Tuesday, April 26, 2011

Cita-cita Asal Nak Jadi Kerani


Assalamualaikum.


Buat past papers untuk pure maths. And then kena mark sendiri. Puas menanda cari jawapan sendiri. Rupanya susah jugak jadi examiner, jadi cikgu ni.


Ni nak bukak kisah lama, dulu masa kecik-kecik, aku rasa umur tujuh lapan tahun macam tu kot, aku susun-susun kertas kat ruang belakang rumah lama masa aku duduk kat quarters Kampung Awal dalam UM dulu. Time kemas-kemas tu, sempat lagi berlakon.


Biasa lah budak-budak, main berlakon seorang-seorang. Main sorang-sorang je sebab aku kan bongsu, kakak aku yang paling muda pun tua 6 tahun dari aku (she's currently mengandung anak ketiga dah pun). Dia pun sibuk kat sekolah dengan cinta monyet dia kot. Mana ada masa nak layan adik dia ni.


Suatu hari tu aku tanya, aku tak ingat tanya kakak yang mana, maklumlah ada tiga orang kakak. Aku tanya, " Apa nama kerja susun kertas macam ni?", and kakak aku jawab, " Kerani,". Aku diam. And sambung balik, " Nanti nak kerja kerani lah,".


Gila cita-cita rendah masa kecik-kecik dulu. Bukan nak kata kerja kerani tu tak bagus, tapi supposenya kena lah aim kerjaya yang lebih bagus kan. Hoho.


And bila dah matang sikit, tapi tak matang sangat lah, tukar pulak cita-cita. Rasa nak jadi cikgu. Sebab ada satu hari tu kat sekolah, cikgu suruh tanda kertas kawan. Rasa macam syok je tanda right, tanda salah. Sengal je rasanya bila fikir balik.


And sampai lah dah dewasa sikit, aku up sikit nak jadi lecturer. Masa hari kerjaya kat maktab dulu pun, aku pergi port academician. Minye pun ada kalau tak salah aku time tu. And budak classmates aku yang lain, ramai pergi kat port surgery doktor semua tu. Masa tu takde fikir langsung pun nak jadi doktor ke apa.


Sampai lah ayah aku masuk hospital tahun 2009, aku rasa macam nak kerja kat hospital. Rasa macam seronok je tengok doktor-doktor kat ward. Especially tengok doktor housemen. HAHA. Abaikan. Sebab tu dapat je result spm yang okey, apply MARA medic.


And ni aku nak cerita satu cerita lagi. One of the reason aku apply medic sebab aku taknak kerja office. Kalau nak kerja office kena attend interview macam ketiga-tiga kakak aku yang semua kerja kat office tuh.


Tup-tup benda yang paling aku nak elakkan, aku jumpa lagi, yakni interview masuk medical school. Ceit, kalau lah aku tahu nak masuk medical school kena diinterview lagi, confirm-confirm aku tak apply medic.


But, Allah tahu apa yang terbaik. Dia bagi aku tak tahu, sebab Dia tahu aku mampu menghadapi interview medical school. Bak kata Erna, Allah tu kan sweet. Ya. But aku je kadang-kadang tak berlaku sweet kat Allah. Hoho.


Masa berlalu, and aku cuba untuk grow up lagi, cuba untuk lebih matang, and cuba tanam dalam hati, nak jadi doktor bukan sebab kot putih, bukan sebab nak orang panggil aku doc, tapi nak membantu manusia yang lain.


Sekian, moga urusan hidup terus dipermudahkan. Wassalam.

2 comments:

mInYe said...

haha.. aku rasa ada 2 je possibility yg probably aku akan jd. either chemist or academician sbb related dgn degree aku. but x semestinya aku amik pure chemistry, aku jd chemist kan?? redha je ar..but ko, kene % mesti jd doc after grad. kalo x, aku cepuk ko and soh MARA mintak hutang diorg balik~haha..

Norain Ishak said...

min, haha.ye,,nak jadi doc ni, dan juga nak isteri orang ngan mak orang.HAHA.