Wednesday, April 27, 2011

Menyampah Dengan Syarikat Telekomunikasi


Assalamualaikum.


Tension. Maxis buat hal lagi. Dah berapa hari dah takde line ni. Tak tahu ar ada sesiapa report ke tak. Petang tadi, cuma report kat maxis punya website je. Memang gila. Handphone aku 24 jam di sekitar ky tunjuk emergency calls only. 


Aku dah laa paling minima call mak aku dua kali sehari. Ni dah dua hari tak call. Nak tanya khabar guna facebook, ym, skype, mana lah mak aku ada. Plus, dekat rumah pun takde tenet.


Takde tenet pasalnya si telekom tu taknak pasang line wayar telefon dekat rumah aku. Dah lama gila dah mintak tahun 2010, dorang postpone postpone, akhirnya, dah batal pun permohonan tu. Menyampah. Lagi menyampah kat Jelebu takde office telekom pun. Nak report-report kena pergi Seremban pulak. 


Mentang-mentang lah rumah aku kawasan countryside, taknak pasang sebab tak beri keuntungan kat dorang. Menyampah sekali lagi. Fuhhh!


Come on lah, ikutlah seruan kerajaan, rakyat diutamakan. Berapa sen sangat lah pasang tiang telefon tu compare dengan keuntungan bersih yang dorang dapat. Haa, ni mula aku nak condemn syarikat telekomunikasi kat Malaysia ni.


Takkan lah nak masuk tv, baru nak pasang tiang telefon tu? Sengal lah. Tapi tu lah, masa MB datang rumah aku hari tu, kalau aku ada hari tu, mesti aku dah mintak dia suh telekom pasang tepon kat umah.


Tunggu lah, aku settle A-level ni, aku nak contact balik orang telekom tu. Time tu kalau dia cakap tak boleh pasang, then aku nak cakap, 


"Kata RAKYAT DIUTAMAKAN, camni report kat PM lah,".


Takpun komen kat blog PM cakap telekom taknak pasang telefon kat rumah aku. Boleh ke camtu?


Dah ar. Menyampah ah dengan maxis telekom semua. Daaa. Wassalam.

6 comments:

eju said...

ee asal telekom ni jahat sgt?

btw, tension kan asyik emergency call je. kalau call mak kena gi acad block baru lancar

Anonymous said...

sebab telekom untung 10 sen jer tahun lepas :-)

-zulikhwan-

Anonymous said...

sebab telekom untung 10 sen jer tahun lepas :-)

-zulikhwan-

Norain Ishak said...

eju, kat acad ada eh?tapi round2 smalam takde pun. btw, this morning, kat chalet baru nak satu bar.

zuli, 10 sen?takpe ar camtu.

syafeeq faXys said...

tm memang macam tu,lkalau nak pasang internet,lambat nak mampus baru dapat.

maxis pulak,x habes2 drain credit,service macam sampah.tapi service mau overpriced jeee.

geram jugak!

Norain Ishak said...

feeq, haha.tu pasal la.nak bukak kompeni sendiri tak mampu pulak en.