Saturday, October 9, 2010

Baju Kurung : Kekampungan & Kebajetan Keayuan?


Salam. Hari ni, aku saja nak eksperimenkan diri pergi Mid Valley dengan pakai baju kurung. Saja nak tengok respon. Ada yang tak bagi respon apa-apa. Dan ada juga yang bagi respon.


" Eh, pakai baju kurung ni nak pergi mana? "


Dah memang aku pergi Mid, nak pergi mana lagi. What the fish. Salah ke pakai baju kurung pergi pusat membeli belah?


Stigma sesetengah masyarakat sekarang ni, baju kurung ni hanya untuk ke kelas, ke tempat kerja, ke majlis kenduri dan ke pergi beraya pada Hari Raya. Well, bagi aku, orang yang ada stigma macam ni, minda mereka sangat tertutup.


Baju kurung, bukan baju swimming suit. Yang anda yang pakai baju sendat-sendat macam baju swimming suit tu, boleh pulak masuk Mid. Terbalik betul lah. Some might think, yeww, pakai baju kurung masuk shopping complex, kampung gila minah tu.


Suka hati lah kalau ada yang mempunyai pemikiran macam tu. Suka hati lah kalau ada yang pikir, eleh, nak bajet ayu lah tu pakai baju kurung. Aku tak kisah. Sebab aku bukan jenis ikut orang. As long as aku selesa pakai baju kurung, peduli apa kan orang nak pandang pelik?


" Apsal pakai baju kurung?"


Ini soalan paling aku benci. You ask me why? Saja-saja pakai baju kurung hari ni sebab ada open house dekat Mid Valley tadi! But, I am not enough rude untuk cakap balik, " apsal pakai baju adik-adik ni ?"


So, siapa yang masih ada stigma, baju kurung tidak sesuai dipakai ke tempat membeli belah, ubahlah stigma anda. Tapi, susah nak ubah bila some people sangat menjaga peredaran fesyen. Helo! Apa ada dengan peredaran fesyen? If fesyen terbaru fesyen naked, are you going to do so?


Sekian, pikir-pikirkan dan tak perlu bagi pandangan pelik bila orang pakai baju kurung. Salam.

12 comments:

Yasmin Yahaya said...

wow2.. ni ikot mcm nawal in Ked's story ek?? haha.. hadiah=nawal.. =)

Nina Mazlan said...

woowoo,,haha,,like2 :P

Nur Areefah said...

la ni benda elok semua pelik dah

Hanis Amanina said...

haha katakan la sini jepun an.. ko pakai kimono pun mesti orang pndang pelik.

saje merepek.

mentaliti orang zaman sekarang. bila nak beli baju tanya pendapat kita, "cantik ke tak". bukannya "tutup aurat ke tak, ketat ke tak" HUHU!

Asy_raAf said...

redah jer... bkn kaco daun pown...

Afiqah A. said...

Entah lah dorang ni. Aku pun tak paham knape nak pandang pelik sgt kalau pakai baju kurung pegi mall. Next time kte ramai ramai pakai baju kurung. Mesti org pandang mcm org kampung baru smpi bandar, haha :P

faaAzman said...

jgn layan ckp org..
slalu gak g mid pkai bju kurung.
mmg ramai la tgk pelik, tp ape kisah.haha.

Norain Ishak said...

min, ked's story?aku tak bace lagi lah min.

erna, haha.sebab erna like,ain blanje wafer choc satu.dapat amek kat chalet.haha.

nur, agak lah.macam ape je rasanya.

hanis, hhaha.ini terasa.sebab aku pun kalo mintak pendapat orang, mesti tanya cantik tak?hee.

asyraf, yup.redah je la en.

mas, haha.pergi marathon nanti pakai baju kurung mas!time tu, kalo diorang nak argue, takpe jugak.

fatin, haha.serius tak suka oo org usha pelik.

Hanis Amanina said...

hahahaha bila aku baca balik, aku pun terasa haha

Norain Ishak said...

hanis, takpe.lepas ni kita beli baju, kita tanye macam tu ok.

Miss Syarafina said...

aku dpt kwn2 benci pakai seluar.. terbaek lah... so ak rse mcm best tgk diorg 24hours pakai bju kurung, mse g jln2 mne2 mall, ramai pndg pelik..ape daaa.... sgtlah sopan bju kurung berbanding yg len pakai bju adik diorg.. =)

Norain Ishak said...

syara, haha.bagus gila member ko menjaga adab kesopanan.most of budak zaman skang ni plak,bajet nak show off body je pakai ketat-metat.