Saturday, September 4, 2010

Huiiiiii, Tak Sabarnya!


Salam. Yeay. Akhirnya hari yang dinanti-nanti oleh seluruh warga ky menjelma jua. Hari bermulanya cuti perkolejan, bukan persekolahan ya. Cuti selama dua minggu. Cuti kali ni sangat ideal. Sebab dapat spend seminggu puasa dengan family dan seminggu lagi berhari raya dengan family. Huiiiiiiii, tak sabarnya!


Yehaa!


Habis kelas nanti, around 2pm, aku balik naik bas from ky to KL Sentral. Hoho. Aku harap KL Sentral tak sesak sangat nanti. Pening aku tengok ramai-ramai orang nanti. Dah lah dengan bawak beg tarik, so aku memerlukan ruang ya warga KL Sentral. Tolong bagi laluan kat aku, okey.


And then from KL Sentral, naik tren pergi Seremban. Kalau dah naik tren, dah lega dah. Tunggu nak sampai Seremban je. And then kat Seremban, mak ayah aku datang ambik. Yehaa. Dah jumpa dengan mak ayah, lagi lega. Then apa lagi, naik keta balik rumah tercinta di Kuala Klawang lah!


Malam kang, plan aku nak tengok tv sampai waktu sahur. Ceh, tak boleh blah gila punya plan. Orang plan pergi buat qiamulail. Aku tengok tv plak. Hurm, actually aku nak khatam novel 5tahun5bulan lagi sekali. Haaaa, ni satu hal, orang sibuk nak khatam Quran, aku sibuk khatam novel. Please, jangan contohi sikap ini!


So, itulah bedtime stories untuk kome semua hari ni. Hehe. Poyo lah nama blog aku ni. Saje je tukar. Dah bosan. Penjenamaan semula lah kononnya. Ahah. So, selamat berpuasa. Belum hari raya lagi. Rebutlah kesempatan yang ada untuk beramal ibadat kepada-Nya, okey. Sekian, salam lebaran. Hehe.

1 comment:

aku junsu said...

aaa~5 tahun 5 bulan..hlovate..
suka hlovate..teringin nak bace versus hihi..

blog akak..simple and nice..