Wednesday, October 6, 2010

Dilanda Krisis Identiti..?


Salam. Dah habis exam semester. Dah kemas bilik. Dah kemas buku. Dah kemas almari. And dah kemas kertas-kertas yang berselerak atas meja studi. Haa, sekarang barulah sedap mata memandang bila masuk bilik.


Haish, itu baru jadi pelajar tu. Kalau esok-esok nanti insyaAllah dapat jadi doktor, tak tahu lah macam mana horrornya rumah aku. Konpem-konpem kena ada bibik untuk kemas rumah. Eh eh.


Haa, sekarang nak cerita pasal satu movie. Baru je tengok tadi. Tajuknya, John Tucker Must Die. Haha. Basically, cerita ni pasal seorang lelaki player. Playboy la maknanya. Aku tengok movie ni pun, sebab memula, Najwa yang suggestkan.


" Ain, kau tengok cerita John Tcuker Must Die, mesti kau suka hero dia. Pika ada movie tu,"


And tadi, kitorang pun tengok lah ramai-ramai cerita John Tucker. Yup, memang betul kata Najwa, memang aku suka tengok hero dia berlakon. Ahah.


Persoalannya, sejak bila aku meminati hero-hero ni? Sejak bila entah. Hari tu aku cakap pasal aku dalam fasa nak jadi 'perempuan', sekarang ni aku dalam fasa suka hero-hero dalam movie. What the fishcakes entah.


Seingat aku, dulu, aku rasa annoying gila bila ada perempuan-perempuan kata,


" Weyh, hero dia hensem gila weyh. Melts doe,"
" Ee caringnya hero tu. Romantik gila,"
" Ooh aku nak suami macam hero tu,"


Ok. And now, aku rasa aku dah jadi macam perempuan-perempuan tersebut. But aku just tak expresskan perasaan tersebut, just simpan dalam hati sebab taknak kawan-kawan aku rasa annoying. Ahah.


So, kenapa macam tu yer? Kenapa dari perasaan menyampah dengan hero-hero movie, boleh bertukar minat? Aish.


Sampaikan bila nak mintak movie, chaletmate aku dah tahu kriteria movie yang aku nak; no cartoons, takde lawan-lawan, kena lovey-dovey and paling penting hero dia hensem. Ngeng!


Haa, ni satu hal. Sejak bila entah aku suka cerita jiwang-jiwang ni? Ah, tak paham betul. Mungkin aku dalam fasa konflik identiti kot. Eh eh.


Okeylah, penat je kome dengar aku merapu ni. Sekian, salam.

3 comments:

mInYe said...

sesungguhnye mmg ko menghadapi masalah konflik identiti sendiri! haha!

Nina Mazlan said...

ain kot min.haha :P

Norain Ishak said...

min, ye min.memang konflik betul ni sejak ko takde.haha.

ern, kot aper?