Wednesday, August 18, 2010

Petisyen Taknak Bangsawan & Petisyen Re-sit October


Kucing ky buat petisyen nak makan ayam setiap hari.


Salam. Isu hangat dekat KY sekarang, students buat petisyen untuk re-sit exam AS-Level pada oktober november ni. Aku baru je tahu, sebab tadi chaletmate aku cakap, siapa nak re-sit bulan oktober ni, sign kertas kat board Student Councils (SC).


Komen aku, suka hati koranglah nak re-sit bulan oktober ni ke apa, aku still akan re-sit biology aku dengan paper A2 sekali next year. Tak ready oh nak ambik bulan oktober november. Dah lah tinggal 2 bulan je pun kalau nak re-sit bulan oktober ni. Kang tak pasal-pasal kena 2 kali re-sit plak.


Bercakap pasal petisyen ni, aku terpikir, takde ke budak ky yang nak buat petisyen taknak ada bangsawan? Tak tahu lah aku kalau semua budak ky memang rajin gila nak berbangsawan kan. Rajin nak buat prop yang gila gempak. Rajin nak buat skrip gila klasik. Rajin nak practise berlakon gila mantop.


Say no to bang-sa-wan!


Bangsawan bagi aku adalah satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit yang amat. Jadi, aku rasa bangsawan ni tak perlu ada pun. Kalau kolej nak sangat ada bangsawan, upah je lah orang luar berlakon bangsawan. Ini tak. Masa students terpaksa dikorbankan demi nak menjayakan bangsawan.


Harapnya, ada suara-suara yang lantang kat ky ni untuk stand up to say, kami taknak ada bangsawan! Dan suara-suara tu harapnya datang dari mereka yang berjawatan besar lah, macam SC ke. Wakil pelajar kot! Tapi kalau SC pun sokong adanya bangsawan, tak dapat nak buat apa lah.


Aku rasa, sebagai penduduk KY, kita berhak untuk mogok taknak ada bangsawan. Takyah buat prop, takyah practise, takyah buat skrip. Tapi semua kena bersatu hati lah. Kalau ada yang still nak bangsawan, takpe. Teruskan ada bangsawan. Tapi aku, serius akan buat kerja cincai!


Jangan ada budak couple buat petisyen bantah tazkirah kat atas ni.


Tambahan pulak tanggunjawab aku dalam bangsawan seterusnya agak berat, so, aku hanya buat ala kadar. Practise pun, takyah lama-lama. Kesian kat pelakon. Pelakon, tujuan dia datang KY pun untuk belajar jugak kan. Bukannya kena practise bagai nak rak. Skrip pun, takyah klasik, sebab taknak menang skrip pun.


Aku cakap, aku buat. Setakat nak menang hamper rm50 and dapat nama, "oh house diamond lah yang menang bangsawan tu,", aku lagi tak heran. Nak kalah, kalah lah. Siapa kesah, kau? Aku tak kisah pun Diamond kalah. Sebab hidup aku kat sini adalah pegang amanah MARA yang suruh aku datang KY untuk belajar, bukan untuk Diamond.


So, ada kyuemians yang nak buat petisyen taknak bangsawan? Sekian, salam.

3 comments:

Ummu safiyah said...

itu lah yg teacher, mis qila kata masa borak dgn aku. die kata xd sc yg brani nk mwakili batch dieorg, wat petition stood up against sume ni. kalau ada satu batch yg sepakat setuju semua, kolej tak ley nak watpe.

Yasmin Yahaya said...

haha..ain..aku suda mengalaminye kerana aku budak teater..tp aku xley la buat petition kan.. da name bdk teater.aku hanye redha... hahaha

Norain Ishak said...

ummu, jom mogok!haha.

minye, aku pun da mengalaminya,sebab tu taknak mengalaminya buat kali kedua dan setreusnya.