Sunday, October 31, 2010

Tak Perlu Bertengkar, Tak Perlu Bermasam Muka

Salam. Semalam waktu kecoh-kecoh dalam teksi, teringat siapa entah sebut lagu Atilia feat dengan apa entah Monoloque, lagu bertajuk Kekanda Adinda. Aku dah lama gila tak bukak radio sebab earphones rosak. Pastu tu agu ni lagu tema cerita 8 Bulan en. Cerita 8 Bulan pun aku tak tengok, lagi lah tak tahu.


Liriknya aku suka sebab lirik dia tak menggedik macam sesetengah lagu lain yang poyo-poyo antara pakwe-makwe. Lirik for this song memang untuk orang yang dah kahwin. Bait-bait liriknya sungguh sweet. Ceh, sikit-sikit sweet. Gadis tipikal betul.


But, lagu ni bukan untuk orang kahwin je, yang tak kahwin macam aku, kau, awak, anda, dia, mereka pun boleh dengar jugak. Sebab dalam lagu ni, dia nyatakan dua benda penting yang kita kena apply dalam kehidupan sehari-hari. Benda-benda tersebut ialah KOMUNIKASI dan TOLERANSI.


Menurut kamus Sanggojae edisi pertama, komunikasi adalah communicate. Ok-ok, jangan tembak aku lagi. Maksud aku sebenarnya bercakap atau menyampaikan sesuatu maklumat dengan bahasa yang jelas, sopan, jujur lagi benar tanpa berdolak-dalih. Yang penting, orang yang kita communicate tu mesti mendapat mesej yang kita sampaikan.


Mengikut pengalaman aku, kalau kita tak communicate dengan cara yang betul, ianya boleh membuatkan kita sakit jiwa. Contohnya budak namanya Ali. Ali ni gila pemalas nak buat kerja dalam persatuan sedangkan dia presiden. So, Abu pendam je lah ketakpuashatian Abu sampai satu masanya bila Abu bercakap dengan Ali, Abu dah keluar bahasa kasar. Sorry ye bang Ali.


So, untuk mengelakkan situasi menggunakan bahasa kasar, apa kata kita cuba cakap elok-elok. Sometimes, susah nak cakap face-to-face, but if kita ada alternatif lain, macam email ke, mesej ke, boleh je nak jadi medium komunikasi tu en.


Tolenransi, mengikut kamus Sanggojae edisi kedua, toleransi adalah sikap menghormati hak atau perasaan orang lain. Or orang selalu cakap, weyh, consider lah orang yang tak makan lagi tu. Itu contoh lah. Entahlah, bukan nak kata diri ni perasan, but aku rasa sikap toleransi aku agak tinggi. Ahah. Tolong jangan cebikkan bibir anda.


Nak cakap pasal toleransi ni, ada banyak contoh. E.g waktu melawat kawan aku dekat icu. Memang ramai pair-pair yang nak melawat, so, disebabkan tahap toleransi yang tinggi, haha, aku datang melawat less than 2 minutes sebab risau kot-kot pair-pair lain tak sempat nak masuk.


Orang lain mungkin kata, ek eleh, poyo lah ain ni. Ye lah, ada masa kita tak sedar apa yang kita buat tu tak consider orang lain kan. So, please forgive me if ada masa i'm hurt your feeling, bebeh. Tapi tu lah, aku takut, sebab sikap toleransi ni, bila aku dah jadi doktor insyaAllah, aku akan cakap, nurse, takyah lah inject patients ni, kesian lah dia, nanti dia sakit kena cucuk!


Oh ok. Before that, nak letak serangkap dua lirik lagu tu. Sweet doe.


Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan. Kanda polar kutub utara. Dinda kutub selatan. Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu. Tak perlu bertengkar. Tak perlu bermasam muka. Walau kita sering dengan cara masing-masing. Kanda yang Perdana. Dinda yang Utama. Kanda segalanya, Dindalah nyawa. Kita tetap bahagia bila bersama sama.


Akhir kata, sama-samalah kita cuba praktikkan komunikasi dan toleransi. Sekian, salam.

No comments: