Assalamualaikum.
Baru balik jogging. Untuk maklumam umum, kali terakhir aku jogging waktu bulan Ogos tahun lepas. Waktu tu kolej ada program marathon. So, sebagai sports exco Diamond yang tak berapa bertauliah, aku kena lah suruh juniors perempuan pergi jogging, termasuklah aku sekali kena jogging.
Aku tak suka jogging. Ia perkara yang membosankan dan of course memenatkan bagi mereka yang stamina lembik macam aku. Aku tak tahu kenapa stamina aku semakin menurun seiring dengan pertambahan usia. Oh, mungkin faktor berat!
Masa zaman aku sekolah rendah dekat SK Alam Shah, aku hero kot dalam bidang lari-lari. Cakap, 100 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, muka aku jugak yang masuk. Yang 100 meter tu, selalu lah kalah. Hoho. Tapi yang pass-pass baton tu menang sebab group members aku laju.
Lompat tinggi aku pernah masuk jugak. Masa darjah empat. Masuk darjah lima, lompat jauh. Lompat jauh dapat johan kot. Itu pun aku tak percaya macamana boleh lompat gila jauh. Sampai cikgu aku kata, ni kat rumah mesti practise lompat longkang. LOL.
Masuk sekolah menengah dekat SMK Sultan Abdul Samad, aku dah berhenti jadi atlit. Nak lari 50 meter pun dah tak larat. Lompat pun dah tak jauh. Baling bola lontar peluru tu pun tak bermaya. Memang terhapuslah diari seorang atlit zaman sekolah rendah.
Masuk taiping, lagi lah out. Masa riadah, pergi buat homework kat dewan makan. Masuk ky, pun, main gitu-gitu je. Boleh kira dengan jari lah berapa kali aku pergi multi purpose hall tu.
Okey lah, nak pergi kelas. Perlu pergi membersihkan diri. Pesanan, jogging bukan untuk kurus, tapi untuk kesihatan jantung. Aku perlu jogging lagi. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment