Wednesday, October 27, 2010

Kalaulah Kita Tahu Kawan Sayang Kita

Salam. Aku rasa mood aku dah stabil. Dah mula ada intensif untuk start buat homework semula. Tapi, sebelum tu, izinkan aku berkata-kata dulu. Eceh.


Aku teringat kata-kata seorang blogger pendiam tapi petah berkata-kata dalam blognya, cik starlover. Dia kata rakan sekolej kami yang sedang koma, sebenarnya istimewa. Ya, istimewa. Orang lain mungkin rasa, kesiannya dia and bla bla bla. But, cuba lihat dari perpektif lain.


InsyaAllah, rakan sekolej kami akan bangun, akan sedar. Dan ketika itu aku rasa, dia adalah insan paling bertuah. Kerana ketika itu, baru dia dapat tahu bahawa dia mempunyai rakan-rakan yang sangat menyayangi dan menghargai dia. Pergh, mesti terharu gila. Mesti rasa gembira gila melihat ucapan-ucapan sokongan dari sahabat handai.


Sekarang ni, korang. Korang tak koma. Dan korang pun actually, tak tahu, sejauh mana sayangnya kawan korang terhadap korang. Even aku sendiri tak tahu, tahap kesayangan kawan aku terhadap aku. Adakah aku ni kawan mereka atau sekadar insan di tepi jalan saja?


Aku sayang kawan-kawan tapi susah nak pamerkan sayang tersebut. Ye lah, takkan hari-hari nak peluk cium and kata, weyh aku sayang kau tahu! Kang orang ingat, aku buang tebiat plak. Jadi, aku melihat, bila kita ditimpa musibah, ketika itu lah kita tahu insan-insan yang menghargai kehadiran kita.


Berkawan biar seribu kan? Jadi, aku akan cuba untuk jadi kawan yang boleh buat kawannya tertawa dan menghulurkan bantuan ketika kawan sedang kesusahan. Pepatah ada berbunyi, kawan ketawa ramai, kawan menangis, lu pikirlah sendiri. So, kita jangan lah jadi macam pepatah tu ok? Silap-silap koma, takde siapa nak doa en.


Sekian, salam.


p/s- aku gembira hari ni sebab dengar berita yang agak baik. semoga terus dapat berita baik.

6 comments:

M. Faiz Syahmi said...

kawan yg baek susah dicari.,
tapi kawan yg baek susah dipisahkan. (:

Norain Ishak said...

faiz syahmi, teringat plak kat member2 skola.

M. Faiz Syahmi said...

member skola kita rasa baek+rapat sebab lama bersama., kita ada banyak masa kenal-kenalan.

sama gak la kt ky pon.. it takes time. (:

Norain Ishak said...

faiz syahmi, yup.bila kita bersama ngan kawan2 kita,tak heran sgt.bila takde, baru lah nak rindu2.haih.

M. Faiz Syahmi said...

aku takrindu pun kengkawan sekolah. dah biasa bertemu berpisah kot.?
>.<

Norain Ishak said...

faiz, kau feeling-less person.haha.