Assalamualaikum.
Okey, tawaran istimewa, siapa nak beli spec?
Harga : RM 150
Made in : Kedai Fokus Optical Tesco Taiping
Tahun kelahiran : 2008
Sebab2 kelahiran : Spec sebelumnya jatuh dan dipijak oleh tuannya sendiri semasa acara Climathon Bukit Larut Mrsm Taiping
Xtra catatan : spec spare aku
Harga : RM180
Made in : Kedai Spec Kelawang
Tahun kelahiran : Mei 2009
Sebab2 kelahiran : Hadiah SPM
Harga : RM180
Made in : Kedai Spec Eye Optical Tanjung Malim
Tahun Kelahiran : Februari 2011
Sebab2 kelahiran : Spec sebelumnya dijatuhkan oleh tuannya ke dalam lubang dalam bilik mandi ;)
Okey, tipu. Takde maknanya aku jual spec. Tu haa, nak show off spec baru. HAHA. Seperti dinyatakan, spec tu RM180, mahal ke murah tu? Entah, aku rasa kira murah lah tu, sebab ada orang lain buat spec sampai tiga empat ratus kan. Aku cadangnya nak buat spec baru time nak fly nanti ker, tapi dah jadi macam ni, takde lah. Oh oh, mungkin ada rezeki lebih, nak buat spec made in Ireland. Eheh.
Cerita pasal spec jer, tak best la kan. But cerita di sebalik spec. Tahu tak korang, yang tak pakai spec, perempuan yang berspec mata sebenarnya menyembunyikan sesuatu. Ceh. Suspen je. But actually betul lah.
Perempuan yang pakai spec, bila dia pakai spec, dia sebenarnya menyembunyikan keayuan dia. Ceh! Tolong jangan muntah. Aku serius ni. Aku tengok lah orang sekeliling kan, termasuk diri sendiri kan, HAHA, bila tak pakai spec, nampak ayu. Tak caya, suruh ar member yang pakai spec tu tanggalkan spec.
Sebab tu lah ramai yang nak pakai contact lens, so that dapat expose muka yang ayu tuh. Tapi kalau mekap tebal, ayu pebenda. Lagi satu, perempuan yang pakai spec menyembunyikan mata mereka yang cantik sebenarnya.
Jadi jangan malu lah pakai spec. Contohnya lah Minye(gadis berspec) kawen dengan Benz Aliff, waktu before kawen Benz nampak muka Minye ni macam plain je, but after kawen, bila time Benz tanggalkan spec Minye, baru lah dia nampak keayuan wajah Minye, so, surprise!!
So, itu je lah. To all gadis berspec, walaupun kita nampak nerd, tapi kita sebenarnya ayu disebalik spec petak mahupun bulat! Sekian, wassalam.
p/s- Kalau guys berspec, pakai spec ke tak pakai spec ke, tetap nerd kott.
2 comments:
hahaha.. ko kalo cite je, mmg letak name aku kan? haha!
murah wei ko buat spec x sampai rm200. aku buat pun rm400+. ala.. nanti masa sampai ireland, ko buat spec lain plak.. =)
obes, lol.betulkan benz aliff?daaaa.
Post a Comment