Thursday, April 14, 2011

No More Trial Exams

Assalamualaikum.

Oyeah! Oyeah! Esok nak balik rumah! Nak balik rumah! Setelah tiga minggu bertapa di kyuem. Rasanya macam dah tiga bulan pulak! Lebih-lebih lagi esok habis exam, kalau aku stay kat ky ni, huh, mahu naik sengal kepala aku.

Busy Selepas Exam

Esok jugak ada housetrip pergi Pulau Perhentian. Tapi aku tak ikut pun. Entahlah, takde feeling pun nak pergi housetrip. Memang dah set awal-awal, lepas trial exam, nak melepak dengan family. Ceh ceh, melepak dengan family tu, memang aku type family-type-girl betul. Hoho.

Melepak dengan kawan tu ada jugak. But after habis A-level lah. Habis A-level, schedule aku penuh kot. Nak pergi swimming, pergi main basikal, pergi sunway lagi, reunion taiping lagi, renew lesen, renew IC masa darjah enam tu, perh, memang busy ar. Tu tak masuk lagi nak belajar buat dadih dengan masak sup ayam. Haha!

Holidays Sweet Holidays

Esok balik naik KTM sampai Seremban. Pastu mak ayah aku jemput. Then balik Jelebu, sampai rumah, aku nak enjoy my sweet time with makan, makan, makan, TV, TV, TV, TV, game, game, game. Esok tu pergi rumah cousin ada makan-makan. Yehahahaha! Makan lagi! 

Ala, pastu Ahad, ayah hantar balik ky semula. Hoho. Bermula lah persediaan perang! Tiga minggu lepas tu A-level! Yeayeay! And after this Sunday, aku kena serius. Serius study dengan fokes. Please lah ain, study tu biar fokes okeyy! Lagi 3 minggu je nak real exam!!

No More Trial Exams

And and baru je sedar, lepas ni dah takde trial exam dah! Chup chup, kat uni nanti, ade ke trial exam? Takde en. So, exam trial ni exam trial yang last lah eh kan. Sebab tu lah letak gambar jadual kat dalam entry hari ni. Buat kenang-kenangan. Hehe. 


First Week. Rileks je


Second Week. Padat bukan kemain lagi. 


Housetrip Diamond Tioman April 2010


Okeylah, nak berkemas barang dan berkemas bilik yang tak berapa kemas. Chowwww! Oh ya, budak-budak pergi housetrip, especially si Erna, Afwa, Lela Chan, and diamonders yang lain, weyh, enjoy masa korang dalam bas and kat pulau nanti. Pesanan aku, jangan tidur dalam bas! Kalau nak tidur, baik tidur chalet je. Haha!

Sekian, wassalam.

2 comments:

Yasmin Yahaya said...

masa kat uni xde trial da.. tambah plak medic. bedal terus final exam je. ade certain uni utk kos medic final year sekali setahun. so, maknenye parah ar nak menghafal n mengingat.

Norain Ishak said...

haha! sebab tu la pyament dia berbeza min ngan job lain.Heheh.