Saturday, November 13, 2010

Kepada Brader Yang Gatal & Tak Gatal


Salam. Girls sekalian, aku pasti daripada sepuluh orang perempuan, lapan orang perempuan mesti pernah diganggu dengan nombor yang tak dikenali. Selalunya kes yang direkodkan melibatkan gangguan sms dan panggilan dari kaum lelaki.


Ayat common yang aku rasa kebanyakan girls akan dapat berbunyi, nak berkenalan dengan awak boleh? Selalunya remaja-remaja perempuan yang perasan orang nak mengorat dia kebanyakannya akan melayan mesej-mesej retarded seperti ini.


Dulu waktu awal form 2, aku jenis macam tu jugak, layan-layan mesej, tapi akal makin matang, lama-lama aku fikir, what the fish main mesej-mesej ni? Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku, dah tu apa tujuan aku nak main mesej dengan kau?


Hari ni, setelah agak lama tidak mendapat gangguan nombor tak dikenali, hari ni ada nombor lain pulak. Beria-ia lah brader tu call nak tanya itu ini, cakap itu ini. Lol brader. Salah tempat lah lu nak jual minyak. Gua tak minat nak beli minyak-minyak ni.


Kepada brader-brader yang masih guna ayat, bolehkah kita berkenalan by sms ke, buat-buat salah nombor ke, salah hantar mesej ke, apa ker, wake up lah. Cara lapuk gila kalau nak menggatal pun. Hanya perempuan-perempuan yang ketagihan kasih sayang je akan layan kegatalan korang. Haih. Kesian.


Kepada brader-brader yang takde penyakit gatal ni, keep it up your good attitude. If you admire some one, doa. Doa ada jodoh dengan perempuan tu. Doa je tak cukup, kena lah usaha. Bukan usaha mengorat, usaha belajar rajin-rajin, ada kerjaya yang dapat menanggung keluarga yang bakal dibina di kemudian hari.


Sekian, jangan flirt-flirt, dan jangan biarkan diri korang di-flirt. Remember, boys are stupid, but not all of them. Throw rock at the stupid one, and pray you will get a good one in the future. Ameen. Sekian, salam.

8 comments:

Nina Mazlan said...

teringat abg mc'd.eeeeii.geli!

Enn Ess said...

ya, akhirnya aku telah bangkit dan sedar akan kejahilan melayan mesej mesej dari orang yang tak berilmiah seperti ini.

wah ayat akuh seperti kijam kan.

cekadak said...

yayayaya...setuju3..
sangat retard manusia cmnie..
ptot makan maki jah

Norain Ishak said...

erna, perasan betul lah.abg mcd tu bukannya nak ngorat erna, tapi nk ngorat orang lain.ahah.

nadya, nasib baik tersedar.

cekadak, malas nak maki-maki.buat tambah dosa kita pulak en.

M. Faiz Syahmi said...

cane nak ngurat.?

Norain Ishak said...

faiz syahmi, kan aku dah kate, gi belajar rajin2.kerja elok.agak2 duit dalam bank dah rm50k(huahua), pergi lah merisik pompuan tu.kalo ada jodoh, ada lah.

Muhammad Izuan said...

eh, x ngorat tak dpt gk... nt dia ingt kita bisu... kne juga tgur dgn baik...

Norain Ishak said...

muhammad burn, lagi afdhal pergi mengorat menerusi parents dia.HAHA.