Assalamualaikum. Oyeah, malam semalam tetiba je dapat ilham nak buat cerpen. Sebabnya semalam kat depan dining hall, hampir nak tergelincir. So, tiba-tiba je idea datang meleret. So, taip terus lah. Hmmm, tak tahu la best ke tak. Ayat pun aku rasa cam hampeh je bila baca. Haha. Tapi, kalau bosan, boleh baca. Hehewwww. Jalan cerita, insyaAllah tak cliche. Sekian, jangan copy and claim karya tak best ni as yours yer? Hehewww. Enjoy reading!
***Satu***
" Kau kat mana?" suara bernada tinggi Min memecah gegendang telinga rakan sebiliknya, Zue. Zue ketika itu baru je dibasahi hujan yang tiba-tiba turun mencurah dengan lebatnya di petang yang mendung itu.
" Aku baru sampai kat dewan makan bawah kolej kita. Kau apahal?"jawab Zue acuh tak acuh. Masa tu jugak lah nak call aku, kata hati Zue.
" Elok benar lah tu. Weyh nak kirim beli air coconut milkshake satu? Bo..."
Gedebuk. Zue terjatuh terduduk akibat tergelincir. Lantai kantin itu memang dah sedia licin terkena tempias hujan, tambah pulak Zue pakai sandal yang tapaknya dah haus. Memang padan lah.
" Zue! Boleh tak?" ujar Min lagi. Min stress. Zue tak bagi respon apa-apa. Apahal pulak ni?
Zue cuba bangun dari jatuhnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang muncul dari mana menghampiri Zue.
" Awak okey? Meh, saya tolong," kata jejaka itu. Zue kaget seketika. Adam? Adamku, Zue berkata dalam hati.
Adam, merupakan jejaka idaman Zue sejak tahun pertama Zue di universiti. Zue hanya memerhatikan dia dari kejauhan jer. Nak tegur tak berani, nak kacau guna telefon bimbit, rasa macam tak manis pula. Akhirnya, hingga ke tahun akhir, Zue pendamkan jer perasaannya itu.
Adam menghulurkan tangannya. Zue dah rasa tak selesa dan sempat memberi pandangan slack dekat Adam. Adam masih tersenyum bajet senyumannya dapat mencairkan hati Zue. Zue nak senyum sama, tapi cepat ditarik senyumannya itu.
Apahal pulak nak hulur-hulur tangan ni? Kita bukannya ada ikatan nikah lagi. Zue buat tak endah. Lalu dia bangun sendiri dari jatuhnya. Dan tiba-tiba, muncul seorang gadis ayu. Junior perubatan juga.
" Akak Zue, maaflah. Abang saya ni memang macam ni. Suka hulurkan tangan ringankan beban, "kata Fathin pula.
Abang dia? Abang as teman lelaki dia ke, atau abang kandung dia? Dah konfius dah ni, kata Zue dalam hati.
" Oh Zue rupanya nama dia. Saya Adam. Abang betul, abang kandung Fathin. Bukan abang angkat-angkat tau. Single and available," ujar Adam selamba. Alamak aihh, ayat terakhir tu sangat tak boleh diterima benak Zue. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam pemikiran Zue ketika itu.
" Laaa, akak tak tahu pun Fathin ada abang. Ingat Fathin anak sulung, nampak matured je. Okeylah, akak nak naik atas dulu, tak solat Asar lagi ni," kata Zue nak mengundur diri. Dia memang betul-betul tak selesa dengan situasi tersebut.
" Zue, next time bergayut, fokus. Next time jalan dalam hujan lagi fokus. Next time jangan pakai sandal tapak haus, nanti jatuh lagi, macam mana? Kalau Adam takde tadi, kesian Zue kan," kata Adam lagi dengan senyuman tak lekang.
Ini apahal dia ni, banyak pulak ceramah mengalahkan mak aku ni, kata Zue dalam hati. Harap muka je cantik, tapi sempat nak sindir-sindir orang.
" Akak Zue, sorry eh pasal abang Fathin. Hati-hati tau," ujar Fathin pula. Zue menggeleng kecil lalu berlalu pergi meninggalkan mereka dua-beradik.
***Dua***
" Oho, pasal tu laa tak beli coconut milkshake aku? Takpe lah. Aku faham," ujar Min selepas bersembang setelah mereka berdua berjemaah menunaikan solat Maghrib.
" Apalagi Zue. This is your chance lah to get to know him deeper. First step, dia dah tahu nama kau, Zue. Lepas ni, mesti dia akan tegur-tegur kau lagi kan," kata Min lagi. Zue sekadar menjeling ke arah Min.
" Takde maknanya, Min. Dia bercakap dengan aku macam apa jer. Tak gentleman langsung, tahu?" balas Zue sampai teringat peristiwa petang itu.
" Kau ni, Zue. Buta. Kan dia pesan fokus time jalan, fokus time bergayut, jangan pakai sandal tapak haus kau yang dah berzaman tu. Itu nasihat. Itu lah gentleman namanya. So sweet, " ujar Min sambil dikuti nada sedikit manja.
" Apa-apa je lah Min. Dah aku nak pergi skype dengan mak aku," kata Zue malas nak melayan kata-kata tak berasas Min. Min mencebik bibir. Eleh, suka cakap je la suka, buat-buat tak suka pula, kata Min dalam hati.
Lagu Mesti Mau nyanyian kumpulan pesawat bergema. Handphone Zue berbunyi dan bergetar.
" Withheld calling..."
Ceh, siapa pulak telefon guna private number pulak ni, kata Zue. Mengada betul.
" Hello," ucap Zue.
" Akak Zue, ni Fathin ni. Sorry kacau malam-malam macam ni. Sorry tau pasal petang tadi," Fathin rupanya. Nasib baik. Ingat siapa tadi.
" Fathin ker? Lah apsal tak keluar nama Fathin dalam handphone akak ni? Oh pasal petang tadi, akak okey jer. Don't worry lah," ucap Zue sopan. Min di sebelah Zue dah macam nak termual dengar kelembutan Zue, dengan roomate sendiri, punyalah brutal.
" Oh, ni handset abang Adam,"kata Fathin.
Apa? Abang Adam? Aduhai, Zue allergic seketika mendengar nama itu bermain di corong telinganya lagi.
" Akak Zue, kejap eh,"kata Fathin lagi.
" Fathin nak pergi mann..."kata Zue dipotong terus oleh Adam.
" Fathin pergi beli makanan kejap. Zue, kaki okey? Kalau tak okey, Adam boleh hantar pergi klinik," ujar Adam.
Jantung Zue dah bedegup laju. Ya, memang tak suka, tapi dalam hati, Zue dah gementar gila mendengar ayat-ayat prihatin Adam. Oh, tolong lah Adam, jangan buat aku cair, ucap Zue dalam hati.
" Okey-okey. Okey lah Adam, erm erm.." Zue berfikir sejenak, nak guna kata ganti diri nama apa eh?
" Erm erm, aaa aaa aku banyak kerja ni, Okey, bye, assalamualaikum," ucap Zue lalu terus mematikan talian dan tak sempat nak mendengar kata-kata prihatin Adam yang seterusnya.
Fuhhh! Adam memang bahaya lah. Silap-silap, boleh buat aku kena penyakit angau ni kalau tak cegah sekarang, bisik hati Zue. Astargfirullahalazim.
***Tiga***
Ah, tak masuk langsung apa yang aku belajar, getus hati Thaqif. Buku dihadapannya ditutup. Lalu merebahkan badannya ke atas katil. Baru je nak lelap mata, Adam baru balik bilik.
" Thaqif! Baru pukul 11 pagi, dah nak tidur balik. Pagi tadi dah ler subuh gajah," kata Adam sambil menepuk bahu Thaqif yang baru nak ke alam fantasi mimpi.
" Aduhai kau ni. Kacau daun betul. Kau je lah tolong studykan untuk aku," balas Thaqif sambil meletakkan bantal strawberi yang dibeli dari Cameron Highlands menutupi mukanya.
" Aku dah ada nombor Zue," ujar Adam. Thaqif buat endah tak endah. Suka hati kau lah Adam nak ada nombor siapa pun.
" Zue dah tahu nama aku,"
" Zue bergayut dengan aku malam tadi,"
" Zue sambut tangan aku semasa dia jatuh semalam,"
Pappp. Thaqif terus bangun dari baringnya sambil membalingkan bantal strawberi ke arah Adam.
" Kau ni kenapa nak cakap pasal Zue Zue dengan aku ni. Kalau kau nak sangat Zue, pergi zoo lah," ujar Thaqif bengkek. Oh tolonglah jangan cerita pasal Zue. Tak berminat. Dia rebahkan kembali badannya di atas katil.
" Der, ayat kau tu tak lawak okey. Aku nak suruh kau bangun lah. Malam tadi dah tidur lama. Jom, aku ajar topik yang kau tak faham tu. Jom jom," kata Adam sambil menarik lengan Thaqif.
Thaqif jadi lembut hati. Memang Adam pandai ambil hati. Bukan ambil hati perempuan je, tapi hati kawan-kawan lelaki dia. Memang sebab itu lah ramai budak perempuan tergila-gilakan dia, termasuk lah sebilangan lelaki gay universiti. Oops.
" Ya lah. Aku bangun," kata Thaqif ringkas.
" Macam ni lah doktor harapan negara. Kena rajin belajar," tambah Adam lagi.
" Chup! Betul ke Zue sambut tangan kau?" tanya Thaqif tak puas hati.
Adam senyum ke telinga. Dalam hatinya, tak tahan nak gelak. Jeles ke bang?
***Empat***
Lama betul Zue di hospital hari tu. Pensyarahnya sangat rajin lah pula hari tu nak terangkan pasal pesakit itu, pesakit ini. Berusaha sungguh-sungguh betul Zue tahan menguap. Si Thaqif yang satu group dengan Zue pulak selamba je menguap. Apa punya bakal doktor entah.
" Okey, you guys may leave," kata pensyarah tersebut. Fuhhh! Itu lah kata-kata keramat yang ditunggu-tunggu.
Pelajar-pelajar perubatan pun pergi membawa haluan masing-masing. Zue berjalan laju untuk mendapatkan Thaqif yang jauh di hadapan.
" Qif! Tunggu jap," panggil Zue. Thaqif memberhentikan langkahnya. Menunggu sampai ke arahnya.
" Apa dia?" soal Thaqif serius sambil membetulkan specnya.
" Amboi, garang betul. Ni, aku musykil lah. Fathin junior kita ada abang ke? Adam ke nama abang dia?" tanya Zue blur.
" A'ah. Adam lah abang dia. Kenapa? Kau syok kat dia eh?" tanya Thaqif.
" Takde maknanya aku syok okey. Aku just musykil je. Sebab after all this while, tak pernah pulak Fathin sebut, dia ada abang sama uni dengan dia. Sama course pulak tu," kata Zue masih meragui kesahihan Adam itu abang Fathin.
" Laa, perlu ke pun Fathin nak bagitahu kau pun, Zue? Dah lah, kang cakap banyak, gaduh pulak. Bye," ujar Thaqif lalu pergi dari situ.
Memang Zue dengan Thaqif tak sekepala. Dalam perbincangan kumpulan, memang idea masing-masing selalu je berbalah. Sampaikan ahli kumpulan lain pun dah naik muak tengok mereka bertekak hari-hari.
Thaqif ni pun satu. Kalau dengan geng lelaki dia, gelak bukan kemain. Dengan budak perempuan, punyalah serius, bajet orang nak mengorat dia, bisik hati Zue.
Zue menoleh ke belakang. Fathin dan abang Adam? Oops. Fathin dan Adam. Zue membetulkan sebutannya sendiri di dalam hati. Kenapa tiba-tiba muncul ni?
" Zue, I bought you a pair of sandal. Hope you like it!" ucap Adam tanpa salam tiba-tiba sambil menghulurkan beg kertas berisi sandal lah kot.
" Akak Zue, ambillah. Ni tadi kitorang yang sama-sama pilih. Kalau nak harap abang Adam pilih, taste dia memang tak boleh pakai lah, " kata Fathin pulak berharap Zue menerima pemberian itu.
" Zue, ambillah ni. Dah lenguh tangan Adam ni," kata Adam yang sempat buat lawak petang-petang hari.
Zue serba salah. Lalu dia ambil juga beg kertas warna coklat itu.
" Terima kasih lah. Susah-susah je korang pergi belikan. Berapa ringgit nak bayar ni?" tanya Zue malu-malu.
" Takyah bayar lah Zue. Adam belanja," jawab Adam pula. Fathin di sebelahnya sekadar tersenyum.
Dan Zue turut tersenyum. Senyum ada makna tu.
***Lima***
Zue mengeluarkan buku dari rak bukunya di sudut bilik satu persatu. Mana pulak pergi buku notanya tu. Dah lah berbagai-bagai macam nota dia dalam tu. Kalau hilang, memang rugi habis je dakwat pen dengan tenaga.
" Kau cari apa tu Zue?" tanya Min sambil menghirup air nescafe panas pagi yang hening itu.
" Notes aku lah. Entah mana entah perginya,"jawab Zue.
" Kau malam tadi bukan study kat library ke? Entah-entah tinggal kat sana. Kau tu, boleh tahan jugak pelupa tu Zue, " balas Min sempat lagi memerli Zue.
" Ya tak ya jugak kata kau tu Min. Tapi takkan aku lupa kot?" ujar Zue lagi.
" Tak lupa pemenda? Kau tu aku tahu teringat kat Adam lah tu. Kau jangan Zue. Adam tu baik dengan semua girls tau. Aku warning je jangan sampai kau falling in love dengan dia, sudah," ucap Min pula sekadar mengingatkan.
" Ah Min. Adam Adam Adam. Takde maknanya aku nak teringat dia," balas Zue pula dengan senyuman meleret.
" Haaa, yang tu senyum-senyum tu apahal? Zue, aku kenal kau dah lama Zue. Kau bukannya fesyen senyum-senyum seorang-seorang ni. Kalau kawan kita si Norain Ishak zaman maktab dulu tu, itu memang suka senyum seorang-seorang. Memang kalau dia angau, tak daya aku nak layan jiwang dia, "kata Min sempat teringat rakan zaman sekolah mereka.
" Ala kau ni Min. Obes betul. Bila aku serius salah, bila aku senyum salah. So, apa yang betulnya? Dah laa, aku nak turun nak pergi library," ujar Zue lalu bersiap untuk ke library.
Min sekadar mengangkat bahu.
Sesampainya Zue di bawah asrama kediaman, kelihatan Adam dan Fathin berjalan menuju ke arahnya. Adam lagi?
" Hai Zue, nak pergi mana?" tanya Adam bersahaja.
" Orang nak pergi library. Eh itu notes...."
" Yup, Zue punya notes. Tinggal kat library kan? Zue ni, lain kali jaga notes elok-elok," kata Adam dengan kata-kata nasihatnya lagi. Adam menghulurkan buku nota itu kepada Zue.
"Thanks. But, macamana Adam boleh jumpa? Tak nampak pun Adam kat library semalam? Fathin pun takde," balas Zue curiga.
" Oh ni kawan Fathin. Kawan Fathin yang jumpa. Dia pass kat Fathin sebab Fathin kan kenal ramai senior," ujar Fathin sedikit kelam kabut.
Lah Fathin ni, takkan cakap dengan aku pun nak nervous kot, kata Zue dalam hati. Macam ada sesuatu yang sedang cuba sorokkan. Apa benda pun, Zue tak tahu.
" Okey Zue, Adam pergi dulu. Jalan elok-elok ya Zue," kata Adam mengakhiri bicara. Zue sekadar senyum segaris melihat Adam pergi. Adam Adam.
***Enam***
Situasi semakin rumit. Zue terkejut gila bila tiba-tiba Adam dan Fathin bagi tiket balik naik bas ke Taiping.
Pelik. Pertama pelik macamana Adam tahu kampung halaman dia Taiping. Okey, mungkin adik dia Fathin bagitahu. Kedua, pelik, pelik gila macamana Adam tahu dia memang nak sangat balik minggu cuti hari Pekerja yang empat hari tu.
Novel karya adik rakan sekolahnya Single Unavailable di letak di atas meja. Penat dia memerah otak memikirkan sebab-musabab kepelikan yang sedang berlaku. Min di katil sebelah leka mendengar mp3 sambil menyelak halaman majalah CLEO.
" Min, pergi layan majalah Solusi laa. Lagi banyak faedah," kata Zue memecah kesunyian malam. Min buat bodoh jer.
" Min!!!!" jerit Zue. Kan dah jadi brutal.
" Ya ya Zue. Aku dengar headphone ni. Mana nak dengar. Cakap cuba kuat sikit Zue," ujar Min.
" Kau tutup lah kejap mp3 kau tuh. Takkan nak suruh aku jerit-jerit bagi satu asrama dengar pulak. Apa punya roomate daa," kata Zue pula.
" Ya, aku tutup lah ni. Apa cer?" soal Min.
" Kau ada bagitahu Adam ke yang aku nak balik Taiping this weekend?" soal Zue memulakan penyiasatannya.
" Nombor Adam pun aku tak ade Zue," jawab Min lengah.
" Habis tu macam mana dia tahu aku nak gila balik Taiping Jumaat ni. Pelik lah. Dia stalk aku ke apa?" Zue ragu lagi.
" Agak pelik di situ," jawab Min ringkas.
" Min, kau rasa dia suka aku ke?" tanya Zue lagi selamba.
" And as i always told you Zue, he is such a very nice friend towards everyone. Cuma kita ni, yang opposite sex dengan dia, of course lah ada daya tarikan kan untuk suka kebaikan dia in term of something we called as L O V and E," balas Min dengan falsafahnya.
'' So?"
" So, kau kena hati-hati lah dengan perasaan kau tuh. Aku taknak lah nanti one day he ends up with some one else and then time tu kau frust menonggeng sebab kau ingat dia syok kat kau. Kan parah tuh," terang Min lagi.
" Aku bukanlah nak syok sendiri tau Min, tapi, tu lar, Adam baik sangat dengan aku. Macam baik ada makna tau. Entah lah," Zue bersuara lagi.
" Sabar je lah Zue. For the mean time, kita fokus kat study. Layan jiwang ni lain hari. But, my instinct says, he is not the one for you. Maybe someone else,"kata Min pula.
" Eceh, macam tukang tilik pulak dah,"
" Ya Zue. Aku pasti," ujar Min sebelum dia terlena dengan headphone dan majalah CLEO nya itu.
Zue keliru. Kenapa Min macam pasti sangat Adam takde perasaan dengan aku. Jeles eh?
***Tujuh***
Peperiksaan akhir untuk pelajar perubatan akhirnya tamat juga. Tahun kelima yang penuh dengan cabaran dan dugaan berakhir. Tahun kelima itu juga sarat dengan kisah-kisah sweet seorang jejaka bernama Adam di mata Zue.
Tapi selama tempoh setahun itu, Zue sungguh-sungguh jaga hati dia dari simpan perasaan kat Adam setiap kali teringat pesanan Min.
" Zue, nanti contact-contact lah eh Adam dengan Fathin ni. Nanti kat rumah, pandai-pandai lah jaga diri, sebab takde Adam nak ambil kisah pasal hal Zue," ujar Adam dalam pertemuan minggu lepas. Thaqif di sebelah Adam ketika itu, buat muka annoying gila. Apahal entah dia, tak puas hati dengan Zue lah tuh.
" InsyaAllah. Terima kasih lah sebab ambil tahu kan. Adam dah macam bapa angkat orang pulak. Haa, kau tu pulak Thaqif, kalau kau dapat sama hospital time posting nanti, get ready laa untuk pergaduhan musim kedua," ujar Zue, sempat buat lawak 'lame' dengan Thaqif.
" Hmm. Aku harap tak dapat sama posting dengan kau. Buang air liur je bertekak dengan kau. Baik bertekak dengan isteri aku nanti,"ujar Thaqif membalas kata-kata Zue.
" Isteri? Kau dengan perempuan pun macam ais. Dingin je. Macamana pulak nak kahwinnya," kata aku lagi.
" Eh korang ni. Sembang berdua je. Merajuk lah Adam macam ni, Zue," kata Adam mencelah.
" Dah lah Adam. Panas ar kat sini. Baik kau belanja aku ABC dari layan akak Zue ni," kata Thaqif sambil menarik bahu Adam. Adam tersenyum paksa, lalu mengikut permintaan roomatenya itu.
Zue buat muka cool. Dalam hati, tak puas lagi nak gaduh dengan Thaqif. Takpe.
***Lapan***
" Yang ku mahu hanyalah kamu, bersamamu selalu whoa oh.."hanphone Zue berdering lagi. Zue tika itu sedang sibuk mengemas barangnya untuk pulang ke rumah.
" Zue, mak ada benda penting ni, nak cakap. Mak pun terkejut gila ni," ujar mak Zue macam orang tak cukup nafas.
" Apanya mak? Cuba rileks. Cuba tarik nafas. Satu dua tiga, lepas. One more, one more," kata Zue pula sempat berjenaka.
" Dah dah. Mak dah penat tarik nafas dan lepas ni. Ni haa, mak nak cakap, ada orang datang merisik kamu!"
" Haaaa?" Zue menganga besar. Kalau ada lebah terbang masa tu, mesti muat masuk mulut Zue.
" Mak terkejut laa. Dah lah mak tengah sibuk sidai kain baju, tiba-tiba mak bapak siapa pulak datang dengan cincin merisik bagai, " terang mak Zue lagi menceritakan kekagetannya.
" Siapa mak? Nama dia apa? Adam ke?" Zue teruja meneka.
" Haa betul lah tu. Adam. Namanya panjang. Mak tak ingat sangat. Tapi betullah yang Adam tu. Kamu kenal ke?" tanya mak Zue pula.
" Kenal lah mak. Tapi kawan saya si Adam tu takde pulak cakap pasal hal ni," kata Zue lagi dalam mood gembira tak ingat.
" Itu je la mak nak bagitahu. Lega lah hati mak kamu kenal dia. Ini nak setuju ke tak ni? Nak terima ke tak cincin risik tu?" tanya mak Zue.
" Terima mak. Mesti!" ujar Zue lagi dalam keseronokan yang tak dapat dibendung lagi.
***Sembilan***
" Min!" panggil Zue sebaiknya sahaja Min masuk bilik. Dia keluar ke bilik air sebentar tadi.
" Apa dia? Happy semacam je? Kau sihat ke tak ni Zue? Ubat dah makan?" ujar Min.
" Min, tekaan kau sama sekali salah, okey. Salah." ujar Zue.
" Tekaan mana satu pulak?"
" Tekaan bahawa Adam is not the one for me," jawab Zue.
" Memang,"
" Salah Min salah. Mak aku call tadi and bagitahu parents Adam datang merisik aku! " kata Zue teruja lagi.
" What??"
" Apa yang whatnya? Terbukti kan Adam suka aku," ujar Zue lagi dengan penuh keyakinan.
Min diam sesaat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Saat kelima, bunyi mesej handphonenya kedengaran. Handphone Min begitu hampir dekat Zue. Dan Zue dengan sengaja membaca mesej itu sebelum Min sempat merampasnya dari Zue.
From : Thaqif
Min, family dia accept risikan aku. Thanks to Allah. Thanks Min for being a supportive friend to me. Kalau takde galakan kau and Adam, maybe aku tak berani nak suruh parents aku pergi merisik Zue. :))
" Min, apa semua ni Min?" soal Zue setelah membaca mesej tersebut. Dia sangat keliru. Thaqif kah Adam itu? Thaqif kah yang menghantar parents pergi merisik itu?
Min membisu. Mencari kalimah untuk menuturkan kata kepada Zue.
" Min, jawab Min. Kau sembunyi apa dari aku selama ni?" soal Zue lagi mengharap jawapan Min.
" Zue, aku mintak maaf kalau perbuatan aku, mungkin membuatkan kau rasa aku memperbodohkan kau. Tapi itu bukan maksud aku. Aku dengan Adam cuma nak satukan kau dengan Thaqif je. Sebab Thaqif sangat.........."
" Sangat apa min?? Jawab min," ujar Zue dengan nada tinggi.
" Sebab Thaqif sayang kat kau more than as a friend. And sebab tu dia macam buat endah tak endah dekat kau and other girls. He's trying to his his feeling towards you. Dia selalu cari gaduh sebab dia taknak perasaan sayang tu muncul, "terang Min lagi.
" Tipu. Adam yang sayang aku. Yang care pasal aku. Bukan Thaqif," kata Zue lagi.
" Kau silap Zue. Thaqif yang sebenarnya kisah pasal kau. Dan Adam cuma menunjukan how care Thaqif is to you by being a good friend to you. Kau ingat tak, pasal sandal, pasal notes kau, pasal tiket bas kau and pasal benda-benda lain yang kau perlukan and Adam bagi benda-benda tu, all of it came from Thaqif, not from Adam. Adam cuma orang tengah antara Thaqif dengan kau Zue," kata Min dengan sungguh-sungguh agar Zue mengerti.
" Kenapa? Apa kaitannya Adam dengan Thaqif?" soal Zue lagi.
" They' are brothers Zue. Adam lahir bulan Jan, and Thaqif lain bulan Disember. And kebetulan diorang roomate, sebab tu lagi rapat. Adam tahu what Thaqif feels for you, and that's why dia banyak tolong Thaqif to show betapa Thaqif cares about you," jelas Min lagi.
" Min, semua ni tak masuk akal. Oh, tolong lah kata sekarang aku tengah bermimpi. Tolong kejutkan aku, tolonglah!" teriak Zue.
" Siti Zulaiha, ini realiti. Realitinya, Thaqif love you, cuma dia taknak bagitahu direct je. And the most important thing yang kau kena tahu, orang yang merisik kau tu namanya, Muhammad Adam Thaqif, bukan Muhammad Adam Sulaiman ya," cerita Min lagi menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.
" Oh Min, aku tak tahu nak kata apa. I'm totally speechless," ujar Zue. Macamana dapat dia terima semua kebenaran pada suatu masa. Terlalu kompleks.
" Takes your time, Zue," ujar Min sambil menepuk-nepuk bahu Zue.
***Akhir***
Breaktime. Hospital Kuala Lumpur.
" Hmmmm. Kelakar lah bila ingat orang tu approach guna orang ketiga. Nak hadiahkan sandal pun nak suruh adik-beradik dia yang bagi. Yokyo je. Bukan nak bagi sendiri," ujar Zue diringi ketawa kecil.
" Seganlah,"
" Dah tu, suka pangkah cakap orang pulak. Ish ish,"tambah Zue lagi.
" Saya taknak kasi awak angau je kalau saya cakap elok-elok, maklumlah saya kan sweet talker,"
" Ye lahhhhhh!"
" Syok lagi ke dengan Adam?"
" A'ah,"jawab Zue selamba.
" Nak jadi isteri derhaka ke ni?"
" Isteri derhaka pebenda?"
" Ye lah sebab awak syok dengan Adam,"
" Kenapa, cemburu?" soal Zue. Zue bangun dari duduknya menandakan dia mahu beredar. Thaqif dengan reaksi tak puas hati.
Sebaik sahaja Zue bersalaman dengan Adam, sempat Zue berbisik di telinga Thaqif, "Orang syok sangat dengan Adam..........Adam Thaqif,"
Dan Thaqif pun mengukirkan senyuman. And they live happily everafter.
***
Hehewwww. Itu je lah ceritanya. Menyesal baca lar tuh. Haha. Watak-watak macam Zue, Min and Fathin tu memang wujud in my real life. So, masa aku taip cerita ni, aku imagine lah watak sorang-sorang tu macam mana.
Untuk Zue, dah berzaman kau suruh aku buat cerita pasal kau. And baru hari ni terlaksana juga. Untuk Min, terus lah tahan melayan ke-angau-an aku. Hehewwww. Sekian, wassalam.
p/s- Kalau aku tak score trial, aku tahu lah sebab apa.
6 comments:
aku ingat lagi zue gila fanatik ngan adam AF tu. tapi thaqif tu aku takleh nak bayangkan sesapa seh masa baca ni. hahaha good story anyway. lagi2 minye ada. hahahahaa
nice story anyway, br baca part 1 to part 3... the rest will read later...want to go back to kampung now... i have 1 question, who is zue actually? is it u??? eheheheh
argh!!!!!!!!!!!!
geli2!!!!
neway,mmg xley blah la citer nie..histeria aku pas bacer..
p/s:tapi ringtone tuk hphone 2 ptut bubuh la lgu adam ke,bru kna..hehe..
haha!! sampai skrg aku lyn angau kau tuhhhh!!!
cerpen ni bestttt....btw, saya pun penah try2 write story jugak...tp ade sambungan...so fart skrg baru part 1 and 2...nanti try baca, then bgtau ok ke x...ok? ^__^ tajuk dia, babe, i'm happy when you are, part 1 and part 2...kat sini www.faraainsabudin.blogspot.com
Post a Comment