Thursday, October 28, 2010

Perkara Basic Untuk Merajinkan Diri Yang Malas Belajar


Salam. Korang yang tengah bukak dashboard sekarang ni, mesti ada yang kata, ish ain's sanggojae ni, asyik dia je update blog. Bosan betul! Nak buat camane, ada wifi and ada cerita, so, ada lah benda nak tulis en.


Malas. Apa makna malas? Mengikut kamus Sanggojae, haha, malas ni maknanya ada tenaga untuk melakukan sesuatu perkara, tetapi tidak mempunyai keinginan untuk melakukan perkara tersebut. Betul ke tak betul, tapi itu definisi aku lah.


Pernah tak rasa, bila penyakit malas melanda diri, hati korang rasa macam tak kena? Ada tak? Serba seikit rasa kurang senang itu pasti muncul memikirkan ada satu beban kerja yang tertangguh en. So, hari ni, aku nak menyeru diri aku dan diri korang jugak, membuang perasaan malas bila kita menyedari kehadirannya.


Pertama : Pikir pasal mak ayah. Helo, mak ayah bagi korang duit tiap-tiap bulan, bukan nya untuk bayar gaji kerja korang sebagai part-time or full-time pemalas tau! Diorang bagi untuk memudahkan kita. So, bila perasaan malas muncul, cepat-cepat ingat kat mak ayah kita, ok bebeh?


Second : Ingat kat Sponsor. Ingat, Mara ke Jpa ke, apa ke, tanggung kita belajar suruh kita belajar, bukan suruh jadi pemalas en. Duit rakyat tu tanggung kita belajar. So, sebagai rakyat berkarisma, cewwah, sama-samalah kita jadi rakyat yang rajin belajar! Pegang amanah yang dipikul. Jangan ingat nak layan movie jer. Erk, terasa saya.


Ketiga : Siapa saya? Tanya kat diri ni. Saya seorang muslim. Adakah sifat pemalas ni sifat seorang mukmin? Tak kan. So, sama-sama jadi Muslim contoh. Ye lah, orang selalu kata, rajin gila budak Cina tu study. Tapi, jarang dengan, rajin nak mati doe budak Melayu tu study. Jadi, marilah kita yang Muslim ni mengubah persepsi masyarakat kepada kita.


Erm, itu je lah. Aku tulis ni, bukan nak kata korang, actually mengata diri sendiri jugak. Aduhai. Malas betul nak basuh baju weyh! See, pemalas lah tuh. Jadi, pengajaran untuk kome hari ni, marilah merajinkan diri! Ingat 3 perkara, mak ayah, sponsor, dan sikap seorang mukmin sejati.


Sekian, salam.


8 comments:

nadya nordin said...

aq nak ckp ni
aq rse ade jin malas lahh dlm diri aq. Haha

jiran ko said...

aku terasa yg 2nd doe ain..

Norain Ishak said...

nadya, kena jumpa ustaz kat daraussyifa' tu nak buang jin malas.haha.

jiran aku, pe kes terasa doee?haaha.

Ar. Pedophile said...

malas betol aku baca teks panjang2 ni.

aku baca 1st sentence, pastu guessing apa kau nak cerita.

alah., standard la tu.

nama pun manusia. cane je nak atasi masalah malas.?

vice versa.

Norain Ishak said...

faiz syahmi,ye lah.pelukis suke melukis je,bukan suke membace en.haha.btw,terer la kau meneka.haha.

Ar. Pedophile said...

aku baca topik2 menarik minat aku je.
topik2 malas ni dah basi dah.. memang bleh teka la.. haha

Norain Ishak said...

faiz syahmi, lol.yang basi ni lah yang kena selalu ingat.haha.skang ni aku tgh malas ni.weekend kot!

Ar. Pedophile said...

tetiap ari aku malas.!
hahahaha
apa yg rajen tah