Friday, April 8, 2011

Jarak Sedepa


Assalamualaikum.

Selesai Pure Maths. Banyak extra masa kot. Apataknya, banyak soalan yang aku macam, err, camna nak jawab ni. Nampaknya, teori aku dalam entry dua hari lepas tak berkesan lah tuh. Kena banyak buat latihan jugak lepas ni. Fuhhh!

Aku baru beli Solusi yang isu ke 30 tu. Baru je selak-selak, and jumpa page ''sukar mencari jodoh''. HAHA. Kalau ada word jodoh ke, cinta ke, laju jer nampak kan. Bawah ni petikan dari artikel yang ditulis oleh Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

" Cinta itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yang mengotorinya dengan calitan nafsu dan syahwat. Cinta bertambah indah dah suci apabila Islam memagarinya dengan batas syariat,"

Muda-mudi kita tengok sekarang, kekadang macam selamba je pegang tangan boyfren gefren. Pastu duduk dekat-dekat, diri rapat-rapat. Nak tanya sikit, tak rasa meremang ke bila dekat-dekat dengan bukan muhrim?

Kalau orang yang jenis biasa macam tu,mungkin laa tak rasa apa-apa. Tapi aku memang style dari zaman sekolah, memang jarak sedepa, paling kurang pun setengah depa. Bukan nak kata aku budak baik, tapi memang macam tu.

Plus, aku rasa macam kesian laa kat bapa penyayang (tak kisah lah siapa-siapa), kalau tahu ibu penyayang( aku lar tewwwww), jenis sosial dengan dengan lelaki-lelaki lain sebelum dia kan. Ibu penyayang dah tak special dah lah tuk bapa penyayang kalau macam tu. Oh oh aku harap bapa penyayang tak sosial dengan perempuan lain jugak. HAHA.

Lagi satu cer, cousin aku, Mira yang kerja as polis bantuan kat KLIA, yang berumur 21 TAHUN, nak bertunang dah! And nak kawen next year! Perhhh! Terkejut gila aku dengar bila mak aku bagitahu. Cepat betul! Dah mula rasa tergugat ni. HAHA.

Sekian, nak mengkido before pergi lunch. Wassalam.

1 comment:

mInYe said...

Haha.. aku bace previous entry kat blog ko ain.. hoho.. lame giler aku x update blog and usha blog org nih. all is bout a-level, right? bile ko x abes zaman foundation ko, rasa mcm nak meroyan je cepat abes (ok.. aku exegerate je lebih..). aku yg amik degree skrg ni pon rase mcm nak tonggang terbalik je blaja eventho aku x amik medic.. dulu poyos n bajet kate pure chemistry sng..tp bile blaja, ngaa..... mcm tet! all da best for a-level ko tuh. lepas ko da abes a-level, for sure ko akan kate sng... sbb saje nak puaskan ati. haha.. struggle maths la wei..nanti masa amik medic, ko da x jumpe species maths dlm medic da.. XD