Thursday, September 30, 2010

Sejak Bila Pulak Suka Gaun Labuh Nie..?


Salam. Adeh. Kawan sekolej aku kata rajin aku update blog. Nak buat macam mana, ada je benda yang aku nak bebel. Nak bebel kat orang sekitar, nanti diorang boring plak kan. Baik bebel kat blog, kalau orang tak suka pun, boleh terus tutup, kan?


Feminin. Apakah itu feminin? Feminin ni selalunya lebih obvious dari segi apek pemakaian bagi aku. First, nak cerita sikit pasal background aku. Adik beradik aku semua perempuan, but that tak mempengaruhi aku untuk bersifat keperempuanan asli. Dari zaman sekolah tadika, masuk menengah, masuk mrsm, aku tak suka pakai blouse. Yeeww.


" Pakai lah blouse tu."
" Ish. Taknak lah. Macam perempuan."


Itu ayat common zaman gila tak feminin. Macam perempuan. Well, aku cakap camtu bukan bermakna aku ni bukan perempuan, tapi cuma geli-geli dengan gaya-gaya keperempuanan ni. Kalau hang out dengan family pun, pakaian rasmi aku, mesti seluar slack or seluar poket-poket. Baju mesti t-shirt lengan panjang. Dah tu, tak pakai kasut perempuan-perempuan, pakai sandal yang budak perempuan mrsm taiping selalu pakai tu. Warna baju pulak, tak suka warna pink, merah, purple. Macam perempuan. Suka warne biru. Biru macho kot.


Tapi, tapi, tapi, aku rasa sekarang aku dalam era tranformasi nak jadi feminin. Haha. Jangan gelak. Aku serius ni. Sejak masuk ky ni lah, bila hangout dengan family and fren baru nak pakai blouse, baru minat colour-colour keperempuanan. Paling tak boleh blah, aku suka warna pink. Oh my God. Ya Allah. Sejak bila aku suka warna pink ni. Orang-orang terdekat mesti perasan kot. Pakai beg pun dah warna merah. Baju-baju blouse pun dalam proses nak kumpul banyak-banyak. Hari tu keluar tg malim pun, beli blouse pink. Sandal pun, dah pakai sandal perempuan.


Bagi aku, kalau seorang perempuan tu tak feminin, bukan dia taknak jadi feminin, cuma tak sampai waktu je. Feminin tu akan datang perlahan-lahan. Bila pikir balik, kelakarnya zaman tak feminin. Buruk gila fesyen zaman dulu. Boyish versi bertudung. Papepun, dalam berpakaian feminin, aurat tu kena jaga jugak kan? Jangan pakai ketat-ketat okey. Jangan pakai macam balut nangka kat pokok nangka tu haa.


31 Oktober 2009 : Era tak feminin gila. Aku paling kanan sekali.


Setahun kemudian........


26 September 2010: Malam boriya. Peace. Kami lah wanita paling feminin di ky. Haha!


Aku suka gaun labuh yang paling kiri tu. Ah. Gila la aku dah mula suka gaun labuh.


Sekian, feminin itu tak perlu dipaksa kerna ianya tiba dengan tiba-tiba. Cewwah. Salam.

5 comments:

MOFASAD said...

kadang2 berpakaian ikut selesa dan lebih baik menjaga diri

supa-jelli said...

x apa, janji tutup aurat :))

Norain Ishak said...

mofasad, yeap.betul tu.kalo tak selesa, takyah pakai en.

supa-jelli, betul,betul,betul.

Amanina said...

masuk zaman kolej baru rasa terdedah ngan semua ni kot. before ni kat skolah, pakaian kan macam restricted. nak pakai blouse baju lain dari yg lain mase special occasion je.

haha, good luck ain! lady lady lady ayu. :D

Norain Ishak said...

hanis, haha.ayunya lah!but true true,kat zaman skola,mane de mase nak pakai baju2 pompuan ni en.