Monday, January 24, 2011

Sebab Semakin Aku Mengelak, Semakin Galak Aku Nak Buat

Assalamualaikum.

Hey, apsal update blog ni haa? Tipu, penipu. Kata success needs sacrifice. Kata nak korbankan bidang blogging and stalking. Apa kes? Poyo.

Susah nak tinggalkan sesuatu yang kita suka nak buat. Aku paling suka google-ing. Sebab dari google lah aku akan jumpa apa benda yang aku nak tahu. So, sangat sukar untuk mengenepi perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Tanya lah dekat chaletmate aku, aku sampai google gambar interviewer aku and dia punya academic background. So, betapa Google sangat dekat dengan jiwa aku. Ceh. And, aku juga suka menulis apa yang aku rasa, so blogging adalah sesuatu yang memuaskan jiwa seorang penulis picisan.

Oleh yang demikian, selama tiga hari tiga malam berfikir, aku ambil keputusan untuk tidak mengorbankan minat aku terhadap Google dan Blogger. Sebab semakin aku mengelak, semakin galak aku nak buat.

So, the best way is to compromise dengan diri sendiri. Today, aku dah set, time buat homework, time revision, tangan jangan gatal-gatal nak on laptop. And aku berjaya tak bukak ya. Congrats! Sebagai ganjaran jadi budak-bajet-kiasu sepanjang hari, ganjarannya ialah online selepas jam 11.30pm! Oleh itu, sesiapa yang nampak aku online sebelum tu, sila report dengan segera. Eceh!

Alright. Aku harap misi ini berjaya. Aku cuma nak tingkatkan kualiti homework n study, dan juga kepuasan ber-google-ing without academic thingy interruptions. All the best doe!

Sekian, wassalam.

4 comments:

Yasmin Yahaya said...

ain on9 b4 11.30pm!!!!!!!!

Norain Ishak said...

min, ah ko.aku baru online ni.

M. Faiz Syahmi said...

hahahaha. lawak la korang bedua ni. :P

oh., aku tak online bila aku takdapat cari wifi free je. lol

Norain Ishak said...

faiz syahmi, bese la.kitorang gila-gila.