Wednesday, September 29, 2010

Bila Edward Sullen Pakai Bedak Muka


It is just sooo gay.


Salam. Vampire Sucks. Siapa dah tengok? Well, aku baru je korbankan masa yang sepatutnya digunakan untuk buat past papers, dengan tengok filem Vampire Sucks. Adeh.


Filem paling tak boleh blah 2010.


Siapa yang tak pernah tengok lagi, meh la aku cerita sikit. Actually cerita ni macam cerita Twilight lah jugak tapi versi tak boleh blah gila. Means that, aksi-aksi yang serius dalam Twilight, dia jadikan aksi tu sebagai aksi lawak. Memang tak boleh blah.


Antara scene-scene yang tak boleh blah dia, banyak sangat. Tapi yang aku ingat ialah :

  • Becca terbuang angin betul-betul kat Edward Sullen
  • Muka Edward Sullen pucat gila sebab pakai bedak pemutih
  • Sebelum nak jumpa Becca, Edward Sullen buat rambut ropol-ropol dulu
  • Badan Edward ada roda bila terkena matahari

And serius, lawak dia memang lame. And filem ini just a film sebab takde isi kandungan pun. Just sekadar nak layan kebosanan, boleh la tengok cerita ini.


Dari tadi aku asyik mention pasal Edward. Dalam Twilight, namanya Edward Cullen yang dilakonkan oleh Robert Pattison, but in Vampire Sucks, namanya Edward Sullen yang dilakonkan oleh Matt Latter. Edward Sullen ni pun tak kurang jugak pucat muka dia. So, nasib baik lah Edward Sullen smart dalam filem ni, kalau tak, jangan harap aku tengok. Ahah.


Becca dalam cerita ni, karekter dia macam sengal-sengal sikit. Sometime expression muka dia memang tak boleh blah gila. Jacob plak, watak dia macam kurang menonjol. Chaletmate aku sibuk kata Jacob comel, tapi aku tengok biasa je. Comel lagi Edward Sullen. Wowo, aku admire rambut Edward Sullen tuhh.


Edward Sullen versi pucat. Oh rambut dia yang smart.


Once again, aku tegaskan, cerita ni memang bengeng and takde isi langsung. Part-part tak senonoh for sure ada, so, aku tak galakkan korang tengok. Nak tengok jugak, skip-skip part-part yang tak sepatutnya, okey?


Disebabkan cerita ni takde point, aku tak dapat grab nilai-nilai pengajaran yang ada. Cuma aku nak cakap, manusia itu memang sebaik-baik kejadian. Tak best gila jadi vampire, hari-hari makan darah orang. Tak variety langsung! Tak berkhasiat! Plus, darah tak sedap. Jadi manusia, dapat makan macam-macam as long as makanan tu halalan toyyiba. Sedap pulak tuh.


Sekian, Edward Sullen lagi comel dari Jacob. Salam.


4 comments:

Zairie Husin said...

x tgk lg cite nie.. tapi dorang kate best :D

zairie recently posted:
PESANAN UNTUK LELAKI

sadiq said...

dah tgk..
kelakar and bengong ouh citer nie..
tapi hero die tetap encem! :p

mInYe said...

haha.. ko taw x, cite ni cm xde motip dowh.. mcm nk buat lwk bengong je.. haha!

Norain Ishak said...

zairie, citernye memang best sebab ada edward sullen tu je.haha.

sadiq, haha.serius bengong.but, aku suka komen kau.hero die tetap menawan.

minye, haha.tahu takpe.ade motif.tapi boleh lah layan waktu tgh boring2.