Sunday, April 10, 2011

Song In The Brain : Cuba Lagi & My Baby Boo


Assalamualaikum.

Song in the brain lagi. Untuk tiga hari lepas, aku terdengar lagu Cuba Lagi. Actually, tak ingat pun tajuk dia. But aku ingat lah lirik awal-awal dia tu, satu dua tiga dan empat, cuba berkali masih tak dapat and then google, jumpa. Terus download mp3 and terus ubah tajuk blog aku lagi.

Sesiapa yang rasa down, boleh lah pergi dengar. Lagu ni bukan lagu lagha semata okey, tapi ada jugak kata-kata yang boleh naikkan semangat. Contohnya,




" Lupakan sakit segan dan penat, nanti di puncak pasti terubat "
Kalau ikut penat, ikut malas, memang malas je kan nak bukak buku. Tapi sebab nak rasa kemanisan kejayaan tu, kita lupakan lah kepenatan tuh




" Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk, papa jangan kerut dahi, tukar niat baca Bismillah mesti jadi "
Kadang tu kita ni sebab excited sangat nak revise, terus bukak buku sampai takde pun niat, okey, aku revise ni kerana Allah. So, lepas ni remind diri sendiri, baca doa study, baca bismillah dulu okeyy.




" Ma kata ku pandai, Pa kata ku kuat "
Tak kisah lah orang nak kata kita bengong ke bengap apa pun, just ingat pesanan mak ayah kita, yang kita ni kuat,"

Aku google-google perkataan cuba lagi, and jumpa ni kat google image. And source sebenar gambar ini adalah dari http://hanristudio.blogspot.com/ .Boleh lah pergi check it out kalau korang minat lukisan. By the way, kartun ni sweet benor.


And petang semalam pulak, muncul lagi satu lagu. Lagu korea. Mula-mula tak tahu jugak siapa yang nyanyi and apa tajuk dia. Google-google Kpop Korean, jumpa. Tajuk dia Tok Tok, nyanyian Mighty Mouth ft. Lee Joo Bin. Oh Lee Joo Bin tu sangat comel dengan gaya tangannya dalam video klip lagu tuh.




Lagu ni lirik dia takde faedah pun. Just dengar cenggitu je lah. But, lagu ni ada aura gembira lah kot. Sebab bila aku dengar, aku rasa nak senyum jer. Haha. So, kalau siapa yang dah lama tak senyum tu, haa, boleh lah pergi dengar. Nanti senyum meleret je.

Sekian, exam minggu ni beratus kali lagi padat dari minggu lepas. Everyday ada exam 2 papers. Fuhh! Esok papers stats and chem practical. Macam takde perasaan je nak buat practical. Okey lah, bye, wassalam.


No comments: