Salam. Oyeah. Kampung Diamond dah dapat internet connection semula. Baru lah best. boleh lah buat aktiviti google-googling yang berfaedah. Err, berfaedah ya. Okey. Hari ni, nak cakap pasal kurus. Apa itu kurus? Bagaimanakah korang medefinisi kan terma kurus itu?
Bagi aku, kurus adalah, tubuh badan yang mempunyai kulit yang kurang lemak serta apabila digenggam atau disentuh, rasa macam sentuh tulang je. Itu erti kurus bagi aku. Aku memang tak termasuk kategori tersebut. Aku mempunyai kandungan lemak yang agak normal ya.
Persoalan yang bermain di minda aku, kenapa ada sesetengah orang nak jadi kurus? Kalau yang memang genetik kurus macam Yasmin Yahaya ngan Erna Firdzalina tu, memang tak boleh buat apa lah. Memang kurus kering. Makan banyak mana pun, tetap maintain.
Kurus itu cantik. Cantik? Ini pandangan orang yang kolot je. Orang yang berisi, yang chubby pun cantik what. Asalkan pandai bergaya mengikut syariat, cantik je. Ni nak jadi kurus, so that boleh pakai baju-baju and seluar-seluar adik dia. Oh, please. Takde maknanya kurus itu cantik.
Aku tak gemuk dan juga tak kurus. Sometimes bila makan banyak, berat naik 2kg tu, risau jugak lah. And cut down balik food intake. Tapi takde lah cut down pun. Makan berselera je. But the point is, aku tak pernah nak ada intention, aku nak kurus, aku nak kurus.
Sebabnya, helo, rasa macam menyeksa diri sendiri je nak berdiet semata-mata untuk kurus. Apa ada dengan kurus? Cantik? Dapat pakai macam-macam baju? Supaya boyfren bangga bawa awek kurus jalan ke hulur ke hilir? Takde maknanya.
Melainkan lah kalau niat berdiet untuk amalkan pemakanan sihat. Tapi, most of the people berdiet sebab nak kurus lah en. Kurus doesn't mean u're healthy. ada je makcik-makcik kurus yang darah tinggi, kencing manis. So, aku rasa alasan kurus untuk gaya hidup sihat adalah lame semata-mata.
So, enjoy your life. Makan banyak-banyak! Haha. Takde lah. Makan elok-elok. Jaga gula, jaga garam, jaga lemak. InsyaAllah, tubuh badan yang berisi ke gempal ke sihat walafiat. Salam!
5 comments:
weyh ain!! aku nak kurus bkn sbb nak cantik..tp aku nak kurus sbb 16 thn hdup kurus,tbe2 msuk umur 17,18 thn berlemak2 rs takut pulak.T.T
betol betol :)
saya setuju ngn kamu ! ngeee
shikin, lol.bukan dari dulu ke berlemak.haha.all de best cikin!
sumomo-chan, lar, tapi org atas ni tak setuju.eheh.
berisi sikit la cantik... comel.
muhammad burn, haha.terasa la pulak mereka2 yang kurus kering.
p/s-terima kaseh atas komentar anda di belog ini.
Post a Comment