Thursday, February 17, 2011

Taknak Kalah

Assalamualaikum.

Masa kelas bio tadi, memang gila tak boleh fokus. Aku sakit perut gila-gila. Mr Vroege tengah bersemangat cerita pasal gene itu gene ini, aku boleh pulak berangan entah ke mana. And bila aku dah berangan, aku suka flashback masa dulu-dulu.

Masa zaman sekolah menengah. Aku tak pernah berangan langsung nak pergi further study abroad. Yang aku tahu, aku nak dapat ijazah je. Ijazah apa pun aku tak pernah fikir. Masuk taiping, kesedaran nak pergi oversea itu, mula tercetus. Member-member sibuk lah nak pergi Russia lah, UK lah, apa lah. Tapi, aku still buat derk je cuma tercetus sikit laa.

After result spm keluar, kawan-kawan sibuk lah nak apply scholarship. And aku pun sama. Orang apply, aku pun nak apply, taknak kalah. Orang nak pergi belajar oversea, aku pun taknak kalah, nak belajar oversea jugak. Orang nak study medic, aku pun nak jadi doktor jugak.

And waktu dalam kelas bio tu aku terdetik, kenapa nak belajar oversea? Sebab taknak kalah dengan member-member yang nak pergi oversea jugak? Ke sebab nak rasa udara sejuk-sejuk? Almaklumlah, rumah kat kawasan paling kurang menerima hujan. Or ke, nanti belajar oversea, boleh hantar gambar gambar salam perantauan kat Utusan?

Aku pikir lagi(biasalah bayi kelahiran Jun sangat aktif berfikir) kalau ini adalah alasan aku, nampaknya tak dapat pahala lah mengembara negara orang.

Sepatutnya kena tanam niat laa, dapat belajar oversea nanti, paling kurangnya dapat menonjolkan nilai-nilai murni Islam dekat non-Muslim kat sana. Biar orang tahu, orang Islam ni baik dan berhati mulia. Pastu, jelajah tempat orang, hayati keindahan tempat orang. Hayati ciptaan Allah and bersyukur selalu.

So, semua yang excited nak belajar oversea itu, renung-renungkan niat kita nak pergi tempat orang. Dan, yang nak further medic tu, mari kita refresh semula sebab-musabab kita nak jadi doktor, wokeyh? Sekian, wassalam.

3 comments:

Anisah Zahorin said...

haha~sedang seram menanti keputusan spm nih..

AreHadi82 said...

kalo belajar oversea, leh la mak ayah ko, aku,along, aishah jenguk2 ko kat sana... :-)

Norain Ishak said...

anisah, haha.all de best okeyyy!doa banyak2.. ;)

angah, haha.sekurang2nya sampai jugak la ko ke ireland nanti.