Thursday, April 28, 2011

A Day Before Prince William Marry Kate Middleton

Assalamualaikum.





Jam 4.15pm. Afwa ajak beli aiskrim untuk makan dekat gazebo baru kat atas bukit sebelah rumah Mr Neil tu. Okey fine, pergi beli aiskrim and makanan lain. Hari yang indah. Cuaca yang nyaman. Kami bertiga pun memilih untuk lepak dekat gazebo paling atas dan paling jauh sekali. Nak menikmati pemandangan laa kononnya.


Baru je mengunyak makanan 5-6 minit, hujan rahmat turun. Bukan hujan renyai, hujan lebat. Lebat gila. Bayangkan lah, please bayangkan, gazebo tu hampir basah keseluruhannya and kitorang duduk kat situ and kitorang pun turut sama kuyup sekali.


Dan tak tahan dah nak stay kat situ. Last-last kitorang decide untuk balik chalet. Merentasi hujan yang lebat dari satu gazebo ke satu gazebo lain. Sejuk gila rasa macam kena sumbat dalam peti ais. Mata sakit, mata kabur sebab spec dah penuh dengan titisan air hujan.





Tiba-tiba, datang hero. Cewwah. Takde lah. Datang van guard. Driver tu hon hon, then menuju lah ke arah van dan naik van lah kitorang. Habis basah van tu dengan hujan asid yang kitorang bawak.


Dia pun hantar lah kat depan chalet. Lega. Lega. Kalau takde van tu, tak tahu lah nak lalu macam mana dekat blok akad, dekat depan surau dengan baju basah kuyup. Kuyup sangat. So, macam pakai baju ketat jadinya. Nasib baik tak lalu. Plus, nasib baik tak kilat. Kalau tak ada berita pelajar ky disambar kilat masuk paper pulak.





Kesimpulannya, aku takkan lupa kejadian hari ini dimana tiga sechaletmates, aku-najwa-afwa merentasi hujan asid yang lebat. 28 April, hari sebelum Royal Wedding Prince William dengan Kate Middleton.


Exchange Alleles Story (untuk yang faham bio sahaja)


Oh ya, hari ni ada cerita sampingan. Masa dalam kelas bio. Cikgu bio mr vroege pun cakap bla bla bla bla, and then pasal love. And expression muka dia memang, memang happy gila, ceria gila. Bak kata Najwa, matanya turut tersenyum sama. 


And nak quote satu ayat dia cakap, aku tak dengar clear sangat, but lebih kurang macam ni lah, 


" Hey baby, would you like to exchange allele for our next generation? "


Ya, sounds lame. Tapi memang itu lah realiti orang yang dah kawen, realiti biologi dalam kehidupan. Yang tak kawen, jangan memandai-mandai nak jadi biological successive pulak. 


Sekian, wassalam.

4 comments:

sh. said...

"Hey baby, would you like to exchange allele for our next generation?"


*faints*

Omaigod. Haha. Aku suka.

Norain Ishak said...

shairah, amboi.suka ya.a-level tak abes lagi nie.HAHA.

sh. said...

Eh kau salah paham ni ain. Kau pikir ape nii. Haha.

Aku suka sebab aku boleh bayang cemane Mr. Vroege cakap dan aku rasa ayat tu sangat kelakar. Hahaha. Aku inesen.

Norain Ishak said...

shairah, haha.ok fine. ;)