Monday, November 1, 2010

Awat Hangpa Kolot Sangat Pasai ETP Nie?

Amaran : Coretan Budak Buta Dasar Negara


Salam. Nampaknya ramai yang membantah pasal program transformasi ekonomi tu yer. Especially pasal nak promote nightlife, konsert, and macam-macam lagi yang kekononnya nak meningkatkan ekonomi tourism negara kita. Weyh, come on, kenapa hangpa ni kolot sangat?!


Biarlah banyak konsert pun, peduli apa. Biarlah kawan-kawan remaja kita kat luar sana bertambah rosak. Biarlah akhlak remaja kita jadi macam bukan perangai orang. Biar je lah orang asing lepak-lepak kat negara kita mabuk-habuk kat kelab-kelab malam tu. Biar je lah kan. Nanti 8000 peluang pekerjaan dalam ETP tu memang akan jadi kenyataan.


Antaranya, GRO, pelacur, eh eh sama je kan. Ye lah nak layan orang berhibur kot! Pastu doktor pun makin banyak bukak klinik. Kena hire nurse, haa, peluang pekerjaan tu. Nak tahu klinik apa? Klinik untuk baby abortion. Ya lah, taknak buang bayi kalau remaja mengandung luar nikah en, so, pergi klinik abortion lah. Kasi gugur terus!


Oh ya, bilangan cikgu pun bertambah ramai. Ye lah, student makin ramai kat sekolah harapan tu. Siapa nak ajar depa kan? Kena lah tambah cikgu. Peluang pekerjaan tuuu! Jabatan agama pun kena hire banyak orang lah, tiap-tiap malam kena serang kelab-kelab malam. Almaklumlah, pusat hiburan pun makin banyak! Oh ya ya, serang bilik hotel sekali!


Lama-lama negara kita pun jadi macam shoot je kan. Best apa! Nanti anak cucu negara lain belajar pasal sejarah bagaimana Malaysia jadi corrupt. Nama kita juga yang famous kan kan? Makin famous lah nama Malaysia. Weewit! So, hangpa takyah lah nak kecoh sangat pasal ETP. Hadap je lah!


Pastu nanti, kat akhirat, biar semua kena bala, dari pemimpin sampailah kita rakyat yang kerdil ni. BALA, nak ke kita dapat bala, dapat azab dari Allah?


Wake up wake up! Catitan di atas adalah sekadar catatan sinis dari aku.


Aku sebenarnya sangat takut dengan corak pimpinan Malaysia zaman lar ni. Takut. Aku takut kalau Malaysia hancur, hancur disebabkan dasar yang langsung tak mencerminkan pentadbiran berlandaskan syariat. Takut, sebab aku akan dikira bersubahat menyokong dasar yang membelakangkan agama.


Ya Allah, jauhkan lah kami dari kejahatan dan dekatkan lah kami dengan kebaikan. Ameen.


p/s-bila nak cakap kasar,gunakan bahasa utagha, macam best.

11 comments:

Amanina said...

like this!

Nur Areefah said...

peluang pekerjaan banyak.yeah!!!memang meingakatkan ekonomi nagara.teruskan perjuangan!!

Fa said...

-.-
mmg sinis tpi penuh bermakna.
aku pon pernah utara kan hal ni pd satu projek pembangunan kt johor.
org besar uh ckp,,
"kita tak perlu risau sbb kita target over the sea people"
tpi aku cm.. HELLLLOOOOO!!!
tkkan rakyat tempatan tkde keinginan bila tgk benda2 cmtu kot.
-________-
menyeramkan + menakutkan
serupa dijajah semula tanpa disedari.
neway,,pndpt aku jela.

Ar. Pedophile said...

saya suka semua ni.!

lebih banyak saham dosa saya di akhirat.!

Norain Ishak said...

hanis, like hanis's comment.

nur, haha.perjuangan apekahhh?

fa, that's the word.penjajahan.dijajah bangsa sendiri.so sad.

faiz syahmi, tak suka.cukup la dosa yang sedia.tak sanggup nak pikul dosa subahat.

supa-jelli said...

supposedly, kalau nak enhance tourism kena ada juga kawalan ketat supaya yang join benda2 ni adalah tourists and most importantly, non-muslims... tapi... haih, anyway, good thoughts~

Ar. Pedophile said...

laa.. baru nak sedar ka kita tak penah merdeka.? -.-"

Norain Ishak said...

supa-jelli, hurm tu lar, etp ni nak kononnye menggalakkan outsiders investment but indirectly meruntuhkan akhlak remaja.

faiz syahmi, lol.baru sedar skang.

Ar. Pedophile said...

tahniah.! :P

Amir Izzat said...

jangan pula sudah terhantuk baru nak tengagah.

aduhai.... susah2..

Norain Ishak said...

amir izzat, malaysia memang selalu bila terhantuk baru nak tergadah.da mcm darah daging.