Saturday, October 23, 2010

Sabarlah Sayang


Salam. Mix feeling. Dari tadi aku menaip, pastu aku padam. Taip padam. Taip padam. And this time, aku dah tahu, apa yang aku nak tulis sebenarnya.


Hari tu, aku ada cerita pasal aku baca buku title Quranic Law of Attraction. Buku itu bagus. Dan sejak baca buku tu, aku rasa banyak benda yang berlaku lately ini, membuatkan aku berfikir pasal apa yang ada dalam buku tu.


So far yang aku dah baca, buku tu explain pasal kesabaran, bersyukur dan berdoa. Aku rasa tiga elemen ni sangat penting bila berhadapan dengan sesuatu dugaan. Or aku rasa tiga elemen ni penting untuk kehidupan sehari-hari. Not only bila ditimpa dugaan jer.


Contoh kehidupan sehari-hari : tak dapat jawab soalan maths. Kena sabar, dan berusaha jawab. Tanya cikgu ker, tanya kawan ker, semak balik dalam buku ker.


Contoh kehidupan sehari-hari : lauk dining hall ky tak sedap. Kena syukur, sebab itulah rezeki untuk kita hari ni. Jangan nak merungut. Kalau tak suka, takyah makan.


Contoh kehidupan sehari-hari : orang yang sabar akan berdoa, begitu juga orang yang bersyukur. Jadi berdoa lah apa yang kita hajatkan dan berusaha mendapatkannya.


Peristiwa hari ini :


Collegemate aku masuk icu coz he collapsed after marathon. In critical condition and with life support. Walaupun tak kenal sangat, yet, aku turut sedih. Apatah lagi ahli keluarga dan sahabat handai dia. Kejadian ini, aku boleh describekan sebagai satu dugaan for his family.


Aku boleh rasa apa yang family dia rasa. Sebab aku pun pernah berhadapan situasi 50-50 waktu ayah aku kena muntah darah tahun lepas. Aku rasa macam lost, rasa macam nak nangis sepanjang masa. Dan memang aku nangis gila-gila. At that time, takde nilai-nilai sabar lagi.


Berbalik pada situasi hari ni bagi family dia, maybe ada yang berkata, kalau dia tak marathon, mungkin perkara ni tak jadi. But, siapa yang mampu menghalang kehendak Tuhan kan? Ada sebab, ada hikmah Allah turunkan ujian/dugaan kepada kita.


Mungkin in the future, aku atau maybe korang ditimpa ujian seperti ini ataupun apa-apa cabaran dalam hidup, sabarlah. Sikap sabar mendorong kita menjadi insan yang lebih bersyukur, lebih bersemangat untuk berdoa pada Allah.


Untuk tatapan anda :

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (A-li’imraan 200)

Demi sesunguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang sabar: (Al-Baqarah 155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (Al-Baqarah 156)


Itu jer lah yang aku nak coretkan hari ni. Sabar. Sekian, salam.


4 comments:

Fauzan Suhairi said...

feel sorry for that. sabar ye akak.

Norain Ishak said...

fauzan, insyaAllah, i'll try to bersabar.tapi, susahkan kadang2 nak bersabar.huhu.

kiki said...

kak, buku tu ada di jual ke? rasa nak beli n baca, bagi info skit ya. thanks

Norain Ishak said...

kiki, ada jual rasanya. try lah cari kat mph.akak pun pinjam buku tu from library. cuba lah cari. buku ni buat kita terfikir tentang apa yang kita buat sehari-hari.