas Syahid sempat pula berjenaka. Amni ketawa kecil.
" Eh mana si Ammar ni? I nak kena pergi Alamanda ni," kata Amni merungut.
" You tak selesa ke kaat sini?" tanya Syahid ambil kisah.
" Eh I okey. Just wonder mana si Ammar ni pergi," balasku takut Syahid terasa hati. Omg, sejak bila Amni ambil kisah pasal hati lelaki selain ayah dan Ammar. Am I falling for him? Tak, jerit Amni dalam hati!
" Amni, are you okey? Macam ada something you nak cakap tapi terkeluar," Syahid memang pakar psiko! Ammar, cepat jemput kakak!
*****
Kesian kak Amni hari tu. Aku suruh abang Syahid yang pergi hantarkan kak Amni pergi Alamanda. Balik dari Alamanda, kak Amni tak tegur langsung aku. Punyalah dia marah sebab aku tinggalkan dia dekat kenduri dua minggu lepas. Sampai hari ni dia tak contact aku tanya khabar. Datang melawat aku kat Bangi pun tak.
Sebab kakak tak call, tak sms aku, aku tak tahu apa pendapat kakak pasal calon kedua yang aku kenalkan. Jadi, tak boleh nak putuskan sama ada aku nak kena pergi calon ketiga atau tak.
iPhone di atas meja kopi di ruang tamu rumah aku capai. Ingat nak call kakak, belanja dia makan dekat luar. Panggilan tak dijawab. Redial. Tak berangkat. Redial. Tak berangkat lagi. Redial. Kak Amni, tolonglah angkat telefon.
" Helo," suara lelaki menjawab telefon kak Amni. Siapa pulak yang tolong angkat ni? Handphone kak Amni kena curik ke apa?
" Helo. Amni ada?"
" Dr. Amni tertinggal phone dia dekat klinik ni," jawab lelaki itu.
" Oh ya. Nanti pesan dekat dia, boyfriend dia ada benda penting nak discuss dengan dia. By the way, siapa yang jawab telefon ni?"
" Dr. Yusuff," talian dimatikan. Suara Dr. Yusuff macam suara orang muda. Kakak mestilah kenal dia. Kakak tak berminat ke dengan Dr. Yusuff tu? Mungkin Dr. Yusuff tu dah kahwin kot.
Kak Amni, kak Amni. Bilalah kakak nak kahwin ni? Dekat hospital tu punyalah macam jenis orang ada, takkan lah tak berkenan satu pun di hati? Sampai bila entah nak maintan status "it's complicated" dekat profile Facebook dia jadi status "married" entah. Aku adik dia pulak yang pening pasal hal jodoh dia.
******
Amni menyelongkar handbagnya di cafeteria Pusat Perubatan Universiti Malaya, mencari-cari iPhonenya. Dia tak ingat di mana tempat terakhir dia meletakkan handphonenya itu. Dahinya berkerut. Stress.
Dia bukan stress dengan kerjanya. Dia bukan stress handphonenya entah ke mana. Dia stress dengan diri sendiri. Dengan Ammar yang beria-ia cari calon suami untuknya, dengan persepsi orang sekitar yang mengatakan dirinya terlalu memilih kerana faktor kerjaya, Amni stress.
" Handphone Amni. Tertinggal dekat klinik tadi," hulur Yusuff di atas meja. Amni menoleh. Belum sempat Amni mengucap terima kasih, Yusuff telah berlalu pergi. Namun dia patah balik ke arah Amni.
" Amni, ada orang call tadi. Dia kata dia boyfriend Amni. Dan dia pesan ada benda penting nak discuss," kata Yusuff.
" Boyfriend? Itu mesti adik saya, si Ammar," jawab Amni gugup sedikit. Ammar, Ammar!
" Tak kisah lah siapa. Kenduri kahwin nanti jangan lupa, ajak ya Amni," balas Yusuff sambil tersenyum. Tapi senyumannya semacam tak ikhlas. Sebaik selepas itu, Yusuff mengundurkan diri dari situ dan Amni pula tepuk dahi. Ammar memang sengal!
*****
Ting tong. Ting tong.
Siapa pulak datang rumah aku ni. Baru je nak lepaskan lelah balik kerja ni. Pintu dikuak. Kak Amni. Apa mimpi kak Amni datang rumah aku entah. Dah lah pagi tadi call tak jawab.
Sebaik sahaja grill pintu dibuka, kak Amni terus saja mencubit aku. Apahal ni?
" Kak Amni, sakitlah! Ni doktor sawan ke apa ni datang rumah orang cubit cubit orang. Report kat talian nur baru tahu, " kata aku sambil menahan kepedihan cubitan kak Amni. Memang dah lama tak kena cubit dengan kakak pun.
" Yang Ammar cakap kau boyfriend kakak tu kenapa?" teriak kak Amni. Amboi, marah sungguh. Takkan boyfriend kakak marah kot. Kakak pun, manalah ada boyfriend. Aku ni haa yang letih cari boyfriend untuk dia adalah!
" Yang kak Amni emo sangat ni apahal?" aku menjawab pula.
" Haaa menjawab menjawab. Nak jadi adik derhaka? Kakak suruh mak jangan hantar rombongan merisik Nur kang," balas kak Amni pula. Kakak suka mengugut betul.
" Okey, I'm sorry,"
" Nah, ambil pizza ni bawak pergi dapur. Pergi potongkan. Lepas tu, buatkan kakak air oren. Tak mahu kordial oren. Nak fresh orange ya," arah kak Amni. Aku mengikut saja. Malas nak membantah. Tambahan, kak Amni bukan dalam mode berjenaka sekarang ni.
Selesai menghidangkan pizza di atas piring dan dua gelas air fresh orange di hadapan kak Amni yang sedang melepak di ruang tamu, aku duduk di sofa bertentangan dengan kak Amni.
" Kak Amni, kenapa marah sangat?"
" Okeylah, akak berterus terang," kata kak Amni.
" Apa dia?" kata aku sambil menyuap sekeping pizza yang dah keras ke dalam mulut.
" Yusuff tu sebenarnya errr sebenarnya..."
" Yusuff mana?" aku hilang ingatan.
" Dr. Yusuff yang angkat telefon kakak tu lah," jawab kak Amni keras.
" Oh okey. Yusuff tu sebenarnya apa?"
" Kakak suka dia,"kata kak Amni perlahan.
OMG! Kak Amni ni rupanya masih ada hati dan perasaan rupanya. Ingat dia memang dah takde perasaan dekat mana-mana lelaki. Kak Amni normal!
" Oh itu pasal lah cuak sangat Ammar kata Ammar boyfriend kakak ya. Kak Amni takut dia fikir kakak dah ada teman kan?" kata aku menduga hati kak Amni.
" Iyalah!" jawab kak Amni sambil bantal kecil di atas kerusi menutup wajahnya. Tapi aku tahu, disebalik bantal Pooh itu, muka kak Amni mesti tengah excited campur gembira bila cakap pasal soal insan yang dia minati.
" Dr Yusuff tu tahu?"
" Tak," jawab kak Amni.
" Dr Yusuff tu suka kak Amni tak?"
" Macam tak je. Cakap dengan kakak pun sepatah dua je. Senang cerita he didn't show any signs of admiration lah. Mungkin dia dah ada girlfriend," kata kak Amni lagi.
" Then, kak Amni pergi lah tanya dia,"
" Gila!" kata kak Amni sambil mencampakkan bantal kecil tadi ke arah aku.
" Kalau taknak tanya, kakak bagitahu dia,"
" Bagitahu apa?" tanya kak Amni.
" About your feeling towards him,"
" Itu double gila, Ammar!" kak Amni bengang. Terus disuapkan sekeping pizza untuk memenuhkan mulutnya.
" Itu tak gila, kak Amni. Kalau kak Amni tak tanya, kak Amni takkan tahu. Kalau kak Amni tak bagitahu, dia takkan tahu," kata aku mengeluarkan hujah yang logik.
" Kakak perempuan lah, Ammar. Normalkan untuk malu," jawab kak Amni. Kata kak Amni memang ada benarnya. Tapi dalam situasi kakak yang dah sampai usia untuk berumah tangga, kakak kena buang rasa malu tu.
" Abang Syahid macam mana?"
" Syahid yang kenduri kahwin hari tu? Kakak takde perasaan untuk dia and dia pun memang takde perasaan kat kakak pun," jawab kak Amni.
Kalau kakak dah jawab macam tu, nampaknya memang takde harapan lah nak berabang ipar dengan senior Langkawi aku tu. Hari tu ingat dah ada chemistry, dah ada harapan lah. Rupanya harapan tinggal harapan je lah.
Buat masa ni, takyah cari calon ketiga dulu. Kakak dah ada pilihan hati. Mungkin aku boleh tolong kak Amni ambil hati Dr. Yusuff tu. Dan kalau dapat lampu hijau dari Dr. Yusuff, cepatlah aku kahwin. Yebbaaaa!
****
" Nur," aku mengangkat panggilan telefon.
" Bila parents Ammar nak datang Johor ni?" tanya Nur.
" Hari tu kan orang dah explain, kena cari calon untuk kak Amni tu dulu,"
" Tak jumpa lagi?" tanya Nur lagi.
" Kalau dah jumpa, kita dah lama kahwin dah Nur," buat-buat tak faham bahasa pula Nur ni.
" Ada apa-apa Nur boleh tolong?"
" Nur boleh tolong apa?" soal aku semula.
" Tolong cari calon untuk kak Amni lah,"
" Takyah lah. Pertolongan orang pun kak Amni buat derk je, ini Nur yang belum jadi family kitorang lagi," jawab aku pula.
" Iyalah. Buat apa tu?" tanya Nur.
" Tengah cari member dekat hospital PPUM tu,"
" Kak Amni kan kerja situ. Cari member ke cari makwe ni?" ujar Nur.
" Nur, ingat orang player ke? Orang nak cari somebody yang kenal dengan one of the docs kat sana. Nur ada kenalan ke saudara-mara tak kerja kat hospital tu? Kalau ada, tolong tanya, kenal tak Dr. Yusuff,"
" Dr Yusuff?"
" A'ah"jawab aku.
" Baru habis housemanship?"
" A'ah"jawab aku lagi.
" Cup cup, Yusuff Bin Yunus?"
" Iya! Kenal ke?"tanya aku pula.
" Yusuff tu sepupu Nur lah!"
Apa? Sepupu Nur? Allah permudahkan.
" Nur, memang boleh tolong orang,"
******
Kak Amni leka melayari internet. Tengah surf apa pun aku tak tahu. Sejak kak Amni datang rumah aku secara mengejut minggu lepas, kak Amni takde cerita apa-apa pasal Dr. Yusuff. Mungkin dia segan kot.
" Kak Amni, pergi tolong mak masak kat dapur tu lah,"
" Sibuklah kau. Kakak dengan mak dah selesai masak dah. Tunggu kau dengan ayah balik mancing ni haa," jawab kak Amni pulak sambil matanya masih lagi menghadap laptop.
" Dr. Yusuff apa cerita?"
" Cerita apa?" tanya kak Amni semula.
" Kakak dah bagitahu dia ke belum?"
" Malas lah. Kalau dia reject kakak direct je, macam mana? Yang malu kakak tau," kata kak Amni pula.
" Macam tu melepas lah kak Amni. Dr. Yusuff tu single lagi tu," jawab aku pula.
" Single? Dari mana Ammar tahu?" soal kak Amni. Aduhai. Hampir nak terkantoi dengan kak Amni yang aku jadi Nur orang tengah antara dia dengan Dr. Yusuff.
Selepas dapat tahu Dr. Yusuff sepupu Nur, aku suruh Nur selidik pasal Dr. Yusuff. Sebab itulah aku tahu beliau single. Dr. Yusuff pun macam kak Amni jugak, dua-dua jenis kuat kerja sampai malas nak cari jodoh sendiri.
"Takde bendalah kak Amni. Ammar pergi mandi dulu," kata aku melarikan diri. Kalau diri dekat situ lama-lama, nanti mesti kak Amni soal macam-macam.
Emak masuk ke dalam rumah selepas menghantar lauk di rumah jiran sebelah. Dilihatnya Amni masih lagi tekun menghadap laptop.
" Amni buat apa lama sangat tengok komputer tu?" soal emak.
" Baca blog kawan-kawan mak. Kalau weekdays, takde masa nak surf internet. Off day macam ni lah masa nak baca cerita kawan-kawan," jawab Amni.
" Kawan-kawan sama belajar kamu dah kahwin?" tanya emak lagi.
" Banyak yang dah kahwin. Ni blog salam seorang kawan Amni yang dah kahwin lah ni. Ini baby dia. Comelnya hai," balas Amni sambil menunjukkan gambar bayi kawannya di laptop.
" Kamu taknak kahwin, Amni?"
" Siapa taknak kahwin, mak,"
" Kamu tak kisah Ammar kahwin dulu dari kamu?"
" Tak kisah, mak," jawab Amni perlahan. Ammar dah ada calon, Ammar lah kahwin dulu. Dia belum ada, jadi kemudian lah. Logik.
" Mak, esok Amni kena pergi Johor jugak ke untuk merisik Nur tu?" tanya Amni.
" Terpulanglah kat Amni," jawab emak. Emak berlalu dari situ. Emak sedikit sebanyak kecewa dengan Amni yang kurang ambil kisah pasal jodohnya.
****
Pagi yang indah. Ayam-ayam ayah dekat belakang rumah sudah mula memperdengarkan kokokannya. Bunga-bunga sekitar pagar sudah kembang ceria. Rumput hijau di laman rumah basah dengan embun pagi yang belum kering.
Kak Amni sudah bersiap dengan baju kurung hijau pokok pisang dengan tudung senada untuk menemankan emak 'rombongan' merisik ke Johor. Ayah dengan emak pun dah siap. Dan aku pun dah bersiap dengan baju melayu coklat gold dengan songkok hitam. Rasa macam nak pergi nikah pun ada.
Pin! Pin! Tiga buah kereta datang.
" Siapa pulak tu, mak? Ramai pulak yang nak ikut pergi merisik. Merisik je pun," kata kak Amni. Emak membalas dengan senyuman.
" Jemputlah masuk," jemput ayah dengan emak terhadap tetamu yang baru sampai. Aku tahu, kakak mesti tengah blur ramai benar nak hantar pergi rombongan merisik.
" Kak Amni, pergi masuk dalam bilik," kata aku sambil menolak kak Amni masuk ke dalam biliknya.
" Kenapa Ammar?" tanya kak Amni dengan wajah blur dan confused.
" Masuk je lah. You will know later. And at that time you will thank me," kata aku pada kak Amni.
Aku pergi duduk di sebelah ayah. Mendengar ayah dengan emak berbicara dengan tetamu kami. Aku lebih banyak mendengar butir bicara mereka daripada mencelah.
" Nak jumpa dengan Amni, boleh tuan rumah?" kata Puan Annisah.
" Boleh. Jom lah kak Nisah," ajak emak yang membawakan Puan Annisah ke bilik kak Amni.
" Inilah Amni. Yusuff tak pernah bawak Amni datang jumpa makcik dengan pakcik. Tup-tup dia minta makcik datang merisik Amni," ujar Puan Annisah lemah lembut.
Yusuff? Nak jerit dalam hati! Kata Amni dalam hati.
" Errr sibuk sangat kerja dekat hospital tu makcik, sebab tu lah takde masa nak ziarah makcik," kata aku berbasa-basi.
" Takpe, nanti datang lah rumah makcik ya bila senang," tambah Puan Annisah lagi.
Kak Amni terpaksa mengukir senyuman meskipun dia sangat terkejut dengan apa yang terjadi sekarang. Emak di sebelah kak Amni tersenyum lebar. Emak mesti lah gembira sebab akhirnya kakak ada juga jodohnya. Dan aku pun gembira ada makna jugaklah.
Setelah emak membawa Puan Annisah keluar dari bilik untuk, kak Amni terus menarik lengan aku dengan kasar.
" I need an explaination, now!" kata kak Amni dengan garangnya.
" Itu mak Dr. Yusuff. Takkan kak Amni tak dengar pulak tadi. Sejak bila pekak?" kata aku pula.
" Itu kakak dengar lah! Semua ni? Apa semua ni? Kita bukan sepatutnya pergi Johor ke untuk merisik Nur? Apsal kakak pulak yang kena risik ni? Dengan parents Dr. Yusuff pulak? Apa ni Ammar?" kak Amni mengeluh berat dengan pelbagai pertanyaan.
" Dr. Yusuff dah tahu pasal perasaan kak Amni," jawab aku perlahan.
" What?"
" Dr. Yusuff tu cousin Nur. Ammar minta Nur jadi orang tengah. And you are lucky enough that Dr. Yusuff tu pun ada hati dengan kakak. So, kak Amni tak perlu nak shy shy cat sekarang ni. Dia ada dekat luar. Pergi lah face-to-face dengan dia," kata aku berterus-terang.
" Ammar! Kakak tengah serius ni. Jangan nak buat lame joke kat sini boleh tak?" kata kak Amni tak percaya. Aku menggeleng lalu menarik pergelangan tangan kanan kak Amni ke luar rumah.
" Yusuff," kak Amni dah percaya bila dia nampak abang Yusuff di depan mata yang tersenyum sambil menundukkan kepalanya. Alahai, bakal abang ipar aku ni pun pemalu jugak orangnya!
" Ini apahal dua-dua orang jadi speechless ni?" kata aku memecah kebisuan dua orang insan yang mahu tapi malu ni.
" Ammar, terima kasih," ucap kak Amni. Kan dah cakap, kakak mesti akan berterimakasih dengan adik dia ni.
" Kasih diterima kak Amni. Abang Yusuff, terima kasih sebab ada hati dengan kak Amni ni. Kalau tak, penat saya nak cari calon untuk dia," kata aku. Kak Amni muka dah blushing dah.
" Nasib baik lah Ammar bawak dua orang calon je kenal dekat Amni, kalau tak, takde lah mak ayah abang datang merisik hari ni," kata abang Yusuff pula.
" Yusuff, Amni tak tahu nak cakap macam mana sebab semua ni tiba-tiba. So, hope kat hospital semua akan jadi macam biasa. Just ignore me as usual," kata kak Amni dengan senyuman tak lekang. Abang Yusuff tergelak kecil dengar kata-kata kak Amni.
" Will do," jawab abang Yusuff. Dia pun macam kekok je nak sembang dengan kak Amni.
*****
Itulah cerita lima tahun yang lalu. Akhirnya kak Amni kahwin jugak dengan abang Yusuff, crush dia di hospital. Seronok bila tengok diorang berdua selepas kahwin. Macam baru kenal. Macam baru bercinta. Mereka dah ada seorang cahaya mata, Amna Yusra yang baru masuk tiga tahun. Sesungguhnya, aku gembira bila tengok kak Amni dah ada family sendiri.
Dan apa yang penting, lepas kak Amni kahwin, misi kedua sampai Malaysia aku pun tercapai. Alhamdulillah.
4 comments:
awesome! jln cte bez! tp still ak xleh imagine ammar seorg adk yg caring..ade ke adk caring? haha..maybe sbb sme2 bongsu ak pn xleh imagine sgt kot.anyway, keep it up!
tersengih² baca cerpen ni. kan best kalau the same thing happen to me jugak, especially the part kena risik tetiba tu, by my own crush. wuuuu bahagia..!! kikiki over lak :p
owh btw, im ur silent reader. hehe. salam
-mia-
barpak arh.. best gile!! eh tapi, aku ternoticed kesilapan ini..
" Eh I okey. Just wonder mana si Ammar ni pergi," balasku takut Syahid terasa hati. Omg, sejak bila Amni ambil kisah pasal hati lelaki selain ayah dan Ammar. Am I falling for him? Tak, jerit Amni dalam hati!
*kan crite ni, 'aku' merujuk kpd Ammar, jadi sepatutnya the line 'balasku takut Syahid terasa hati' ialah salah. yg betulnya, 'balas Amni takut Syahid terasa hati'.
apaper pon, well done!!
*aku penah keje editing bahasa majalah, so sbb tu ternoticed,,. hehe
hahaha kelakar la cerpen ni ain..suke2 :)
menarik la sebab "aku" tu lelaki..jarang orang buat (^_^)
Post a Comment