Friday, February 18, 2011

Study Dengan Mata Hati

Assalamualaikum.

Petang yang sunyi di ky. Ramai budak ky balik. Mengada. Baru dua minggu lepas cuti, nak balik rumah lagi. Tak macho and tak tough betul. Okey, fine. Aku jeles. Aku nak balik. Tapi, next week aku ada test statistics, kalau ikut mak aku tidur rumah kakak aku kat Puchong or Putrajaya, memang confirm tak study laa aku.

See, aku memang pelajar yang sweet, sangat memberi komitmen pada study. Kiasu lah katakan. Hehe.

Jihad. Topik ustaz bercerita dalam kelas Islamic Studies. Perh, hari ni aku fokus kot dalam kelas ustaz. Kalau tak, selalunya melayang-layang je fikiran aku. Daripada pemahaman aku masa kelas ustaz tu, jihad tu tak bererti kita bertempur di medan perang je, but, belajar pun kira jihad jugak.

And aku, time tu jugak ubah wallpaper henpon aku and edit tulis word jihad sebab nak ingatkan tujuan aku belajar. Aku sangat tipu kalau aku kata selama ni aku study bukan untuk exam semata. Kau, kau, kau, pun sama kan? Eheh. Mungkin tak. But aku, yes.

Especially bila time study last minute. Time tu ingat nak dapat A, nak dapat A. Takde pun ingat, oh aku study ni kerana Allah Taala. Jadi, bila ustaz sentuh topik jihad, buat aku renung balik tujuan aku belajar bio, chemistry and maths.

Jadikan belajar itu ibadah. But aku selalu lupa sebab suka tak prepare time study sebab masa pack sangat. And, study lah dengan mata hati. Bukan dengan empat mata (budak yang pakai spec) sahaja. Moga-moga kita nampak keindahan ciptaan Allah di sebalik apa yang kita pelajari.

Dan berkat kita jihad dalam belajar, moga-moga Allah permudahkan urusan kita masa nak jawab exam nanti. Ameen.

Sekian, ayuh, jihad!

Wassalam.

2 comments:

Yasmin Yahaya said...

haha! aku blaja jihad ekonomu smlm sampai terkujat sbb ade calon2 yang sibuk prmote diri secara tetiba.. haha~

Norain Ishak said...

MINYAK, EKONOMU??HAHA.LOL.UNDI ROSAK SUDAH.