Salam. Lately, entah kenapa aku selalu nampak link or blog yang cerita pasal surat untuk future wife lah, surat dari future husband lah, surat kepada future husband lah, and blah blah blah. Kalau korang terasa nak baca surat-surat macam tu, boleh lah google sendiri, ok?
By the way, hari ni aku nak bercakap soal pandangan. Ala, topik common tu, pasal tundukkan pandangan and bla bla bla. Aku rasa, kebanyakan remaja, maybe sedar pasal soal tundukkan pandangan ni kan. It just the matter, sama ada nak tundukkan atau tak.
Menundukkan pandangan bukannya bererti tundukkan kepala sehingga berjalan huyung-hayang or pejam mata macam membutakan diri. Tapi menjaga pandangan dan tidak menjadi liar. Plus, terpelihara daripada mengamati aurat/bukan aurat & keelokan parasnya dan tidak berlama-lama memandangnya.
Bila berjalan-jalan kat mana-mana, memang aku cuba untuk pandang somewhere else instead of pandang orang yang sedang berjalan dari arah bertentangan. Kalau dengan perempuan, pandang lah, kang orang kata sombong. Kalau dengan lelaki, buat tak nampak je lah. Pandang kang, ingat orang nak usha dia pulak en.
Tapi dalam situasi tak berjalan, contohnya tengah makan kat dining hall, possibility untuk tengok orang agak tinggi. Almaklumlah, tengah makan, bosan pulak tengok nasi depan mata kan. Tips dari aku, untuk elak usha orang waktu makan, usha lah dinding ke, kerusi ke, tulang ayam ke, lauk orang depan ke.
Lately, aku terpikir, kalau tengok Lee Min Ho berlakon, tu bukan sama dengan usha ke? Usha means tak tundukkan pandangan en? Jangan tipu kata korang tengok drama semata-mata nak hayati jalan cerita. Paling koman pun, mesti nak tengok hero. Dah tengok tu, mesti usha sekali en? "Sweet gila dowh muka dia!"
So, adakah usha Lee Min Ho termasuk dalam kategori kena tundukkan pandangan jugak semasa menonton drama? Sebab people always tekankan benda yang kita pandang dalam kehidupan sehari-hari, but benda yang kita tonton, macam, "ala drama je pun, takkan nak tunduk pandangan jugak!"
Anybody ada pendapat kita kena tundukkan pandangan semasa menonton drama/movie/etc yang ada hero-hero dan heroin-heroin? Sekian, salam.
2 comments:
kalau nk tundukkan pndangan juga masa tgk ceta, pyh la.. nape x tros je ban cite tuh, ye x? haha..
minye, ape lagi min.ban la.aku dah ban citer pt.cuma tak delete je lagi.huahua.
Post a Comment