Sunday, April 10, 2011

Tolong Bagi Tips-tips Temuduga Biasiswa MARA

UPDATED 22/3/2012 : I could not found my article in ohmalaysia.com so I have decided to share my experience in this entry.

Apa yang saya nak olahkan di sini lebih kepada nak berkongsi pengalaman temuduga untuk biasiswa MARA. Tahun lepas (2009) , semua calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga, akan diinterview di Ibu Pejabat Mara di Kuala Lumpur. Untuk calon dari Sabah Sarawak, itu saya kurang pasti.

Pada hari saya diinterview itu, semua yang hadir adalah calon-calon yang nak ambil course medicine sahaja. Seperti mana yang kita sedia maklum, course medicine ini merupakan course favourite pelajar-pelajar zaman ini. Jadi, jumlah calon-calon pada hari tersebut sangat ramai dan sedikit sebanyak rasa tercabar jugak. Pesanan saya, jangan rasa tercabar . Rileks kan diri dan anggaplah diri anda adalah calon yang terbaik!

Tahun lepas interview MARA diadakan secara individu. Tahun ini, saya tak pasti sama ada secara individu atau berkumpulan . Pada pendapat saya, temuduga secara individu lebih mudah sebab kita boleh mengolah idea tanpa perlu bersaing dengan calon-calon lain . Walaubagaimanapun, tak kisah lah sama ada berkumpulan ataupun individu, anda sebagai calon bertuah harus berusaha menonjolkan diri kepada panel penemuduga.

Pada hari interview tersebut, saya ditemuduga oleh dua orang panel . Oh ya, jangan lupa ketuk pintu dan beri ucapan selamat sebelum masuk untuk menunjukkan tanda hormat. Lagi satu, kalau panel tak arahkan untuk duduk, mintalah izin terlebih dahulu untuk duduk. Duduk tegap-tegap, jangan goyangkan kerusi, muka menghadap panel penemuduga. Paling penting, sentiasa senyum, cool dan jangan gementar! Anggaplah interview yang bakal berlangsung seperti conversation biasa.

Berikut adalah soalan-soalan mudah yang ditanya oleh panel kepada saya :-
1. Kenapa nak ambil course medicine?
2. Nak specialise dalam bidang apa?
3. Bidang kepakaran yang anda pilih itu adalah mengenai apa?
4. Kenapa nak jadi doktor?
5. Adakah wang itu penting?
6. Kenapa nak belajar oversea, kenapa bukan di Malaysia?
7. Kenapa apply MARA, kenapa bukan JPA?
8. Apakah perbezaan scholarship MARA dengan JPA?
9. Ada apa-apa soalan?
(Wajib tanya soalan untuk menunjukkan anda sangat-sangat berminat dengan scholarship MARA)
Soalan-soalan diatas telah dialih bahasa dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan yang lain, bagi course medicine agak jarang panel nak tanya mengenai isu semasa. Tapi, manalah tahu tahun ini mereka nak tanya pasal isu semasa pulak kan? Jadi, ambil tahu tentang isu semasa juga.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, calon-calon perlu ada satu misi dan visi yang jelas terhadap course yang anda pilih. Calon-calon mesti kena rajin buat research mengenai course yang diambil. Research mengenai bidang kepakaran juga penting sebab panel mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apa yang calon katakan. Tak dilupakan, buat research juga mengenai karier yang anda pilih dan sebab-musababnya.

Sekian, semoga secebis pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal calon temuduga MARA. All the best!




Assalamualaikum. Sekarang ni musim adik-adik lepasan spm kita sibuk nak pergi interview scholarship. And tak sangka, artikel yang owner Ohmalaysia mintak aku tulis tahun lepas tu, masih lagi dapat feedback yang positif dari pembacanya. Artikel apa? Printscreens kat bawah tu.

Kalau orang kata, kenapa rajin sangat jawab soalan adik-adik ni, jawapan aku, amal jariah dah lah tak banyak. Dapat tolong adik-adik ni sikit-sikit pun jadilah. So, siapa yang rajin-rajin online tu, especially budak scholar mara, rajin-rajin lah pergi website ni kot-kot ada adik-adik yang tanya soalan tapi takde orang jawab. Hoho.

[KLIK UNTUK TUMBESARAN]

Tu dia tips nak bagi kat hangpa. Hoho.


Oh doakanlah nanti dapat tukar jadi Ex-Kyuem and kini di NUIG dalam bidang perubatan. Please please.


Quite busy. Busy update sekali dik. Hoho.

Aku tak ingat baca kat mana, tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah, bila orang mintak tolong dari kita, anggaplah ia satu peluang untuk kita tambah pahala, bukannya mengharap balasan dari orang yang kita bantu tu.

Kesimpulannya, aku memang suka tolong jawab pertanyaan adik-adik ni sebab insyaAllah aku ada jawapannya lah. Plus, bak kata senior aku, helping people is a duty of doctor kan. So, kena pupuk dari sekarang.

Sekian, aku tak habis study stats lagi and what the hal aku update blog ni. Chow, wassalam.

13 comments:

Amirul firdaus said...

thx akak!!
saya ada baca juga.. and yes!!
really been so helpful..

@eYi@ said...

trima kaseh akak.....
=)

Norain Ishak said...

amirul, bagus lah kalau macam tuu.

eyi, sama-sama.

mInYe said...

terima kasih kak RAIN! LOLs~XD

Norain Ishak said...

min, gedik.HAHA.

Ribbons and Cekodok said...

Assalamualaikum~
Note: just a random blogstalker. *uhuk* ...walker. lol.
My interview MARA dah lepas, hopefully dapat persediaan for UK jugak, Aminnn~ ^^
Akak, nak tanya... Berapa students (medic) yg buat A- lvls kat KYUEM? Mostly MRSM students ke?
As far as I know, mostly medic students kat KMB, kan?
You see, I come from a regular school. So... heh.
Thanks in advance! :)
Doa2 I'll become a MARA scholar jugak, insya-Allah. :3

Take care.

Norain Ishak said...

ribbons and cekodok,

waalaikumussalam.

insyaAllah, ada rezeki tu, ada lar tuh kan.

dekat ky, ada 15 mara scholars buat medic. bukan smeua budak mrsm, ada je budak sekolah biasa.

so, all de best to you and hope your dream will come true..ameen.. :)

anis :) said...

salam,

saya tengah tunggu results Mara juga. Macam mana diorang pilih untuk hantar scholars pergi KYUEM? Boleh tak, lets say kita dapat offer masuk kyuem and at the same time dapat mara. boleh tak minta Mara biayai kitorg kat kyuem?

Norain Ishak said...

anis, did you mean that you apply kyuem on your own? i'm not sure whether mara will sponsor or not.

about how mara decide which students go to which preparatory college, i also do not know. i guess, it is just random selection and yeah base on luck.

Malissa Ali said...

Aik? Macam copy paste orang lain punya je?

Norain Ishak said...

Malisa Ali, dulu tuan punya blog ohmalaysia yang minta saya sharekan tips interview mara. Tapi disebabkan blog ohmalaysia sudah bertukar menjadi blog resipi, maka saya letak penulisan saya di dalam blog saya.

harap maklum.

nadhirah said...

salam,akak,sy baru apply biasiswa mara,then,nak tanya,betul ke mara lebih sukakan pelajar mrsm,em kalau pelajar sbp ada chance tak akak ? thank you :)

Norain Ishak said...

Assalamualaikum nadhirah..

Itu akak tak pasti, tapi ramai je pelajar sbp yang dapat. Yang penting kita buat interview elok2, dan berdoa kepada Allah untuk peroleh yang terbaik. Semoga dipermudahkan urusannya, insya'Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...