Sunday, May 22, 2011

Membentuk Sikap Istiqamah


Assalamualaikum.


Di pagi Ahad ini, jom kita berbicara pasal istiqamah. Bukan apa, nak ingatkan diri aku ni jugak. Istiqamah ni secara roughly yang aku faham maknanya konsisten. And then tadi aku google, definisi istiqamah ialah :


" Berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.."


Istiqamah bukan saja dalam solat dan ibadah-ibadah khusus, tapi juga ibadah umum macam kita as a student, kena belajar. Tapi kadang-kadang ada masa, susah kita nak istiqamah dalam belajar. Ye lah, to be honest, mesti akan ada suatu masa yang kita rasa " ahh malas malas, malas nak study ar hari ni, nak baca doraemon je lah ".


Nak musim-musim exam, baru lah nak konsisten study. Lalu kelam kabut lah jadinya. InsyaAllah, kalau dapat sambung medic nanti, aku nak istiqamah dalam belajar from the first day lagi. Tak mahu laa macam kat ky ni. Banyak lagha jer.


Jadi, macam mana nak bentuk sikap istiqamah ni? Jom check it out!


  • matlamat yang unggul yakni berjaya di dunia dan di akhirat
  • semangat dan daya juang yang tinggi dan tidak mudah give up and lose hope
  • prinsip yang benar berasaskan Quran dan hadis Rasulullah s.a.w
  • ilmu dan maklumat yang cukup
  • strategi yang kemas dalam perjuangan
  • usaha yang continuous
  • yakin pada takdir dan janji Allah
  • berdoa dan bertawakal
  • bersyukur dan redha

So, marilah sama-sama kita membentuk nilai istiqamah dalam diri kita. InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusan kita.

Orite, selamat study semua. Sekian, wassalam.



Sources: al-azim.com

2 comments:

Nina Mazlan said...

heh.ain comelnya layout. =.=

jom kita istiqamah study ^^!

Norain Ishak said...

ern, nampak sangat lama tak visit blog orang ohhh.