Tuesday, October 26, 2010

Hobi Seorang Emo

Salam. Emotional disturbance minggu ni. Dah dua hari kelas. Nak kata malas, tak malas. Nak kata bersemangat, tak semangat mana pun. Just right in the middle. Homework pun rasa segan je nak sentuh. Entahlah.


Aku teringat test ukcat aku. Test bahagian non-cognitive. Test tu cakap yang aku ni;

1. Have a strong tendency to stick to the rules at all times
2. Be very catious about taking risk
3. Be unemotional in your reaction to events


Yang no.1 and no.2 tu, insyaAllah betul. Aku agak skema. Tak reti nak ponteng kelas dan tak reti nak datang kelas lambat. Haha. But, yang no.3 tu, aku agak ragu-ragu ya kesahihahnya. Bukan mudah ya nak jadi tak emo bila berhadapan dengan sesuatu perkara. Susah!


So, aku tak dapat bayangkan diri aku, insyaAllah dapat jadi doktor nanti macam mana. Adakah aku akan nangis bila melihat patients aku dalam kesakitan? Adakah aku nangis depan patient tu? Atau aku berlari-lari masuk dalam washroom dan nangis? Ceh, macam drama pulak.


But the reality, that is me. Aku memang emo. Tapi bukan jenis emo nak mengamuk tak tentu pasal la. Aku admit, aku suka nangis. Tu pasal lah rabun. Rabun bukan sebab suka membaca, tapi sebab suka nangis. Hehe. Bagi aku, menangis is the time for you to really show what your heart feel actually.


Most of of the time, aku nangis sebab aku akan berjauhan dengan orang yang aku sayang. E.g. macam parents hantar balik ky, automatically ada aura nak nangis tu. Sometimes, sebab rasa terlalu geram pun boleh membawa kepada menangis. Kadang geram dengan diri sendiri sebenarnya.


Tapi, kadang-kadang kena control juga emo tu kan. Takkan nak nangis depan patient plak. Aduhai. And sometimes, we have to hide our feeling from somebody else. So, nak buat macam mana ni? Cara terbaik ialah, give a fake smile and lupakan seketika keadaan yang dialami ketika itu, balik bilik ke balik rumah ke, baru nangis kuat-kuat! Err, okey?


Kesimpulannya, jangan tahan diri untuk menangis kalau rasa nak nangis ya. But, menangis yang paling bagus adalah, menangis kerana mengingatkan dosa kita kepada Allah s.w.t. kan? Sekian, salam.

3 comments:

Usy@M^^ said...

nangis dpt legakan perasaan.. teruskan nagis...HuHuHu

Asiah said...

ko tak sedih ke masa aku antar ko balik kY

Norain Ishak said...

syamsul, haha.tak boleh nagis lame2.kang buta plak.

angah, tak.tak sedih.