Friday, April 29, 2011

Motivator Penyayang


Assalamualaikum.


Hari ni ky ada visitors! Students from MRSM Balik Pulau datang melawat ky. Lol. Kalau budak MRSM Taiping datang, perh, mesti lagi syok. Tapi apa-apa pun aku still rasa teruja lah nak jumpa diorang.


Ingat tak dapat nak beramah mesra dengan diorang sebab diorang kena dengar ceramah kat Lecture Theatre( LT ). Tup-tup, masa aku lepak-lepak kat Resource Centre, Puan Kas masuk and mintak tolong kitorang untuk pergi LT untuk jumpa dengan students balik pulau. Wallaweyh, teruja teruja.


Masuk-masuk je dalam LT, nampak diorang semua berpakaian korporat. Takde lah korporat mana, tapi smart laa baju kemeja diorang. Satu side ada budak perempuan, satu side lagi ada budak laki. And everytime aku nampak budak sekolah lelaki, mesti akan rasa, oh mereka lagi muda dari aku. Down. Tak boleh nak flirt. Ceit, macam lah tahu nak flirt.


Next sesi sembang-sembang. Means that students balik pulau ni pun approach lah akak-akak and brader-brader ky. Ceh, ingat takde orang nak approach aku. Rugi okey. Aku dah lah suka share experiences. Hoho.


Ada lah tiga students perempuan approach. Nasib baik perempuan, kalau students laki, gagap pulak akak. Haha. Yang perempuan tu namanya Nurul Nabilah, Hanis and Kasturi. Friendly je students balik pulau ni. Macam-macam soalan diorang tanya. Pasal life kat taiping, pasal life kat ky.


And aku pun dengan terujanya pun cerita bla bla bla and bla bla lagi. Tup-tup sesi fotografi. Alahai, tak puas lagi nak bagi kata-kata motivasi kat adik-adik yang tanya aku tuh. So, ambik gambar, cheeseeeee!


Before blah dari LT, sempat lagi adik-adik tu salam aku. Terharunyaa. Aku kalau jadi diorang pun, belum tentu jenis rajin nak salam-salam orang. Hoho. And then sebab aku ni seorang yang penyayang, aku tinggalkan diorang dengan email address and no telefon and url blog lagi. HAHA.


Today, aku realise, yang aku bukan nak jadi doktor je, aku nak jadi motivator jugak. Sebab aku suka bercakap, aku suka nak motivate orang, aku suka nak share experience, tapi bukan share suami ye, okey it's lame! Honestly, aku rasa tak puas bersembang dengan diorang.


Kalau aku jadi part-time motivator, erna kata nak jadi part-time penceramah agama. So, nanti boleh lah bersatu, bergabung buat program motivasi. Perh, mesti syok. Oh, aku harap ianya bakal jadi suatu realiti, insyaAllah.


Sekian, aku nak jadi doktor dan motivator penyayang! Wassalam.


p/s- Gembira ada makna hari ni. ;)

6 comments:

Hur Ain~ said...

teringt dekat taiping dulu..kite selalu panggil ain motivator..waktu mula2 masuk asrama..satu hari time fmily ain balik..kite nampak ain nangis..lepas tu ain cakap
"motivator pun boleh menangis juga ape" hehe

Norain Ishak said...

hur!! ingat lagi ehhh.haha.biasalah, manusia biasa, ada hati n perasaan.hehehe.

tipah said...

come on, gembira ada makne tuuuuuu..hahah =)

Norain Ishak said...

tipah, haha.sukahati i ok.

minye said...

hahaha.. ko mmg seswai jd motivator

Norain Ishak said...

min, obes.kau kena kurangkan makan.