Sunday, April 24, 2011

Awesome BookFair At PWTC, Annoying 'Twins' In MidValley & Kyuem EarthDay

Assalamualaikum.

Yeah, dapat jugak pergi pesta buku tahun ni. Aku tak ingat bila last time aku pergi. Tapi yang semestinya, aku memang excited bebenor laa nak pergi pesta buku. Maklumlah ulat buku kot. Hoho.

Hari ni memang gila ramai orang. Dengan rombongan budak sekolah asrama lagi. Banyak gila student sekolah menengah. One of the schools was Royal Military College. Ceh, sekolah gempak aje. Ya lah, dah students dia pakai baju ada tulis nama sekolah diorang, aku tahu laa.



Kumpulan Rabbani. Perh, aku memang minat gila. Kebetulan diorang nyanyi lagu favourite aku, Intifada.



Tujuan aku cuma satu jer, nak cari novel Hlovate yang baru release tu. Ala, contengan jalanan. Tak baca lagi. Janji ain janji, baca lepas habis jawab paper 1 Biology, ok korang jadi saksi yer. Puas lah mencarinya, akhirnya jumpa jugak. Oyeah!



 Eric Leong pun ada. Memang langkah kanan laa hari ni jumpa selebriti yang aku minat. Hari ni hari pelancaran buku Eric 101 dekat Karangkraf punya dewan.


 Contengan Jalanan. Hoh Minye and Hanis! Aku dah memilikinya juga!



Pastu tak boleh blah beli buku Doraemon yang 3 sepuluh ringgit tu. And jumpa booth MOY Ujang Apo tu. Lagi lah aku suka! Beli paper bag diorang yang ada majalah dua dengan harga lima ringgit.

Dah dapat semua tu, bermula lah eksplorasi aku and Najwa. Aku memang tak familiar langsung laa dengan PWTC semua tu. Keluar-keluar je, terhangak-hangak cari The Mall sebab the Mall dekat dengan stesen KTM Putra tuh.



And untuk pengetahuan korang, sebab takut sesat punya pasal, aku and Najwa siap bukak google map lagi malam tadi. Tetiba rasa macam dah sampai Ireland pulak tak tahu arah jalan. Hehe. Takpe, doktor kena berdikari kan.

And dah sampai KTM, gi KTM Mid. Sebab bas ambik budak ky kat Mid. Kat Mid, takde merayap mana pun. Beli-beli barang sikit-sikit. Tapi aku nak komen laa. Aku serius menyampah doa tengok couple bermesra depan aku kat escalator. Oh come on, kalau escalator tu ada banyak, aku naik escalator lain ok.

Lagi satu hal yang laki perempuan jalan rapat-rapat. Apahal? Twin ke apa? Weyh, real twins pun tak jalan rapat cam depa kot. Pastu pegang-pegang tangan lagi. Ewww. Yang dah kahwin lain cerita laa, ni yang gaya huha-huha. Merosakkan pemandangan aku okey.



 Kyuem Earth Day : Pokok Mata Kucing tutor group aku.


Najwa di one of the booths.


Yang perempuan kat Mid, takmo komen panjang laa. Aku pun bukannya baik mana pun. Cuma tak salahkan kalau aku nak suruh perempuan-perempuan pergi bukak KLIK LAA SINI ni. Sama-sama naa kita ambik pelajaran. 


Picture of the Day : Aku tahu gambar ni hodoh. But aku suka. Sebab masa ni tengah hujan. By the way, aku ambik gambar ni dekat jejantas between the garden and mid. Ada tak rupa ala-ala gambar kat obersi? HAHA. Oh kalau lah ada camera yang lebih sharp, mesti lagi syok.


Sekian, wassalam.

5 comments:

Yasmin Yahaya said...

haha! hari selasa ni aku gi bookfair plak! sbb ari isnin aku ada paper TITAS!

Hanis Amanina said...

hahaha. tahniahhhh! kawan aku pergi semalam, dia kata orang kat jemari seni tu asyik kena topup je buku contengan jalanan kat rak. aku rasa ramai orang attack jemari seni, one of the reasons is buku tu. hahaha

aku pun nak baca lepas habis A2. :D

Norain Ishak said...

minye, haha.papepun smalam lagi best minn.hehe.,

hanis, terimakasehhh! yupp, ramai gak ar yang aku tengok, terus ambik je buku tu tanpa belek2.kaya ar hlovate camni!

Muhammad Izuan said...

bestnya pegi... tp sy ni malas membaca...
gambar tu mmg best...

Norain Ishak said...

muhammad burn, membaca itu jambatan ilmu.jadi rajin2lah membaca.